Punca Sebenar Aidil Zafuan dan Safiq Rahim Bersara Dari Pasukan Kebangsaan
Punca Sebenar Aidil Zafuan dan Safiq Rahim Bersara. Dua tonggak utama pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia iaitu Aidil Zafuan dan Safiq Rahim baru-baru ini mengumumkan persaraannya.
Penyerang dan pemain pertahanan itu dalam pengumuman berasingan yang dimuat naik ke Facebook Johor Southern Tigers memberi alasan sama untuk memberi laluan kepada pemain muda.
Apakah Punca Sebenar Aidil Zafuan dan Safiq Rahim Bersara Dari Skuad Kebangsaan?
“Sudah tiba masanya untuk saya bersara daripada skuad kebangsaan dan memberi peluang kepada pemain lain untuk menggalas tugasan saya.
“Pencapaian-pencapaian yang pernah saya raih seperti membantu skuad kebangsaan bawah 23 tahun memenangi pingat emas di Sukan SEA 2009 dan juara Piala Suzuki AFF 2010 untuk skuad senior pastinya mampu menjadi pemangkin kepada pemain generasi baru untuk memberikan keputusan dan idea yang lebih positif buat skuad negara,” kata Safiq.
Safiq, 29, mula mewakili pasukan negara bawah 20 tahun di Piala Belia Asia, India pada 2006.
Kedua-dua tonggak skuad kebangsaan itu turut merakamkan penghargaan kepada semua penyokong bola sepak tanah air, barisan kejurulatihan serta pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menyokong mereka sepanjang beraksi bersama skuad kebangsaan.
Kenyataan Persaraan Aidil Zafuan
Dalam kenyataan Aidil Zafuan berkata, “Saya, Aidil Zafuan Abdul Radzak mengambil keputusan bersara daripada skuad kebangsaan dan ingin memberi peluang kepada pemain muda untuk mewakili pasukan negara pada perlawanan akan datang,” .
Pencapaian Aidil Zafuan dalam Skuad Kebangsaan
Sejak Julai 2007 pemain berusia 28 tahun dari Seremban itu telah membuat 68 penampilan bersama skuad negara.
Safiq dan Aidil Zafuan adalah antara tonggak utama yang mengharumkan nama negara dalam meriah gelaran juara Piala AFF Suzuki pada tahun 2010. Jasa dan pengorbanannya seharusnya dikenang dan bukan dipandang remeh.
Tidak lama lagi skuad Kebangsaan akan mengumumkan nama baru yang bakal menggantikan kedua-dua pemain kebangsaan. Diharap akan ada pengganti terbaik yang dapat mengisi kekosongan skuad kebangsaaan ini.