BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Koleksi Lagu dan Gambar Kartun Didi and Friends

ammar

Koleksi Lagu dan Gambar Kartun Didi and FriendsKoleksi Lagu dan Gambar Kartun Didi and Friends

Gambar Kartun Didi and Friends. Didi and Friends adalah siri animasi untuk kanak-kanak terbitan Astro Ceria yang semakin popular ketika ini. Misi pihak produksi Didi and Friends adalah untuk menghiburkan kanak-kanak sambil memberi ilmu pengetahuan melalui penyampaian lagu-lagu rakyat yang diberi nafas baru.

Mereka bertanggungjawab untuk memberi hiburan yang infomatif kepada anak-anak bangsa dan sekaligus mengembalikan kegemilangan lagu rakyat yang menjadi nyanyian bibir ramai sewaktu kecil dahulu.

Melalui nyanyian kartun animasi Didi and Friends memberikan didikan awal kepada kanak-kanak yang berumur 2 hingga 5 tahun. Animasi ini ditayangkan setiap hari (8.30pagi dan 3.00petang) di saluran Saluran 611, Astro Ceria bermula Disember tahun lalu.

Selain itu animasi Didi and Friends ini juga turut disiarkan secara eksklusif di saluran 480. Menerusi kerjasama Astro First, 20 buah lagu baru yang dihasilkan khas untuk peminat setia Didi & Friends menemui penonton Astro di rumah mulai Khamis, 26 Mei 2016.

Menerusi langganan serendah RM 15.90 (termasuk GST) pelanggan Astro boleh melanggan Didi and Friends secara eksklusif di saluran 480.

Koleksi lagu dan gambar kartun Didi and Friends menjadi kegilaan kanak-kanak di Malaysia ketika ini. 

Didi and Friends dibintangi oleh oleh bintang utama siri animasi ini iaitu Didi, Nana dan Jojo dan beberapa watak tambahan lain seperti Pak Atan, Bingo, Tatak, Pipi dan ramai lagi. Anak selebriti terkenal turut serta menjayakan muzik video seperti dalam lagu Pokok Mulberi yang menampilkan Bella (Anak Stacy), Mika (Anak Nabil Ahmad) dan Noah (Anak Yasmin Hani).

Diilhamkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh produksi tempatan, Didi & Friends turut menerapkan nilai-nilai kekeluargaan bagi menarik minat kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 5 tahun untuk belajar sambil berhibur.

ARTIKEL LAIN  "Tidak Duduk Sebumbung Bersama Keluarga?", Sharnaaz Akhirnya Jawab Segala Persoalan Bawangrians

Koleksi Gambar Kartun Didi and Friends

didi and friends abc didi and friends bunyi haiwan didi and friends games didi and friends playlist gambar didi dan kawan-kawan pak atan ada kucing nama dia bingo siri animasi kanak-kanak didi and friends

Antara koleksi lagu yang popular dan selalu menjadi nyanyian di bibir kanak-kanak adalah:

  1. Bingo
  2. Tayar Bas
  3. Kalau Rasa Gembira
  4. Papaku Pulang Dari Kota
  5. Lompat Si Katak Lompat
  6. Chan Mali Chan
  7. Pak Atan Ada Ladang
  8. Dan banyak lagi koleksi lagu lain

Mari sama-sama kita tonton video lagu kanak-kanak Didi & Friends ini di sini.




Untuk tonton lebih banyak lagi lagu Didi and Friends secara online boleh terus ke saluran Youtube rasmi mereka[button-red url=”https://www.youtube.com/channel/UCr9QW8w8CvVAe3MSWZCAn-Q/featured” target=”_self” position=”left”]KLIK SINI[/button-red]

 

Koleksi Lagu Terbaru Kartun Didi and Friends

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • gambar baby bump terbaru siti nurhaliza 2015.png
    Gambar Baby Bump Terbaru Siti Nurhaliza
    November 24, 2015 1
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 15
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 15
    August 8, 2016 0
  • najwa latif
    Najwa Latif Menangis Siapkan Tesis
    October 15, 2019 0
  • Johan Raja Lawak Terasa Kerana Disindir Ibu
    Johan Raja Lawak Terasa Kerana Disindir Ibu
    December 9, 2016 1
  • tan sri jins shamsuddin meninggal dunia palsu.png
    Jins Shamsuddin Meninggal Dunia Adalah Palsu
    December 17, 2015 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)