BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Thijari, Login & Cara Daftar Tabung Haji Online 2022 & 2023

Islah Ibrahim

Berikut adalah kaedah menggunakan sistem thijari meliputi cara daftar dan login tabung haji online banking. Kini lebih mudah dan pantas melalui www.thijari.com.my.

thijari

Dengan rasminya, Tabung Haji telah melancarkan sistem yang memudahkan untuk pemegang akaun tabung haji yang sah.

Para pemegang akaun kini boleh menyemak penyata terkini akaun tabung haji melalui sistem tabung haji online banking ini. Sistem online banking oleh Tabung Haji ini membolehkan pemegang akaun membuat pemindahan wang termasuk perkara yang berkaitan haji.

Cara Daftar dan Login Thijari Tabung Haji Online

Kaedah untuk mendaftar tabung haji online sangatlah mudah, ianya pantas hanya dihujung jari. Ini antara kaedah cara login dan daftar tabung haji online anda

Berikut adalah cara daftar & login Thijari:

  1. Langkah pertama sila kemaskini info no akaun tabung haji anda terutama yang melibatkan no telefon anda yang terkini. Ia penting untuk tujuan penerimaan no tac semasa membuat transaksi.
  2. Langkah kedua, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Tabung Haji terdekat untuk mengemaskini no akaun akaun TH anda.
  3. Silalah melawati portal Tabung Haji ( https://www.tabunghaji.gov.my ) untuk mendapatkan maklumat kiosk atau cawangan TH yang terdekat di seluruh semenanjung termasuk sabah dan sarawak.
  4. Pendaftaran di laman portal hanya boleh dilakukan selepas anda membuat kemaskini di cawangan TH.

Bagaimana untuk semak Login Tabung Haji Online Banking anda:

  • Layari https://www.thijari.com.my untuk semak Tabung Haji Online anda, sangat mudah dan pantas.
  • Masukkan no kad pengenalan anda dan nombor akaun Tabung Haji anda.
  • Masukkan no telefon yang telah dikemaskini dan lengkapkan maklumat peribadi yang dikehendaki.

Untuk makluman anda, sebelum ini portal tabung haji adalah menggunakan nama itijari iaitu www.e-thijari.com.my. Anda tidak perlu lagi layari ke laman ini kerana ianya telah pun ditamatkan.

Semasa anda ingin masukkan no TAC yang telah diterima melalui telefon anda, anda perlu semakan sekali lagi

  • Username anda
  • Kata laluan
  • Nama Pengguna
  • Negeri tempat tinggal terkini

Selepas selesai menyemak, anda boleh lakukan urusan Tabung Haji anda yang diinginkan.

Syarat Membuka Akaun Tabung Haji Anda

  1. Semasa anda hadir ke cawangan tabung haji, bagi yang dewasa pastikan anda membawa kad pengenalan/mykad anda.
  2. Bagi kanak-kanak pula, bawa sijil kelahiran dan mykid atau mykad anak anda yang asli. Sediakan juga salinan setiap dokumen ini.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari : https://www.tabunghaji.gov.my

Cara Membuat Transaksi Pemindahan Duit Ke Tabung Haji Anda

Dengan kemudahan pelbagai online banking yang ada pada hari ini, anda lebih mudah untuk membuat pemindahan duit masuk ke tabung haji. Ini adalah termasuk menggunakan maybank2u, atm maybank,cimbclicks, bank rakyat irakyat, namun menggunakan kaedah ini anda akan dikenakan sedikit caj utk setiap transaksi.

ARTIKEL LAIN  Gambar "Rare" Sultan Kedah Bersama Ratu Elizabeth II Yang Jarang Didedahkan Kepada Umum

Penulis ingin berkongsi kaedah bagaimana untuk membuat transaksi duit ke tabung haji secara percuma atau tanpa sebarang caj transaksi. Anda boleh menggunakan JOMPAY

Contohnya anda sedang menggunakan apps maybank2u:

  1. Anda pilih butang ‘PAY’ dan klik pilihan JOMPAY. Masukkan maklumat
  • Biller Code Tabung Haji iaitu 60228
  • REF 1: Masukkan nombor akaun tabung haji anda
Thijari

Thijari : Cara Daftar & Login, 5 Kelebihan Guna Sistem Ini

Untuk makluman anda, sebagai pemegang akaun tabung haji dan menggunakan portal thijari, ini adalah 5 kelebihan yang anda boleh dapatkan:

1. Membuat simpanan dan pengeluaran wang

Dengan thijari ,anda boleh melihat butiran akaun, menyemak ringkasan, melihat rekod transaksi, menyemak baki tabung haji anda. Di samping itu, anda juga boleh melakukan transaksi pemindahan dari akaun TH ke akaun TH yang lain iaitu akaun tanggungan dan pihak ketiga.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengemaskini profil, memuat turun penyata tabung haji.

2. Melakukan urusan daftar haji bagi yang daftar & login guna thijari

Anda boleh semak status pendaftaran haji, melalui thijari, anda juga terus boleh dapatkan slip daftar haji. Bagi pemegang akaun yang mendapat panggilan Haji, anda boleh mendapatkan surat tawaran melalui thijari termasuk jadual pergi dan balik. Hanya muat turun sahaja.

Anda boleh mendapatkan maklumat Kursus Asas Haji, menyemak lokasi kursus dan jadual kursus. Semua maklumat kursus boleh dimuat turun.

3. Boleh menjadi ahli Kelab Taha/ Taha@U

Melalui thijari, anda boleh mendaftar menjadi ahli Kelas Taha/Taha@U. Selepas mendaftar, anda akan memperoleh E-kad keahlian, dan anda boleh semak senarai rakan Kelab Taha ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut , anda boleh hubungi mana-mana kiosk atau cawangan Tabung Haji yang berdekatan.

Atau lebih mudah lagi terus hubungi pihak centre seperti dibawah:

  • Emel TH: [email protected]
  • Nombor telefon: +603-6207 1919
  • Urusan Faks: +603-7728 4959

Masa Operasi Tabung Haji

ITEMMASA
Waktu beroperasi8.45 pagi hingga 4.00 petang

*Beroperasi pada hari Isnin sehingga hari Ahad, kecuali pada hari cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Berpeluang menyertai Cabutan Bertuah

Melalui sistem thijari, anda juga boleh berpeluang memenangi hadiah dari pihak Tabung Haji sehingga RM300,000 kepada 10 senarai pemenang yang bertuah.

5. Layak mendapat promosi dan diskaun

Kelebihan ini diberikan bagi yang mendaftar dan login menggunakan thijari, anda boleh mendapatkan promosi dan diskaun jika mendaftar tabung haji secara online melalui portal thijari.

Jom daftar thijari sekarang!

Prev Article
Next Article

One Response

  1. golo game

    Terima kasih atas panduan yang jelas dan berguna mengenai cara mendaftar Tabung Haji secara online. Saya merasa informasi ini sangat membantu, terutama untuk tahun 2023. Semoga lebih ramai yang memanfaatkan kemudahan ini!

    August 9, 2025

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Kos Yang Ditawarkan di UIA gombak
    Kursus Atau Kos Yang Ditawarkan di Universiti …
    June 8, 2023 0
  • gaji jururawat masyarakat gred u19.png
    GAJI JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19 KKM
    November 9, 2015 1
  • bank mana bagi loan senang
    BANK MANA BAGI LOAN SENANG?
    August 19, 2014 26
  • anak muda
    Anak Muda Boleh Nikmati RM31000 Dalam 3 …
    June 4, 2017 0
  • m10 perlembagaan BHfield image listing featured 1
    Contoh Karangan Cara Mengekalkan Keamanan Negara dan …
    December 28, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)