BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Cara Selesai Masalah Facebook Messenger Has Stopped Unexpectedly

ammar

Cara Selesai Masalah Facebook Messenger Has Stopped UnexpectedlyCara Selesai Masalah Facebook Messenger Has Stopped Unexpectedly

Facebook Messenger sangat penting untuk anda berhubung melalui chat dengan rakan facebook menggunakan telefon pintar. Tanpanya anda tidak dapat “chat” rakan di facebook menggunakan telefon pintar.

Bagi pengguna telefon pintar(Android) anda mungkin mengalami masalah seperti ini. Amaran dikeluarkan dengan tertera tulisan seperti “Unfortunately, Messenger has stopped”.

Ini adalah masalah yang sering dihadapi oleh pengguna telefon pintar (Android). Kali ini kami ingin tunjukkan kepada anda langkah demi langkah untuk selesaikan masalah “Unfortunately, Messenger has stopped” ini.

Adakah anda telah mencuba cara ini?:

  1. Uninstall apps facebook messenger
  2. Shut down dan on kembali telefon
  3. Restart telefon
  4. Atau mungkin berfikir untuk format telefon pintar anda

Jangan lakukan perkara diatas terutamanya format telefon pintar anda. Masalah yang lagi besar mungkin akan muncul. Jika format telefon anda, kemungkinan besar akan hilang data-data penting atau “contact number” kenalan anda di telefon.

Pelbagai cara yang dilakukan tetapi masalah “Unfortunately, Messenger has stopped” masih muncul. Jangan risau dan bersusah hati. Artikel ini akan tunjukkan langkah demi langkah untuk selesaikan masalah ini. Anda pasti boleh membuka kembali apps facebook messenger anda di telefon pintar anda.

Langkah Selesai Masalah Facebook Messenger Has Stopped Unexpectedly

Langkah Pertama: Pergi ke “Play Store” dan klik pada My apss & games. Cari apps “Messenger” dan “UNINSTALL”.

Langkah Kedua: Keluar dari “Play Store” dan cari “My File” buat pengguna telefon pintar Samsung atau “Files” bagi pengguna telefon pintar Oppo. file samsungfile oppo

Langkah Ketiga: Pilih sama ada di Phone Storage atau SD Card dan cari file yang bernama Messenger atau Facebook Messenger.storage oppo

Langkah Keempat: Padam folder file “Facebook Messenger”.

ARTIKEL LAIN  Cara Daftar dan Harga Langganan TIME Fibre Internet

Langkah Kelima: Masuk kembali pada “Play Store” dan “Search” apps Messenger. Install kembali Messenger.

Langkah Keenam: Setelah berjaya “INSTALL” sila buka kembali apps itu dan lihatlah hasilnya berjaya atau tidak.

Selamat mencuba! Semoga berjaya selesaikan masalah “Unfortunately, Messenger has stopped”.

Sila kemukakan komen atau pandangan anda diruangan komen di bawah mengenai masalah ini. Semoga kita dapat membantu sesama kita.

Nota tambahan: Tutorial ini juga sesuai untuk masalah apps yang lain.

 

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    thanks for sharing the solution.

    November 27, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pendaratan manusia di bulan satu pembohongan
    Pendaratan Manusia di Bulan Satu Pembohongan?
    August 10, 2017 0
  • Nik Abduh Tegur Iklan Datuk Aliff Syukri
    Nik Abduh Tegur Iklan Datuk Aliff Syukri …
    January 16, 2017 1
  • TIME Fibre Internet
    Cara Daftar dan Harga Langganan TIME Fibre …
    July 11, 2017 0
  • harga iphone 6s di malaysia 2015.png
    Harga Terkini iPhone 6s di Malaysia
    November 18, 2015 0
  • celcom 5g
    Celcom 5G Bermula 1 November 2022, Akses …
    November 1, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)