BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Ummi Nazeera Bersyukur Bapa Dipenjara 31 Tahun

ammar

bapa ummi nazeera dipenjara 31 tahun.jpg Ummi Nazeera Bersyukur Bapa Dipenjara 31 Tahun

Pelakon, Ummi Nazeera melahirkan perasaan syukur selepas ayahnya iaitu Datuk Zainulabadin Mat Akhir dijatuhkan hukuman penjara 31 tahun oleh mahkamah.

“Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya. Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya,” katanya dan menjelaskan segala keperitan ibunya telah berakhir, dipetik melalui portal The Rakyat Post.

Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Maziah(ibu Ummi Nazeera) tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Ummi Nazeera dan anak lelakinya, Ahmad Nazreem yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai.

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman pernjara 31 tahun itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yang juga bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Datuk Zainulabadin didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lepas.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga 10, Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn.Bhd., daripada Datuk Maziah Musa, 51, selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri.

Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik anaknya, Ahmad Fikhri dan Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd.

Dalam penghakiman, Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziash) dalam kesemua dokumen yang dipertikaikan telah dipalsukan. Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak dan dendam.

ARTIKEL LAIN  Jins Shamsuddin Meninggal Dunia Adalah Palsu
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • ceplos
    Kacak Mengalahkan Fattah Amin! Inilah Wajah Terkini …
    August 11, 2017 1
  • Koleksi Lagu dan Gambar Kartun Didi and Friends
    Koleksi Lagu dan Gambar Kartun Didi and …
    August 1, 2016 0
  • Kak Engku Kecewa Dipecat Serta Merta Oleh Sinar FM.jpg
    Raja Azura Kecewa Dipecat Serta Merta Oleh …
    December 29, 2015 2
  • Aliff Aziz
    Hentikan Fitnah, Alif Sebenarnya Tak Bersalah
    July 28, 2017 1
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 16
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 16
    August 9, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)