BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

iPhone SE Plus Konsep Mula Diperlihat Dengan Skrin Kurang Bezel Bersaiz 4.7 Inci

ammar October 10, 2017

Bulan September yang lepas pihak Apple telah memperkenalkan 3 model iPhone mereka yang terbaru sempena ulang tahun ke-10 mereka. Model yang diperkenalkan adalah iPhone 8, iPhone 8 Plus, dan iPhone X.iPhone SE Plus concept 2

Ketiga-tiga model ini hadir dengan 3 saiz berbeza iaitu iPhone 8 dengan saiz 4.7 inci, iPhone 8 Plus dengan saiz 5.5 inci dan iPhone X dengan saiz 5.8 inci.iPhone SE Plus concept 23

Terbaru, satu model konsep baru mula diperlihatkan di internet iaitu iPhone SE Plus. Terdahulu model iPhone SE diperkenalkan pada bulan Mac 2016 yang merupakan peranti iPhone bagi model yang masih terus menggunakan rekaan skrin bersaiz 4.0-inci.iPhone SE Plus concept 4

Spesifikasi dalaman iPhone SE ini ialah sama seperti iPhone 6s dan iPhone 6s Plus tapi berbeza dari segi penggunaan skrin tanpa 3D Touch, kekal menggunakan Touch ID generasi pertama dan ciri perkakasan lain.iPhone SE Plus concept 9iPhone SE tidak dikemas kini pada bulan September yang lepas bersama-sama dengan iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X tapi terdapat khabar angin sebelum ini oleh pembekal kepada Apple, Wistron yang melaporkan sudah bersiap sedia untuk pemasangan dan pengeluaran generasi seterusnya yang bakal dilancarkan pada suku pertama 2018.

iPhone SE Plus concept 7

Terdapat pereka daripada Curved.de yang memberikan gambaran mengenai iPhone SE ini menggunakan faktor reka bentuk daripada iPhone X.

iPhone SE Plus concept 17

Memperlihatkan rekaan kurang-bezel bagi skrin OLED hadapan dengan bersaiz 4.7-inci. Mempunyai ‘notch’ atau tetingkap di atas untuk kamera hadapan dan sensor 3D.

iPhone SE Plus concept 8

iPhone X hanya mempunyai bahagian panel skrin hadapan yang berwarna hitam tapi pereka Curved.de ini menggambarkan dengan panel skrin hadapan berwarna putih. Rekaan bingkai housing juga masih kekal dengan bahan aluminium dan kaca di atas serta di bawah seperti iPhone SE sebelum ini termasuklah dwi-kamera.

iPhone SE Plus concept 12


Namun, semuanya hanyalah konsep banyangan sahaja. Tidak dipastikan samada Apple masih mahu mengekalkan peranti 4.0-inci ini ataupun meneruskan menggunakan tiga saiz skrin seperti yang terdapat pada iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X yang masing-masing menggunakan skrin bersaiz 4.7-inci, 5.5-inci dan 5.8-inci.

iPhone SE Plus concept 11

Sumber Asal: www.aug.my

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • celcom 5g
    Celcom 5G Bermula 1 November 2022, Akses …
    November 1, 2022 0
  • pendaratan manusia di bulan satu pembohongan
    Pendaratan Manusia di Bulan Satu Pembohongan?
    August 10, 2017 0
  • Nik Abduh Tegur Iklan Datuk Aliff Syukri
    Nik Abduh Tegur Iklan Datuk Aliff Syukri …
    January 16, 2017 1
  • harga iphone 6s di malaysia 2015.png
    Harga Terkini iPhone 6s di Malaysia
    November 18, 2015 0
  • Cara Selesai Masalah Facebook Messenger Has Stopped Unexpectedly
    Cara Selesai Masalah Facebook Messenger Has Stopped …
    July 27, 2016 1



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)