BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

“Tak Kaya Tak Apa, Janji Bersih & Kemas”- Netizen Puji Cara Wanita Ini Bersyukur

ammar

Syarat menjadi pembersih bukanlah harus menjadi kaya dahulu. Jadi, sesiapa sahaja boleh jadi pembersih walaupun dia miskin atau kaya. Kerana menjaga kebersihan adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam.

Apa jua tahap kemampuan hidup kita, menjaga kebersihan adalah sesuatu yang wajib diamalkan di dalam kehidupan seharian kita. Kebersihan bukan sahaja dapat memberikan keselesaan tetapi dengan kebersihan juga dapat mengelakkan pelbagai peny@kit yang bah@ya.

Baru-baru ini viral di media sosial beberapa keping gambar dalaman dan luaran rumah seorang wanita ini. Wanita dengan nama Mariyah Ghazali berkongsikan gambar dekorasi rumahnya di group facebook Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY.

Beliau membuat posting gambar dengan “caption“:

Dh siap 😬😬walau pon kami xmewah tpi rasa bhgia yg mna ada☺️☺️☺️ smua brang eco..BT sndiri..hidup ni jgn banding dngn orang lainCra bhgia msing2…yg penting kita selesa dan tenang💖💖👨‍👩‍👦

deco

Rata-rata netizen memuji sikap Puan Mariyah yang menghias rumah dengan kelihatan kemas dan bersih.

Malah, ada juga yang memuji sikap Puan Mariyah yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dia ada walaupun tidaklah hidup serba mewah.

“Tak kaya tak apa, janji kemas dan bersih,” antara komen netizen yang diturunkan.

Sehingga kini posting Puan Mariyah Ghazali itu mendapat ribuan kongsian dan ribuan komen.

Ibu muda itu kelihatan tenang menjalankan kehidupan berkeluarga dengan suami dan anak-anak di rumah serba sederhana yang terletak di atas air. Sungguh nyaman dan indah permandangan di rumahnya itu.

Pasti ada yang mula merasakan bahawa betapa bersyukurnya hidup mereka sekarang apabila melihat Puan Mariyah Ghazali dan keluarganya hidup dengan bersyukur, tenang dengan apa yang mereka ada.

ARTIKEL LAIN  LTTE : Khalid Samad Mahu Polis Tunjuk Bukti
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • PU Faiz Didakwa Pukul Wanita
    PU Faiz Didakwa Pukul Wanita, Ini Penjelasan …
    November 8, 2016 1
  • foto
    Akhirnya Terbongkar! Pemilik Kereta Dedah Kenapa Parking …
    July 12, 2017 0
  • yusof azmi keluar ppim
    Patutlah Yusof Azmi Tinggalkan PPIM. Rupa-rupanya Dia…
    March 28, 2018 1
  • tengku-jalil-meninggal-dunia.jpg
    Tunku Jalil Meninggal Dunia
    December 6, 2015 1
  • cropped geng picit roti serah diri
    Geng Picit Roti Akhirnya Serah Diri
    June 21, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)