BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

TARIKH RASMI DIVIDEN DAN BONUS ASB 2015

ammar

tarikh rasmi dividen dan bonus asb 2015.jpg TARIKH RASMI DIVIDEN DAN BONUS ASB 2015

Tarikh rasmi bila dividen dan bonus ASB 2015 diumumkan keluar menjadi persoalan kepada pemegang akaun ASB. Sehingga kini(tarikh artikel ini ditulis) belum ada lagi pengumuman tarikh rasmi dividen dan bonus ASB 2015.

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) secara rasmi telah mengumumkan penangguhan urusniaga ASB (Amanah Saham Bumiputera) mulai 24 Disember 2015 hingga 3 Januari 2016 bagi tahun kewangan yang berakhir  pada 31 Disember 2015.

Oleh itu, pengumuman rasmi kadar Dividen dan Bonus ASB 2015 dijangka akan diumumkan keluar pada Khamis 17 Disember 2015 atau selewatnya sebelum 24 Disember 2015. Manakala pembayaran atau pengagihan ASB akan dikreditkan ke akaun pengguna mulai 5 Januari 2016.kadar kenaikan dividen dan bonus asb 2015.jpg

Tarikh Rasmi Dividen ASB 2015 Diumumkan Keluar
  • Dijangka pada Khamis 17 Disember 2015 atau selewatnya sebelum 24 Disember 2015.

Tarikh Pembayaran Dividen dan Bonus ASB 2015

  • Akan diagihkan ke akaun pengguna pada 5 Januari 2016

Di bawah ini adalah kronologi mengikut tahun kadar dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB):

  • 2015: 7.25, Bonus 0.50 Seunit
  • 2014: 7.50 Sen, Bonus 1.00 Seunit
  • 2013: Dividen 7.70 sen seunit, bonus 1.00 sen
  • 2012: Dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen
  • 2011: Dividen 7.65 Sen, bonus 1.15 sen

Tahun 2012 mencatat dividen dan bonus tertinggi dengan kadar 7.75sen seunit untuk dividen dan 1.00sen seunit untuk bonus. Memandangkan keadaan ekonomi Malaysia yang tidak stabil sekarang ini dengan kejatuhan matawang ringgit, kemungkinan kadar dividen dan bonus ASB pada tahun ini tidak dapat melebihi dividen dan bonus ASB pada tahun 2012.

Kemaskini Terkini: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan 6.10 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional bagi tahun kewangan berakhir 30 Disember 2015.

ARTIKEL LAIN  No Plat Terkini Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Penang

Pengurus dana itu berkata, pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran RM106.72 juta, yang akan memanfaatkan 1.25 juta pemegang unit yang melanggan 1.75 bilion unit ASN.

Kemaskini Terkini: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Dari tempoh di antara 31 Disember 2014 sehingga 23 Disember 2015, Indeks FBM KLCI telah mencatat penurunan sebanyak 5.5%. Dalam tempoh tahun kewangan yang sama juga, harga minyak mentah dunia (WTI Crude) yang merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi dan pendaptan negara, menurun sebanyak 39.95% manakala nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika turut menurun lebih 20%.

Peruntukan pengagihan pendapatan pada tahun ini membabitkan pembayaran sebanyak RM10.41 bilion oleh ASNB, peningkatan sebanyak 4.3% berbanding RM9.98 bilion yang dibayar tahun lalu. Peruntukan bagi bonus pula adalah sebanyak RM451.73 juta yang dibayar oleh PNB. Pembayaran itu akan dimanfaatkan oleh 8.87 juta pemegang unit yang melanggan 142.54 bilion unit ASB.

Prev Article
Next Article

2 Comments

  1. Panduan Malaysia

    Harap-harap dividen dan bonus asb naik tahun ini

    December 24, 2015
  2. Malaysia Tercinta

    Dividen dan bonus ASB merosot tahun ini

    December 29, 2015

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Semak Keputusan SPM 2020
    Bermula 10 Pagi 10.6.2021 Ini Cara Semak …
    June 10, 2021 1
  • cuci pinggan
    Menurut Kajian Cuci Pinggan Dapat Hilangkan Rasa …
    December 30, 2018 1
  • kwsp employees provident fund malaysia s prime minister has approved withdrawal rm k citizen affected th kuala 243629106
    Pengeluaran KWSP Terkini: Jenis-Jenis Pengeluaran Dan Pengeluaran …
    November 21, 2022 0
  • 0c4ce1cc3fea4561825f423299829b03 1200
    Harga Lesen Kereta Dan Motosikal Terkini 2022 …
    November 24, 2022 0
  • IMG 20211123 115615
    Kalendar Dan Jadual Peperiksaan MUET 2023 Beserta …
    December 10, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)