BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Pengeluaran KWSP Terkini: Jenis-Jenis Pengeluaran Dan Pengeluaran Khas

Islah Ibrahim November 21, 2022
pengeluaran kwsp terkini
Pengeluaran KWSP Terkini: Jenis-Jenis Pengeluaran Dan Pengeluaran Khas 3

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diwujudkan pada asasnya adalah satu institusi untuk semua pekerja yang berdaftar dibawah mana-mana syarikat membuat simpanan melalui potongan gaji setiap bulan. Pengeluaran Kwsp terkini adalah untuk rujukan anda sekiranya ingin melakukan pengeluaran .

Wang simpanan ini adalah untuk simpanan persaraan bagi mereka yang telah melebihi usia 55 tahun ke atas. Namun pihak KWSP juga memberikan keizinan untuk melakukan pengeluaran KWSP sebagai kaedah persediaan untuk menghadapi persaraan yang lebih selesa. Ini adalah pengeluaran KWSP terkini yang dibenarkan oleh KWSP.

Pihak KWSP membenarkan dua jenis pengeluaran utama:

  1. Pengeluaran Sebahagian
  2. Pengeluaran Penuh

Pengeluaran KWSP terkini yang dibenarkan adalah seperti berikut:

Pengeluaran SebahagianPengeluaran Penuh
1. Bagi yang berumur 50 tahun
-Pengeluaran akaun 2
1. Bagi yang berumur 55 tahun
-Pengeluaran daripada akaun 55
-Kebenaran pengeluaran penuh bagi mereka yang telah berumur 55 tahun
2. Tujuan pendidikan
– Pengeluaran dari akaun 2 bagi pembiayaan pendidikan sendiri atau untuk anak-anak
2. Bagi yang berumur 60 tahun
– Pengeluaran dari akaun 55 dan akaun emas
3. Tujuan membeli rumah
-Pengeluaran akaun 2 untuk membeli rumah
3. Tujuan pekerja berpencen dan pesara pilihan
-Ahli yang berkhidmat sebagai penjawat awam dan telah berstatus berpencen
4. Membina rumah
-Pengeluaran akaun 2 untuk membina rumah sendiri
4. Tujuan kehilangan upaya
-Untuk mereka yang hilang upaya secara fizikal dan mental
5. Tujuan mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman rumah
-Pengeluaran akaun 2
5. Tujuan meninggalkan negara Malaysia
-Bagi warganegara/Penduduk tetap atau bukan warganegara
6. Tujuan ansuran bulanan pinjaman rumah
-Pengeluaran akaun 2 untuk membayar ansuran pinjaman rumah
6. Tujuan kematian
-Kerana ahli telah meninggal dunia
7. Perumahan Fleksibel
-Menguatkan kelayakan pinjaman dengan menyertakan bukti simpanan di KWSP
8. Skim perumahan PR1MA
-Pengeluaran akaun 2 untuk buat pembelian rumah PR1MA
9. Tujuan Haji
– Pengeluaran akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji
10. Tujuan Kesihatan
-Pengeluaran akaun 2 tujuan membiayai kos perubatan atau peralatan perubatan
11. Tujuan Simpanan Yang Melebihi RM1 Juta
– Pengeluaran untuk simpanan yang melebihi RM1 Juta
pengeluaran KWSP Terkini

Pengeluaran Khas KWSP

Kerajaan juga memberikan kebenaran untuk ahli KWSP membuat pengeluaran KHAS. Kebenaran ini bergantung kepada situasi semasa dan keputusan kerajaan yang sedang mentadbir ketika itu.

ARTIKEL LAIN  SPGATM: Semakan Penyata Gaji Secara Online

Ini terbukti telah berlaku ketika Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyidin Yasin melalui Pengeluaran KHas I-Sinar dan I-Lestari.

Pada siri kempen Pilihan Raya Umum Ke 15 yang lalu, pihakk blok Parti Perikatan Nasional turut mempertimbangkan untuk membuka kembali tawaran pengeluaran KSWP secara bersasar.

Mereka memberi jaminan untuk mempertimbangkan semula bagi pengeluaran khas kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) tetapi secara bersasar jika di beri mandat mentabdir Kerajaan selepas PRU-15.

Menurut Tan Sri Muhyiddin, perkara itu akan dinilai berdasarkan jumlah baki simpanan pencarum yang membuat permohonan pengeluaran khas tersebut.

Berikut adalah pengeluaran khas KWSP yang dibenarkan sebelum ini.

pengeluaran kwsp terkini
Pengeluaran KWSP Terkini
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • IMG 20211123 115615
    Kalendar Dan Jadual Peperiksaan MUET 2023 Beserta …
    December 10, 2022 0
  • Gambar2520Kuala2520Lumpur2520Ibu2520Kota2520Kilat
    10 Fakta Menarik Mengenai Malaysia Yang Ramai …
    October 16, 2015 3
  • 22
    Pencemaran Alam Sekitar dan Contoh Karangan Kesan …
    November 27, 2022 0
  • gambar-kahwin-budak-8-tahun-dengan-nenek-61-tahun
    Budak Umur 8 Tahun Berkahwin Dengan Nenek …
    July 29, 2015 0
  • Kos Yang Ditawarkan di UIA gombak
    Kursus Atau Kos Yang Ditawarkan di Universiti …
    June 8, 2023 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)