
Artikel ini akan berkongsi contoh karangan bagi topik cara mengekalkan keamanan negara dan contoh isi-isi penting.
(Contoh Karangan Cara Mengekalkan Keamanan Negara)
Semangat patriotisme dalam kalangan Rakyat negara ini dapat menjadi penyumbang pertahanan negara. Negara ini sudah diakui sebagai sebuah negara dengan kepelbagaian kaum yang perlu mempunyai semangat cintakan negara sebagai pemangkin pembinaan bangsa Malaysia. Rakyat Malaysia harus mempunyai semangat tidak rela lagi dijajah demi mempertahankan kedaulatan negara.
Berikut dikongsikan isi-isi penting dalam topik cara mengekalkan keamanan negara:
Keselamatan Negara membawa maksud bebas dari ancaman luar. Dalam terma maksud keselamatan oleh mereka yang terlibat dalam bidang keselamatan, ianya berkait dengan keselamatan negara. Maka keselamatan negara membawa makna menjaga pertahanan sempadan daripada diganggu ancaman ketenteraan musuh supaya negara kekal sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Keselamatan negara tidak hanya membawa maksud menahan benteng Negara daripada serangan ketenteraan musuh malah termasuk dalam permasalahan ekonomi dan isu-isu yang melebihi sempadan negara. Banyak isu dalam negara sebenarnya saling berkait antara satu sama lain. Walaupun masalah-masalah seperti migrasi, penyeludupan dadah, perdagangan manusia dan pencemaran alam sekitar dan masalah kemiskinan tidak memberikan kesan kepada keselamatan negara, namun ianya tetap memberikan kesan ke atas kelangsungan hidup sesebuah negara dalam jangkamasa panjang.
Tanggungjawab Rakyat Untuk Menjaga Keselamatan Negara
(Contoh Karangan Cara Mengekalkan Keamanan Negara)
Keselamatan sesebuah negera adalah perkara yang amat penting untuk dijaga dan dipelihara untuk memastikan keamanan sesebuah negara dapat dikekalkan untuk tempoh yang lama. Sekiranya keselamatan negara dapat dijaga, rakyat negara itu dapat menikmati kehidupan mereka tanpa ancaman atau diganggu. Selain itu rakyat dapat merasai kebebasan untuk memilih cara hidup, hak seseorang individu dihormati dan tidak akan di zalimi. Kesan positif ini dapat memperlihatkan bahawa keselamatan dan keamanan negara itu amat penting bagi sesebuah negara.
Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menjaga keselamatan negara adalah bermula daripada diri pemimpin itu sendiri. Pemimpin yang berwibawa adalah seorang yang amanah dalam memikul peranan sebagai individu yang utama dalam pemerintahan negara. Sebagai contoh, pemimpin itu tidak menyalahgunakan kuasa yang dimiliki untuk kepentingan diri sendiri atau ahli keluarga. Tetapi memberikan keutamaan sepenuhnya kepada rakyat dibawah pentadbirannya. Hal ini berikutan rakyat telah memberikan kepercayaan dan harapan yang tinggi kepada pemimpin untuk mentadbir negara ini dengan penuh tanggungjawab, adil dan saksama.
Pemimpin yang mentadbir dengan amanah akan melahirkan pentadbiran yang berjaya dan secara tidak langsung keselamatan negara dapat dipelihara sebaiknya. Selain itu, rakat juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam usaha mengekalkan keselamatan negara terutamanya golongan belia dan remaja. Golongan muda ini merupakan aset kepada negara yang berperanan sebagai penentu masa depan negara dan kerana di masa akan datang golongan inilah yang akan menjadi pemimpin negara. Golongan muda harus diberikan pendidikan yang sewajarnya supaya mereka mempunyai ilmu yang mencukupi untuk mengambil alih pentadbiran negara suatu hari nanti.
Golongan muda juga wajib sedar bahawa merekalah yang akan jadi penentu corak masa depan negara kelak. Golongan muda harus merasa bangga kerana dikurniakan sebuah negara yang aman tanpa ancaman luar yang dinikmati sehingga ke hari ini. Mereka harus bersatu padu dan menjalani kehidupan yang harmoni. Sejarah telah membuktikan dengan adanya kerjasama, bersatu padu antara satu sama lain menjadi nadi utama dalam usaha mengekalkan keamanan negara.
Terapkan Nilai Patriotisme
(Contoh Karangan Cara Mengekalkan Keamanan Negara)

Paling akhir, ialah mengamalkan konsep rukun negara yang secara sekaligus dapat menerapkan nilai patriotisme dalam diri rakyat negara. Nilai patriotisme ini merupakan perkara yang perlu dilaksana dan dipelihara dalam usaha untuk mengembalikkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Semangat ini juga dapat melahirkan masyarakat yang progresif, demokratik dan mempunyai sifat keterbukaan.
Perpaduan sesama kaum amatlah penting untuk mengekalkan keselamatan negara. Tanpa perpaduan kaum negara akan berhadapan dengan huru-hara dan negara akan menjadi kacau bilau. Contohnya dalam satu situasi, sesuatu kaum itu sebaiknya tidak boleh campur tangan dalam isu yang melibatkan kaum lain. Sering berlaku, sekiranya kaum yang berbeza ini saling bertemu muka, makan akan berlaku perselisihan antara satu sama lain dan lebih buruk lagi boleh mencetuskan pergaduhan yang lebih besar.
Oleh itu, perpaduan kaum perlu dipupuk sejak dari awal untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara akan sentiasa terjamin. Penutupnya, kerjasama yang melibatkan masyarakat sangat diperlukan dalam usaha menjaga keselamatan negara. Rakyat harus bersatu padu dan mengikat kerjasama dalam apa juga keadaan untuk melindundi negara ini. Dari asas inilah kedaulatan negara dapat diperoleh. Pepatah juga ada menyebut, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Isi Penting Dalam Perkara Peranan Rakyat Untuk Menjaga Keselamatan dan Keamanan Negara.
(Contoh Karangan Cara Mengekalkan Keamanan Negara)
Berikut adalah antara isi-isi penting yang anda boleh tambah dalam karangan Peranan orang awam dalam usaha menjaga keselamatan negara:
1. Mengusahakan Rukun Tetangga dalam kawasan-kawasan sekitar perumahan bagi menjaga keselamatan dan keamanan penduduk sekitar perumahan.
2. Ikhtiar dengan mengadakan majlis solat hajat dan doa selamat untuk keselamatan dan kesejahteraan negara
3. Masyarakat wajib bersatu padu dan melakukan kerjasama untuk mempertahankan keselamatan dan keamanan negara.
4. Peranan generasi muda yang perlu menanamkan sifat rasa cintakan negara. Pepatah ada mengatakan ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.
5. Sentiasa berkongsi maklumat terkini mengenai keselamatan di media sosial
6. Menanam sikap dan nilai dalam diri untuk berusaha menjadi seorang warganegara dengan rasa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan tanah air. Memupuk semangat cintakan negara , kerana usaha ini bukan sahaja dapat melahirkan rakyat yang bertanggungjawab kepada komuniti dan negara malahan memberi kesan positif kepada keamanan dan keselamatan negara.
7. Menyemaikan rasa hormat menghormati yang berbeza keturunan, budaya dan agama. Setiap dari rakyat mestilah ada rasa tolak ansur antara satu sama lain dan menghormati cara hidup, pegangan agama, adat resam, budaya dan keturunan kumpulan etnik. Perasaan perkauman, perbezaan dan prasangka harus diketepikan sejauhnya untuk mengekalkan suasana harmoni dalam negara.
8. Negara akan kekal sebagai sebuah negara yang mempunyai persefahaman dan teloransi sekiranya isu sensitif tidak dibangkitkan atau dibahaskan. Setiap rakyat yang menjadi warganegara ini perlu menerima dan mengakui bahawa peranan antara kaun dalam menjalani kehidupan seharian. Amalan nilai positif harus diamalkan sentiasa tidak mengira apa kaum sekalipun.
9. Melahirkan masyarakat yang bersatu padu, sekiranya tiada perpaduan yang kukuh, kesejahteraan tidak akan mampu dicapai walaupun negara kita berstatus negara maju. Perpaduan yang ingin dicapai mestilah melalui kehidupan yang demokratik kerana ianya akan menjadi tunjang kepada jaminan keselamatan negara, ketenteraman awam dan kesejahteraan semasa rakyat.
Inilah antara cara mengekalkan keamanan negara yang perlu diterapkan oleh setiap rakyat negara ini. Cara mengekalkan keamanan negara ini tidak terhad dari peranan pemimpin sahaja tetapi dari rakyat yang pelbagai kaum yang menjadi teras masyarakat Malaysia.
Semoga perkongsian cara mengekalkan keamanan negara untuk contoh karangan ini dapat membantu para pelajar menghasilkan karangan yang baik dan cemerlang.