BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Melutut Menangis Budak Baju Merah Apabila Lelaki Yang Ditendangnya Adalah Anggota Polis

ammar

Melutut Menangis Budak Baju Merah Apabila Lelaki Yang Ditendangnya Adalah Anggota PolisMelutut Menangis Budak Baju Merah Apabila Lelaki Yang Ditendangnya Adalah Anggota Polis

Anda pasti masih ingat dengan video seorang lelaki menaiki superbike berpakaian kuning dibelasah oleh sekumpulan penyokong baju merah baru-baru ini.

Sungguh menyedihkan melihat situasi politik di negara ini sekarang. Kerana berbeza fahaman politik lelaki berbaju kuning itu dibelasah oleh seterunya.

Lelaki yang memakai baju T-shirt Bersih 5, menunggang superbike yang diterajang oleh Samseng Baju Merah tempoh hari difahamkan adalah salah seorang anggota Polis.
 
Gambar beliau yang lengkap dengan uniform anggota polis turut disebarkan di media sosial sejak semalam. Nampaknya samseng baju merah sudah silap orang, penyokong Bersih 5 yang nak dibelasah, malangnya anggota polis kena terajang.penyokong-bersih-anggota-polis-731551
 
Pendedahan ini secara tak langsung turut menafikan dakwaan anak buah Jamal Jamban semalam yang mendakwa Biker Bersih 5 kena terajang sebab langgar beberapa penyokong Baju merah.
 
Aku ada beberapa kawan anggota polis yang pandangan politiknya cenderung kepada pembangkang. Namun mereka tak berani untuk sertai apa-apa program berkaitan pembangkang kerana bimbang dibuang kerja.
 
Pada pendapat aku, mamat yang kena terajang dengan samseng baju merah ini bukanlah datang menyokong Bersih 5 secara tulen, tetapi beliau sebenarnya sedang bertugas sebagai SB, atau mata-mata.
 
Tidak ada masalah anggota Polis nak menyamar jadi penyokong Bersih untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
 
Ramai yang percaya dalam kalangan Samseng Baju Merah yang diketuai oleh Jamal pun tentu ada SB yang menyelinap untuk menjaga keselamatan. Ini tugas Polis kita faham.
 
Cuma nasib tak baik jika anda SB kena menyamar jadi penyokong Bersih, terpaksa merasa sakit kena terajang dengan samseng baju merah.14520337_707586999417836_1742757139470148153_n baju-merah-terajang-penyokong-bersih penyokong-bersih-730997
 
Kalau menyamar jadi samseng baju merah insya Allah tak ada siapa nak terajang sebab baju kuning memang dilarang melakukan keganasan. Jika ada penyokong Bersih lakukan keganasan, serta merta kita tahu itu bukan penyokong Bersih.
 
Seperti semasa Bersih 4, ramai penyokong Bersih sudah siap siaga untuk tangkap mana-mana individu berbaju kuning yang buat provokasi atau bertindak ganas, ramai yang bawa ‘cable tie’ sebab mereka tahu kalau ada yang buat provokasi atau bertindak ganas mereka itu bukanlah penyokong Bersih sebaliknya penyamar yang mahu sabotaj Bersih.
 
Berbeza dengan Samseng Baju Merah, anak buah terajang orang pun ketuanya si Jamal boleh pertahankan siap sokong dan galakkan anak buah dia bertindak ganas.
ARTIKEL LAIN  Gambar Gadis Korea Bertudung Jadi Viral
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • azrinaz mazhar hakim
    Rizalman Berleter Pasal Adab Beraya, Sekali Azrinaz …
    June 20, 2019 0
  • harta pusaka
    Pesan kat adik-beradik kita..Jangan direbutnya tanah sekangkang …
    August 4, 2020 0
  • Izzue Islam terima tawaran permaisuri agong
    Izzue Islam Terima Tawaran Raja Permaisuri Agong, …
    November 8, 2019 0
  • punca2520sebenar2520mat2520salleh2520mengamuk2520pecah2520cermin2520kereta
    Punca Sebenar Mat Salleh Mengamuk Pecah Cermin …
    October 28, 2015 1
  • kambing pelik
    (Video) Seramnya… Gaya Pelik Kambing Hitam Berjalan …
    May 13, 2024 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)