BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • ABOUT
  • DISCLAIMER
  • POLICY
  • SITEMAP
  • INFO
  • TRAVEL
  • TRENDING

Peristiwa “Serangan Subuh” Zaman Dr. Mahathir Bakal Difilemkan

ammar October 24, 2017

Apa Itu “Dawn Raid” atau “Serangan Waktu Subuh”?

Tanggal 7 September 1981 telah berlaku peristiwa penting buat negara Malaysia dimana satu serangan terancang yang dilakukan oleh Kuala Lumpur ke atas London Stock Exchange.

“Dawn Raid” atau “serangan waktu subuh” pada era pemerintahan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr.Mahathir Mohamad merupakan satu kejayaan besar buat Malaysia setelah merdeka.

Jika dilihat sebelum “Dawn Raid” ini, ekonomi Malaysia belum lagi merdeka dan masih dibayangi British kerana syarikat perladangan terbesar Guthrie masih menjadi milik British.

Dawn Raid adalah serangan pasaran saham bagi mengambil alih syarikat Guthrie kepunyaan British. Tidak sampai 4 jam selepas Dawn Raid bermula, Malaysia berjaya mendapatkan syarikat  Guthrie.dawn-raid-players

Perancangan ini bermula sejak setahun sebelumya, melibatkan tokoh-tokoh terkemuka termasuklah Mahathir Mohammad (Perdana Menteri), Ismail Ali (gabenor Bank Negara), dan Khalid Ibrahim.

Filem Dawn Raid Dalam Proses Pembangunan

Filem berjudul “Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen” kini dalam proses pembangunan di studio produksinya, Pixel Play.

Pelakon dan pengarah filem, Bront Palarae merancang untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan kisah benar kejayaan Tan Sri Khalid Ibrahim ‘merampas’ syarikat perladangan terbesar daripada British dalam tempoh dua jam.Serangan Dawn Raid 1981

Filem “Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen” yang mana kini dalam proses pembangunan di studio produksinya Pixel Play.

Manakala, skrip bagi filem itu dihasilkan oleh Redza Minhat bersama dengan Chew Kin Wah seperti yang dilaporkan www.screendaily.com.

Watak Khalid akan dilakonkan sendiri oleh Bront.

Filem yang berlatarbelakangkan pada 1981 itu menceritakan pemilik ladang Guthrie Group pada asalnya sebuah syarikat perdagangan British telah berjaya dikuasai oleh Malaysia selepas kerajaan melakukan satu ‘serbuan’ di London Stock Exchange diketuai Khalid yang dikenali ‘Dawn Raid’ atau ‘serangan waktu subuh’.

Khalid, bekas Menteri Besar Selangor, menjadi terkenal setelah menyelesaikan “Dawn Raid’ yang membolehkan PNB memiliki 51 peratus syer di syarikat perindustrian British dalam tempoh dua jam, sekaligus menjadikan Guthrie milik Malaysia.

Filem berbahasa Inggeris itu turut mendapat suntikan dana dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Semoga filem ini berjaya disiapkan dan diterbitkan dengan jayanya nanti.

Share
Tweet
Prev Article
Next Article

One Response

  1. Anuar

    Pasti ramai yang berminat untuk menonton filem ini terutamanya pencinta-pencinta sejarah tanah air…
    Elok bawa bersama anak-anak menonton filem ini…

    October 24, 2017

Leave a Reply

Cancel reply




Related Posts

  • adam shahz dan isteri bercerai
    Sihir Pemisah Punca Adam Shahz dan Isteri …
    October 10, 2017 0
  • Adakah Stacy Sah Memeluk Agama Islam?
    August 24, 2015 2
  • gadis dipeluk
    Gadis Melayu Dipeluk, Dicium Penyanyi KPOP
    April 29, 2019 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 28 akhir
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 28 Akhir
    August 30, 2016 1
  • Pierce Brosnan menerima seadanya isteri walaupun gemuk.jpg
    Hero James Bond Ini Menerima Isterinya Seadanya …
    December 1, 2015 0

BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
Copyright © 2019 BLOG AMMAR
Theme by Ammar Media Network