BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Inilah Respon Kurang Ajar Selepas Stacy Peluk Islam

ammar

respon peminat selepas stacy peluk islam.pngInilah Respon Kurang Ajar Selepas Stacy Peluk Islam

Susulan tersebarnya gambar dan video Stacy memeluk agama Islam, netizen mula memberikan pelbagai respon. Umat Islam di Malaysia rata-rata menyambut baik dengan keputusan Stacy memeluk agama Islam.

Namum sebaliknya berlaku kepada orang bukan muslim. Orang bukan Islam melemparkan komen-komen yang berbentuk sindiran yang tidak sewajarnya di laman facebook sehingga membuatkan anda menggelengkan kepala.komen stacy 1.png

“Stacy, kalau kamu masuk agama Islam disebabkan kamu rasa agama itu lebih baik dari agama asalmu, saya salute kamu. Tapi kalau kamu memeluk agama Islam disebabkan berkahwin dengan lelaki Islam, saya pasti kamu akan ada penyesalan di suatu hari nanti,” kata Laimah Kenneth.

Yang paling mengejutkan adalah komen ini “Stacy peluk Islam, nanti tak dapat lagi kau makan babi,” kata Benert Ben sambil ketawa.

Ada juga yang mengomen dengan ayat “Jangan kau masuk Islam Stacy. Ada DNA babi darah kau. Haram,” kata Leo Pardino.

Alangkah sedihnya melihat komen-komen sebegini. Lihatlah, inilah cabaran buat saudara baru yang baru sehari memeluk Islam. komen stacy 2.png

Namun ada juga yang memberikan komen-komen positif antaranya adalah:

“Convertlah, apa mau bising. Kalau lama dah tak masuk gereja, masuklah masjid. Jangan tak ada agama, nanti lepas mati orang tidak tau mau letak di mana. Lepas mati mana ada bak bapa dia kisah sama dia lagi,” kata Alexious Stephen.

“Ibu Stacy sendiri yang bukan beragama Islam itu relaks saja boleh teman lagi anak dia pergi Jabatan Agama. Kamu orang pula yang sibuk-sibuk bertelagah, tak malukah?” kata Zizie Mohd Yusoff.

“Syukur Stacy, kamu mendapat hidayah dari Allah. Biarkan orang lain mencaci maki kamu. Yang penting Allah ada bersama kamu. Akim, jaga Stacy baik-baik. Semoga kekal hingga akhir hayat,” kata Jsk Rahman.

ARTIKEL LAIN  Ucapan Along Cham Selepas Bercerai Talak Satu Dengan Zila

Sebagai peminat, kita sepatutnya memberikan sokongan dan mendoakan yang terbaik buat Stacy dan seterusnya pada hubungannya dengan Akim. Semoga Stacy cepat kahwin. Amin…

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Raihanah Ahmad

    kesian stacy, semoga terus komited dengan ajaran islam

    September 3, 2015

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Kak Engku Kecewa Dipecat Serta Merta Oleh Sinar FM.jpg
    Raja Azura Kecewa Dipecat Serta Merta Oleh …
    December 29, 2015 2
  • azwan ali
    Saya Ada Sejuta Sebab Tidak Pergi Melawat …
    March 27, 2017 0
  • Drama Jangan Benci Cintaku
    Jangan Benci Cintaku Episod 17 Drama Slot …
    July 23, 2018 0
  • gambar baby bump terbaru siti nurhaliza 2015.png
    Gambar Baby Bump Terbaru Siti Nurhaliza
    November 24, 2015 1
  • pu abu sufyan mahu saman
    “Will see u in court” – PU …
    April 27, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)