BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Ziyad Pelik Ramai Saudara Datang Rumah Selepas Jadi Jutawan

ammar

Ziyad Pelik Ramai Saudara Datang Rumah Selepas Jadi JutawanZiyad Pelik Ramai Saudara Datang Rumah Selepas Jadi Jutawan

Ziyad Zolkefli adalah nama yang begitu asing bagi rakyat Malaysia sebelum ini. Malah mungkin ramai tidak mengenali siapa atlet ini. Namanya menjadi terkenal dan mula dikenali apabila baru-baru ini menang pingat emas dalam acara lontar peluru T20 Paralimpik Rio 2016.

Kemenangan Ziyad itu sekaligus menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam Paralimpik Rio 2016.

Atas kemenangannya itu telah membuatkan beliau menerima insentif RM1 juta daripada kerajaan. Secara tidak semena-menanya Ziyad telah menjadi jutawan segera tanpa diduga.

Itulah satu insentif yang terbaik dari kerajaan Malaysia kepada Ziyad kerana mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Muhammad Ziyad Zolkefli bakal menamatkan zaman bujang pada 11 November ini.

Sejak menjadi jutawan segera, wira sukan negara Muhammad Ziyad Zolkefli mengakui dikunjungi ramai ‘saudara’ yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini.

Pemenang pingat emas acara lontar peluru Paralimpik Rio berkata, disebabkan itu beliau terpaksa menambah bilangan kuota tetamu majlis perkahwinannya pada 11 November ini.

“Sejak akhir-akhir ini ramai pula ‘saudara mara’ saya tak pernah tengok tiba-tiba datang ke rumah. Saya pun pelik tapi itulah realitinya,” katanya seperti dilapor mStar Online.

“Keluarga sebelah perempuan pun dah tertekan kerana ramai saudara yang nak datang.

“Mula-mula kami jemput 1000 tetamu masing-masing untuk setiap majlis kerana guna pakej tapi nampaknya kena tambah lagi 300 orang.”

Dahulunya penjual kuetiau, Ziyad, 26, yang menerima insentif RM1 juta daripada kerajaan hanya mahukan majlis perkahwinan yang sederhana.

“Saya tak nak majlis yang besar-besaran. Saya tak mahu membazir, cukuplah hari bahagia saya disambut dalam keadaan sederhana tapi meriah,” katanya.

Majlis resepsi Ziyad akan diadakan pada 20 November di sebuah hotel di sini, manakala pasangannya Zafira Mohd Nasir pada 12 November ini di Putrajaya.

ARTIKEL LAIN  Gol Ajaib Bukan Satu Kebetulan, Faiz Subri Tunjuk Teknik Tendangan

Didoakan semoga majlis perkahwinan Ziyad nanti berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Semoga berbahagia bersama bakal isteri nanti dan dikurniakan zuriat. Majulah sukan untuk negara.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Juan Martin Lucero
    JDT Dedahkan Nilai Perpindahan Juan Martin Lucero …
    December 29, 2016 0
  • safawi
    De Gea Pun Tak Boleh Save. Lihatlah …
    December 12, 2018 0
  • tmj siapa
    Dihentam Kerana Tiada di Stadium Semasa Sukan …
    August 18, 2017 2
  • Bibi-Ramjani-Ilias-Khan
    Bibi Dedah Konspirasi Pemain dan “Datuk” Untuk …
    October 12, 2017 0
  • Finalis The FIFA Puskas Awards 2017
    Ini Dia 3 Finalis The FIFA Puskas …
    October 11, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)