BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

(Video) Kereta Singapura Pandu Lorong Kecemasan, Kena Maki dan Dibaling Botol

ammar

Di Malaysia, memandu di lorong kecemasan adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan saman boleh pihak berkuasa.

Selain salah, tindakan memandu di lorong kecemasan juga membahayakan pengguna jalan raya yang lain terutama bagi penunggang motosikal.

Baru-baru ini tular di media sosial viddeo sebuah kereta dipercayai Rakyat Singapura dimaki, dan dibaling dengan botol air kerana melakukan kesalahan memandu di lorong kecemasan.

Video itu mula tular selepas dimuat naik menerusi akaun Facebook oleh Nurul Shahida.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 31 saat itu, pada awalnya dua buah motosikal ditunggang oleh tiga orang individu membunyikan ‘hon’ panjang selepas laluan mereka dihalang oleh sebuah kereta dengan nombor pendaftaran “SLD3873J” (plat Singapura).

Difahamkan individu-individu penunggang motosikal ini sedang menolak salah sebuah motosikal antara mereka yang rosak.

Salah seorang antara mereka kedengaran memaki pemandu kereta berkenaan kerana menggunakan laluan kecemasan di lebuhraya itu.

“Bodoh ke apa ha? Tak ada otak?” jeritnya.

Namun pemandu kereta berkenaan dilihat tidak peduli, sebaliknya terus memecut ke hadapan menerusi lorong kecemasan, sebelum dibaling dengan sebuah botol air mineral oleh salah seorang penunggang motosikal terbabit.

Menurut Nurul Shahida yang memuat naik video ini di Facebook, selepas kejadian (tiada dalam rakaman video), pemandu kereta berkenaan turut bertindak balas terhadap mereka dengan menekan brek emergency.

“Ye tahu nak raya, perangai elok sikit. Jangan ikut perangai binatang raya kau tahun ni b@bi,”

“Ni yang mula, bila dia dah panas hati, dia kacip kita orang dan brek emergency,”

“Nak suruh kitaorang langgar bontot kereta kau, lepas tu kita orang jatuh kau puas hati, begitu?”

“Kau dah brek emergency, satu keluarga laki bini anak-anak kau semua toleh belakang tengok kita orang kemudian blah, dasar lu anjing, b@bi,” tulisnya.

ARTIKEL LAIN  One Community WorldWide Bisnes MLM Tipu Guna Gadis Cantik

Di bawah ini rakaman penuh video berkenaan sila klik untuk menonton.

Diharap kejadian seperti ini tidak lagi berulang dan pihak berwajib perlu melakukan sesuatu bagi mengelakkan ramai lagi pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab seperti ini.

Ingat! Lorong kecemasan adalah lorong yang digunakan ketika kecemasan sahaja! Menjadi satu kesalahan bagi sesiapa sahaja memandu di lorong kecemasan dan anda boleh dikenakan tindakan saman oleh JPJ dan Polis.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Pesanan Amran Fans kepada Syed Saddiq
    Terbawak-bawak Perangai Budak Umur 25 Tahun Ini …
    May 24, 2018 0
  • pembenci islam
    Booth Dakwah Ini Didatangi Pembenci Islam dari …
    September 8, 2017 1
  • jeritan hanna humaira jadi igauan
    Jeritan Hanna Humaira Jadi Igauan – Bapa …
    June 24, 2016 1
  • punca2520sebenar2520mat2520salleh2520mengamuk2520pecah2520cermin2520kereta
    Punca Sebenar Mat Salleh Mengamuk Pecah Cermin …
    October 28, 2015 1
  • kisah viral wanita ditinggalkan suami bawa motor dari penang ke kajang.jpg
    Kisah Sebenar Wanita Bawa Motor Dari Penang …
    December 11, 2015 29

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)