BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Punca Sebenar Kes Bakar Diri Dalam Kereta Akhirnya Terjawab

ammar

15hm04c.transformed.jpgPunca Sebenar Kes Bakar Diri Dalam Kereta Akhirnya Terjawab

Punca sebenar kes rempuh pejabat dan bakar diri dalam kereta di Bangsar South akhirnya terjawab.

Mari kita ikuti berita ini…

Seorang wanita berusia 35 tahun bertindak merempuh ke arah bangunan pejabat di Bangsar South, Jalan Kerinchi akibat berang kerana dipecat majikan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang semalam. Mangsa kemudian bertindak membakar dirinya di dalam kenderaan menggunakan petrol dan mercun dibawanya.

Kejadian itu kemudian segera dilaporkan kepada pihak polis sebelum anggota Bomba dan Penyelamat Pantai bergegas memadamkan kebakaran tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mangsa sempat diselamatkan beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian yang membantu memadamkan api menggunakan alat pemadam api.

“Mangsa mengalami kecederaan melecur hampir 50 peratus pada keseluruhan tubuhnya,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang berjaya diselamatkan dalam kejadian itu sudah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Siasatan mendapati mangsa memandu kereta model Perodua Viva. Sejurus kebakaran kereta itu dipadamkan, pihak polis menemui dua kotak mercun dan tiga tong berisi petrol,” katanya.

Sebelum ini sebuah video menjadi viral di laman sosial yang kelihatan orang awam memadam kebakaran dalam kereta jenis Perodua Viva.

ARTIKEL LAIN  One Community WorldWide Bisnes MLM Tipu Guna Gadis Cantik
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • skandal air sabah 772327
    SPRM Sahkan Skandal Jabatan Air Negeri Sabah …
    January 13, 2017 0
  • ayana gadis korea viral di facebook.jpg
    Gambar Gadis Korea Bertudung Jadi Viral
    November 16, 2015 1
  • yusof azmi
    Apa Sudah Jadi Dengan Yusof Azmi?
    March 27, 2018 1
  • anak negro
    Tak Jadi Beli Daging Online Kerana Anak …
    September 29, 2016 2
  • tun_mahathir_mohamad_istana_negara
    Tun M Menghadap Yang di-Pertuan Agong? Pegawai …
    June 2, 2020 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)