BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Harga Terkini iPhone 6s di Malaysia

ammar

harga iphone 6s di malaysia 2015.png Harga Terkini iPhone 6s dan iPhone 6s Plus di Malaysia

Harga Terkini iPhone 6s di Malaysia telahpun diketahui umum. 4 syarikat telco terkenal di Malaysia iaitu Maxis, Digi, Celcom dan juga U Mobile telah mengumumkan jualan iPhone 6s dan iPhone 6s Plus bermula tengah malam 16 Oktober 2015.

Menarik mengenai iPhone 6s dan iPhone 6s Plus, telefon pintar terbaru daripada Apple ini hadir dengan pelbagai kemaskini spesifikasi menggunakan kamera 12-megapixel iSight, integrasi pengimbas cap jari, dan juga sokongan Force Touch pada skrin dinamakan sebagai 3D Touch.

Jika anda ingin membeli iPhone 6s atau iPhone 6s Plus dari syarikat telco anda perlu melayari laman web Maxis, Digi, Celcom dan U Mobile secara terus dengan melanggan pelan-pelan yang ditawarkan.

Anda juga boleh membeli terus di laman web Apple Malaysia untuk membuat tempahan baru bagi unit iPhone 6s atau iPhone 6s Plus.

Menarik mengenai Apple Malaysia adalah anda boleh mendapatkan gajet ini dengan harga bermula RM3,199 untuk iPhone 6s dan bermula RM3,699 bagi iPhone 6s Plus.

Kedua-dua model iPhone ini didatangkan dengan 4 jenis warna iaitu warna “silver”, “gold”, “rose gold” dan “space grey”.

Harga terkini bagi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus ini berbeza mengikut saiz penyimpanan data atau lebih dikenali sebagai “storage”.

harga terkini iphone 6s di malaysia.png

Harga untuk iPhone 6s mengikut saiz penyimpanan data adalah seperti berikut:

1.iPhone 6s 16GB- RM3,199.00

2.iPhone 6s 64GB- RM3,699.00

3.iPhone 6s 128GB- RM4,199.00

Manakala harga untuk iPhone 6s Plus mengikut saiz penyimpanan data adalah seperti berikut:

1.iPhone 6s Plus 16GB- RM3,699.00

2.iPhone 6s Plus 64GB- RM4,199.00

3.iPhone 6s Plus 128GB- RM4,699.00

Untuk maklumat lanjut anda boleh terus melayari laman web Apple Malaysia KLIK SINI

ARTIKEL LAIN  Saiz Bateri dan RAM iPhone 8, 8+ Akhirnya Diketahui, iPhone X Masih Misteri
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Cara Selesai Masalah Facebook Messenger Has Stopped Unexpectedly
    Cara Selesai Masalah Facebook Messenger Has Stopped …
    July 27, 2016 1
  • PES 2018
    Inilah Keperluan Spesifikasi Komputer Untuk Anda Bermain …
    November 29, 2017 4
  • warga asing
    1.5JUTA Pelarian Rohingya Tunggu Masa ke Malaysia
    April 23, 2020 2
  • iPhone-SE-Plus-concept
    iPhone SE Plus Konsep Mula Diperlihat Dengan …
    October 10, 2017 0
  • celcom 5g
    Celcom 5G Bermula 1 November 2022, Akses …
    November 1, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)