BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Gadis Cina Lawan Arus Tidak Boleh Didakwa Kerana Membunuh

ammar

Gadis Cina Lawan ArusGadis Cina Lawan Arus Tidak Boleh Didakwa Kerana Membunuh

Gadis Cina Lawan Arus. Sejak beberapa hari ini panas dengan berita gadis cina melawan arus trafik yang menyebabkan kemalangan meragut nyawa seorang lelaki.

Rentetan dari kejadian itu, ramai nitizen mengecam tindakan gila gadis cina itu yang menyebabkan kematian seorang lelaki yang juga pengantin baru.

Ada yang tidak berpuas hati dan mahukan gadis cina itu didakwa atas kesalahan membunuh. Namun, seorang polis menjelaskan mengenai perkara ini.

Baca sini-Saksi Dedah Cerita Sebenar Kes Gadis Cina Lawan Arus

Buat Pusingan U Kerana Terbayang Sebuah Lori

Pemandu remaja yang merempuh keretanya dengan beberapa kenderaan lain ketika meluru lawan arah trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan semalam berbuat demikian selepas dia terbayangkan sebuah lori, menurut polis Seberang Perai.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati pemandu Proton Gen-2 berusia 19 tahun itu melakukan pusingan U di jalan sama sebelum memandu laju melawan arah trafik sejauh 5km.

Ia kemudian merempuh sebuah kereta Perodua Kelisa menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26.

Nik Ros berkata remaja tersebut tidak memasuki arah bersebelahan melalui sebuah bukaan untuk kenderaan kecemasan seperti dilapor sebelum ini.

Mahkamah Majistret telah membenarkan polis mereman remaja tersebut selama 4 hari. Dia dilihat dalam keadaan kaku ketika berjalan melepas sekumpulan wartawan.

Menurut Nik Ros, remaja itu dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab di Bukit Mertajam menuju ke rumahnya di Butterworth.

Dia terlepas jalan ke Permatang Pauh dan terus menuju ke Plaza Tol Sungai Dua.

Di situ, dia melihat seakan-akan sebuah lori di tengah jalan dan dengan pantas melakukan pusingan U ke lorong paling kanan, meletakkan kereta itu di arah berlawanan di lorong paling kanan.

ARTIKEL LAIN  MOHON SEBARKAN!!! Maybank Beri Peringatan, Jangan Tekan ‘Link’ Jika Terima SMS Seperti Ini

“Pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati tidak ada lori di tengah jalan seperti yang didakwanya,” Nik Ros memberitahu wartawan hari ini.

Tidak Boleh Didakwa Dengan Kesalahan Membunuh

Insiden itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, dengan gesaan supaya remaja itu didakwa atas tuduhan membunuh.

Bagaimanapun, Nik Ros berkata ia tidak boleh dilakukan kerana tindakan itu tidak berniat membunuh.

Menurutnya, Seksyen 44 Akta Jabatan Pengangkutan Jalan membawa hukuman 4-10 tahun, manakala bagi kesalahan bunuh tanpa sengaja di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan, ia hanya membawa hukuman maksima 2 tahun.

Nik Ros turut mengesahkan remaja tersebut dalam keadaan khayal kerana pengambilan dadah, tetapi polis masih menguji sampel darah untuk kandungan alkohol.

Remaja itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Wan Syahida

    terima kasih utk infonya

    March 19, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • 15hm04c.transformed
    Punca Sebenar Kes Bakar Diri Dalam Kereta …
    August 15, 2015 0
  • gadis dipeluk
    Gadis Melayu Dipeluk, Dicium Penyanyi KPOP
    April 29, 2019 0
  • air ikat tepi
    30 Sen Tu Takde Nilai Pun Kata …
    July 21, 2017 0
  • kemalangan lori
    Selepas Tiga Hari ‘Pemergian’ Suhaimi, Ibunya Dedah …
    February 28, 2019 1
  • Akaun Maybank
    TOLONG SEBARKAN!!! Orang Ramai Miliki Akaun Maybank …
    June 8, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)