BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Pendaratan Manusia di Bulan Satu Pembohongan?

ammar August 10, 2017

Percayakah anda jika ada yang berkata pendaratan manusia di bulan satu pembohongan? Perdebatan mengenai teori manusia mendarat di bulan bukanlah perkara lama tetapi sudah bertahun-tahun lalu sudah didebatkan. Pelbagai teori konspirasi muncul di internet yang mahu memenangkan teori mereka.

Tetapi jika kita lihat secara logik, ada juga betulnya jika kita mengatakan ini adalah satu pembohongan. Ini disebabkan ada beberapa seakan “bukti” yang dijelaskan secara logik berdasarkan gambar yang dikeluarkan oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA).

Baiklah, mari kita mulakan dengan teori konspirasi pendaratan manusia ke bulan ini.

pendaratan manusia di bulan satu pembohongan dari barat

pendaratan manusia di bulan satu pembohongan

Pendaratan Manusia di Bulan Masih Lagi Menjadi Keraguan

Untuk pengetahuan semua jarak antara Bumi dan Setelit Semula Jadi Bumi(Bulan) adalah sejauh 384.403 km. Pendaratan manusia di bulan masih lagi menjadi keraguan bagi umat manusia berikutan gambar yang disebarkan National Aeronautics and Space Administration (NASA) boleh dibahaskan.

Manusia pertama yang mendarat di ialah Neil Amstrong pada 20 Julai 1969 dengan menggunakan pesawat Apollo 11. Berikut gambar yang diambil semasa pendaratan manusia di bulan.

Ada beberapa kemusykilan di sini. Kita diajar bahawa di bulan tiada udara (vakuum) tetapi bagaimana bendera AS boleh berkibar di permukaan bulan?

Selain itu dilihat dari bayang-bayang juga tidak selari(atau sama) sedangkan di bulan hanya ada satu sahaja cahaya matahari dan sudah tentunya bayang-bayang sepatutnya sama.

Cuba perhatikan betul-betul kapal yang berada di belakang angkasawan dikatakan digunakan untuk mendarat di bulan tapi di manakah kesan hentaman semasa proses pendaratan, keratan tanah permukaan bulan berada dalam keadaan mendatar dan sedikit pun tidak tenggelam.pendaratan di bulan

Gambar ini diambil secara lansung dari bulan dan dihantar ke Pusat Angkasa di bumi tetapi tahukah anda bahawa pada tahun 1969 teknologi wireless belum wujud? Yang ada hanya gelombang radio yang mempunyai frekuensi seperti yang digunakan untuk alat yg dipanggil kod morse. Pada gambar tersebut juga cuba perhatikan langit di bulan. Langit di sana sangat pekat hitamnya di mana bintang-bintang?

Kita di bumi mempunyai udara dan lapisan amosfera tetapi kita masih boleh melihat bintang di angkasa, tetapi bagaimana ia boleh menjadi gelap gelita di bulan? Tidakkah ia menjadi suatu misteri?

manusia mendarat di bulan

Persoalan Dari Mereka Yang Percaya Teori Konspirasi Pendaratan Manusia ke Bulan Satu Penipuan

Selain itu terdapat beberapa persoalan yang selalu kita dengar mengenai teori konspirasi pendaratan manusia di bulan ini antaranya adalah:

1. Tiada lagi pendaratan di bulan, jika ianya benar, kenapa hanya sekali sahaja pendaratan dan dengan kecanggihan teknologi sekarang, kenapa tiada pendaratan di bulan?

2. Langit di bulan hitam, tiada bintang dan tidak seperti di bumi. Ini menunjukkan video dan gambar pendaratan di bulan itu dilakukan dalam studio khas dengan bantuan Hollywood.

3. Bendera USA berkibar di bulan. Bulan tiada udara, atau atmosfera, jadi bagaimana bendera USA boleh tegak dan berkibar, macam ada angin, seperti di bumi.

4. Bulan tiada graviti, jadi ini tidak masuk akal untuk kapal angkasa boleh mendarat di bulan dan angkasawan boleh berjalan di bulan.

5. Bulan agak jauh dari bumi, tidak logik untuk manusia pergi ke bulan, dan manusia dan kapal angkasa boleh hancur jika sampai ke bulan.

tapak kaki manusia di bulan

Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun dan ianya merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu.

Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi. Tapak kasut angkasawan AS di bulan mencetuskan persoalan misteri kerana jejak kenderaan yang dibawa kapal angkasa tidak ada dalam gambar.neil armstrong

Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini.

Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.

Ketika George W. Bush menjadi Presiden, beliau mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan.Namun, beliau diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun.

Di ibu pejabat NASA di Washington, kumpulan yang tidak mempercayai misi ke bulan itu digelar Penganut Penafian (HB).mendakwa bahawa Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS. Kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan.

Pencahayaan gambar itu begitu sempurna seperti dilakukan di dalam studio tetapi menurut NASA keadaan itu berlaku kerana pantulan cahaya bulan.

Menurut kumpulan HB itu, tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sebarang sinaran bintang.

Jelas HB lagi, permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu. Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar.fake moon landing Neil Armstrong manusia pertama jejak kaki ke bulan

Bendera yang dipacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama.

Namun, NASA memberi alasan kejadian bayang arah yang berbeza itu adalah kerana gangguan perspektif bulan.Gangguan itu berlaku apabila imej tiga dimensi dipaparkan pada gambar dua dimensi, kata NASA.

Namun, dakwaan bahawa misi ke bulan itu tidak berlaku terus diperkukuhkan oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.

“Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio,” kata Bill.

Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil.

Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O’Leary berkata: “Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan.”

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • IMG 8115
    2 Doa Naik Kenderaan Rumi dan Arab …
    December 9, 2022 0
  • Masih Ada Yang Tidak Tahu Cara Berwuduk Dengan Sempurna. Ikuti Cara Berwuduk Yang Betul
    Niat Wudhu Cara Bacaan Rumi dan Arab …
    December 8, 2022 0
  • Kerjaya Dengan Pendapatan Tinggi Tanpa Perlu Ijazah
    Inilah 20 Kerjaya Di Malaysia Dengan Pendapatan …
    September 1, 2017 2
  • Terowong Rahsia di Putrajaya
    Misteri Terowong Rahsia di Putrajaya Yang Ramai …
    August 18, 2015 6
  • Cara Daftar SSM Untuk Bisnes Online
    Cara Daftar SSM Untuk Bisnes Online
    July 29, 2016 2



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)