BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kalendar Dan Jadual Peperiksaan MUET 2023 Beserta Tarikh Register

Islah Ibrahim

Ini adalah makluman terkini mengenai Tarikh Pendaftaran MUET bersama dengan Kalendar Peperiksaan MUET untuk rujukan anda. Sekiranya anda akan mengambil ujian MUET bagi tahun 2023. Anda telah berada di laman yang tepat.

Pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan Kalendar Majlis Peperiksaan MUET 2023 yang telah memperincikan tarikh-tarikh penting berkenaan peperiksaan MUET iaitu Tarikh Register, ujian speaking dan ujian bertulis.

Peperiksaan MUET merupakan syarat wajib untuk kemasukan di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau ingin masuk ke Universiti Awam (UA). Anda perlu mencapai sekurang-kurangnya lulus MUET atau mendapat Band 3.

Untuk makluman para calon, Jadual Peperiksaan MUET 2023 telah dikeluarkan pada 24 November 2022 dan mengikut kalendar, untuk sesi 1 2 dan 3 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mac, Julai dan Oktober.

Sekiranya berlaku perubahan tarikh, kami akan kemaskini tarikh dari masa ke semasa.

Berikut adalah makluman Tarikh Pendaftaran MUET Sesi 1 2023

muet 2023

Jadual Peperiksaan MUET 2023 Tarikh Register, Ujian Speaking Dan Bertulis

Perhatian kepada semua calon yang akan menduduki MUET 2023 Peperiksaan Malaysian English Universiti Test atau MUET akan diadakan kepada 3 sesi bagi tahun ini. 3 sesi ini adalah pada bulan Mac, Julai dan Oktober tahun 2023.

Disini dikongsikan Jadual Peperiksaan MUET 2023 untuk rujukan para calon peperiksaan MUET.

Dalam jadual ini akan dikongsikan bersama Tarikh Register dibuka dan ditutup serta tarikh ujian speaking dan bertulis.

PERINGATAN: Para calon adalah dinasihatkan untuk merujuk tarikh-tarikh penting ini untuk memastikan anda tidak terlepas tarikh register untuk setiap sesi terutamanya sesi 1 dan 2. Ini penting bagi memastikan anda tidak terkandas untuk permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi.

Berikut adalah tarikh -tarikh penting untuk rujukan para calon:

SESI 1 2023

PERKARATARIKH
TARIKH REGISTER DIBUKA7 Disember 2022
TARIKH TUTUP REGISTRATION10 Januari 2023
TARIKH UJIAN LISAN (SPEAKING)13,14,15,16,20 dan 21 Mac 2023
TARIKH UJIAN BERTULIS1 April 2023

SESI 2 2023

PERKARATARIKH
TARIKH REGISTER DIBUKA28 Februari 2023
TARIKH TUTUP REGISTRATION4 April 2023
TARIKH UJIAN LISAN (SPEAKING)13,14,15,19,20 dan 21 Jun 2023
TARIKH UJIAN BERTULIS15 Julai 2023

SESI 3 2023

PERKARATARIKH
TARIKH REGISTER DIBUKA12 Julai 2023
TARIKH TUTUP REGISTRATION23 Ogos 2023
TARIKH UJIAN LISAN (SPEAKING)30 dan 31 Oktober, 1,2,6,7 November 2023
TARIKH UJIAN BERTULIS18 November 2023

Para calon boleh muat turun Kalendar rasmi dari Majlis Peperiksaan Malaysia ini melalui web rasmi MPM

muet 2023

5 Tips Untuk Lulus MUET 2023

Mencapai kejayaan dan lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan MUET adalah impian semua pelajar untuk melayakkan diri masuk ke Universiti Awam. Lebih tinggi result lebih berpotensi untuk anda mendapat bidang pengajian pilihan anda. Tujuan MUET ini juga adalah untuk mengukur tahap penguasaan bahasa inggeris para calon untuk menempatkan diri di IPT Malaysia.

ARTIKEL LAIN  TARIKH PEMBAYARAN BR1M 2016

Berikut adalah pembahagian markah dalam Ujian MUET 2023

  • Ujian Pendengaran (Listening)- 45 Markah
  • Ujian Lisan (Speaking)- 45 Markah
  • Ujian Pemahaman (Reading)- 120 Markah
  • Ujian Penulisan (Writing)- 90 Markah
111
Sumber: Made In UITM

Jumlah markah penuh para calon dalam MUET 2023 adalah 300 markah dan keputusan yang diperoleh adalah berdasarkan gred yang disebut sebagai BAND.

Jenis pembahagian pemarkahan pula terbahagi kepada enam, iaitu Band 6 sebagai ‘sangat bagus’ dan Band 1 sebagai ‘Amat Terhad’. Jika anda mendapat keputusan MUET lebih rendah dari Band 3, anda perlu mengambil semula peperiksaan MUET untuk melayakkan diri masuk ke Universiti khususnya universiti awam. Hal ini kerana kebanyakan universiti awam di Malaysia (UA) menetapkan syarat minimum Band 3 untuk kemasukan ke peringkat ijazah pertama.

Anda tak perlu bimbang, nak lulus MUET tak susah mana, anda cara dan tips yang anda boleh aplikasikan semasa menjawab soalan yang diberikan nanti.

Berikut dikongsikan antara tips yang boleh anda amalkan

1. Fahami aspek-aspek yang akan diuji seperti jenis soalan yang ditanya

Anda sedia maklum MUET ada empat jenis ujian, setiap jenis ujian anda kena faham aspek yang diuji seperti jenis soalan yang ditanya. Anda dalam proses untuk membiasakan diri dengan format soalan.

Setiap jenis ujian juga mempunyai cara pemarkahan yang berbeza serta tempoh masa menjawab berbeza. Anda juga perlu kenalpasti, dimana kelemahan anda samada dari segi bertutur, mendengar, memahamkan solan atau menulis. Selepas anda tahu dimana kelemahan anda, anda perlu tumpukan perhatian dan memperbaiki bahagian anda yang lemah.

2. Persediaan tatabahasa (grammar) dan kosa kata (vocabulary) yang mencukupi

Tidak kisah bahasa apa pun yang anda pelajari, semuanya memerlukan aturan asas untuk anda menulis ayat . Dalam hal ini, anda perlu bersedia dari segi peraturan asas tatabahasa dan juga kosa kata dalam bahasa inggeris.

3. Selalu berkomunikasi dalam bahasa inggeris

Bila sudah membuat latihan tatabahasa dan latihan mengikut peraturan asas dalam bahasa inggeris, seterusnya anda perlu selalu mempraktikkan komunikasi dalam bahasa inggeris. Berbual dengan rakan-rakan, ahli keluarga , paling bagus jika ada seseorang yang boleh memperbetulkan kosa kata anda.

4. Lakukan latih tubi dengan kerap

Ada satu cara untuk menambah kemahiran anda, kalau anda ada adik yang masih bersekolah rendah atau menengah, cuba pinjam buku mereka dan buat latihan subjek bahasa inggersi mereka. Kaedah ini mampu meningkatkan tahap kefahaman kita dalam bahasa inggeris.

5. Jangan terlalu yakin dengan teknik dan penguasaan sendiri

Antara penyebab kegagalan untuk mendapat keputusan minimum Band 3 dan ke atas adalah tidak mendapat bimbingan dari seseorang yang betul. Sikap terlalu yakin atau over-confident dengan cara sendiri boleh memberi kesan negatif kepada keputusan MUET anda. Rujuklah pakar seperti guru MUET anda jika anda di STPM atau pensyarah-pensyarah.

Diharapkan perkongsian ringkas mengenai Kalendar Peperiksaan MUET 2023 ini dapat membantu anda mendapatkan rujukan yang tepat bersama-sama dengan tips untuk berjaya dalam MUET. Kami doakan anda semoga berjaya menduduki MUET 2023 bagi sesi 1 , 2 dan 3 nanti.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pure white background 85a2a7fd
    Aeon Credit Online Payment: Cara Daftar Dan …
    November 15, 2022 0
  • Semakan Nama Daftar Pemilih PRU14 2018 Online
    Semakan Nama Daftar Pemilih PRU14 2018 Online
    April 12, 2018 0
  • gaya selfie buat orang rasa menyampah.jpg
    Gaya Selfie Yang Buat Orang Rasa Menyampah
    November 18, 2015 0
  • 0c4ce1cc3fea4561825f423299829b03 1200
    Harga Lesen Kereta Dan Motosikal Terkini 2022 …
    November 24, 2022 0
  • maksud disebalik setiap gred jawatan kerajaan
    MAKSUD DISEBALIK GRED JAWATAN KERAJAAN
    October 19, 2014 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)