BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Video Suami Tangkap Isteri Curang Guna Drone

ammar

Video Suami Tangkap Isteri CurangVideo Suami Tangkap Isteri Curang Guna Drone Ini Mendapat Hampir 2 Juta Tontonan Dalam Masa 2 Hari

Perkembangan teknologi memudahkan urusan manusia dan dengan teknologi juga kita boleh melakukan sesuatu yang agak mustahil. Tidak hairanlah jika seorang lelaki ini hanya menggunakan teknologi drone sahaja untuk mengintip perlakuan curang isterinya.

Hanya 2 hari dimuatnaik di laman perkongsian video YouTube, video lelaki ini mendapat sekurang-kurangnya hampir 2 juta tontonan setakat ini.

Jom baca berita penuh…

AMERIKA SYARIKAT – Seorang lelaki mendakwa dia berjaya menangkap isterinya yang curang selepas mengintip wanita itu menggunakan drone, lapor Daily Mail.

Video rakaman dari drone itu dimuat naik ke laman YouTube, YAOG, menunjukkan isterinya keluar dari rumah menuju ke sebuah kawasan kedai berhampiran sebelum masuk ke dalam kereta seorang lelaki yang tidak dikenali.

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan meluahkan rasa geram dan kecewanya akan hubungan yang telah terbina selama 18 tahun dihancurkan begitu sahaja.

Menurut YAOG, dia mula menyimpan rasa curiga pada isterinya beberapa minggu sebelum video itu dirakam, selepas wanita itu mula berkelakuan pelik di sekelilingnya.

Dia mendakwa pernah menerima panggilan yang memberitahu ada sesuatu yang tidak kena berlaku dan cuba mengekori isteri dua kali, namun wanita itu hanya pergi ke tempat kerjanya.

Selepas itu, dia terlintas di fikirannya untuk menggunakan drone bagi mengintip pergerakan wanita itu dan hasilnya ternyata amat mengejutkan.

Pada awal video menunjukkan isterinya yang berbaju hitam berjalan dari rumah ke kedai berhampiran. Beberapa minit kemudian, datang sebuah kereta dari belakang kedai tersebut menjemput isterinya masuk.

Walaupun ramai yang percaya dengan dakwaan itu, namun ada segelintir netizen tidak percaya dan menganggap video itu palsu dan mendakwa lelaki itu cuba membuat wang dari pengiklanan YouTube.

ARTIKEL LAIN  Ngeri! Tangan Pengacara Ini Melecur Semasa LIVE Di TV3

Sejak video itu dimuat naik ke laman YouTube, video itu telah ditonton lebih dari 1.9 juta penonton.

TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    canggihnya teknologi ada kebaikannya

    November 30, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Mahathir Marah
    Muhyiddin Akan Berdepan “Masalah Yang Sangat Besar”, …
    May 28, 2020 0
  • tengku-jalil-meninggal-dunia.jpg
    Tunku Jalil Meninggal Dunia
    December 6, 2015 1
  • azrinaz mazhar hakim
    Rizalman Berleter Pasal Adab Beraya, Sekali Azrinaz …
    June 20, 2019 0
  • Pesanan Amran Fans kepada Syed Saddiq
    Terbawak-bawak Perangai Budak Umur 25 Tahun Ini …
    May 24, 2018 0
  • ustaz2520kazim2520vs2520ustaz2520harryanto
    Video Kekecohan Ustaz Kazim Dan Ustaz Harryanto …
    October 19, 2015 2

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)