BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

ammar

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017. Hanya beberapa hari sahaja lagi umat Islam khususnya di Malaysia ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2017. Mengikut takwim, Hari Raya Aidilfitri tahun 2017 jatuh pada hari Ahad 25 Jun 2017.

Jadi, hanya tinggal 3 hari sahaja lagi umat Islam akan menjalani ibadat puasa dan seterusnya bulan Syawal bakal menjelma. Ramadhan sudah dekat untuk meninggalkan kita. Sama-samalah kita mengejar pahala dengan kuatkan beribadat di bulan ramadhan ini serta mencari “Malam Lailatul Qadar”.

Bersempena dengan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda “Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017“ kepada semua muslimin dan muslimat yang bakal menyambuat syawal nanti.

Setelah sebulan umat Islam berpuasa kini tiba pula waktu yang dinanti-nantikan iaitu hari raya. Rasanya ucapan selamat hari raya berbentuk pantun melalui pesanan ringkas sms belum lagi pupus buat masa kini.

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda semua koleksi ucapan selamat hari raya ini. Berikut adalah koleksi ucapan selamat hari raya tahun 2017:

Koleksi Ucapan dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2017

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah Aidilfitri,
Nak hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS saja penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

ARTIKEL LAIN  TEMA GAMBAR LOGO HARI MERDEKA MALAYSIA 2015

Seiring salam seharum ganja
Kasih sebening heroin,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun ada dosa sekecil extacy.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa.

Hari ditunggu bakal tiba
Makcik dan pakcik bertambah ceria
Hatiku sayu dipagi raya
Mengenang suamiku jauh dimata 
Minal Aidil wal faizin
Selamat Hari Raya

Kambing tua naik LRT,
Katak pisang tercekik tulang,
Walau sms saja yang diberi,
Itu tandanya ingatan tak hilang.

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Itulah sedikit sebanyak koleksi ucapan hari raya dari kami. Kami di Blog Ammar ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada semua muslimin dan muslimat di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya. Raya sakan tau! Jangan baca blog masa raya.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. nur farisya amira

    saya suka blog ni sebab saya boleh cari ucapan hari raya yang saya nak di blog ini…so good.Saya harap ada lagi pantun dan ucapan hari raya pada masa akan datang.

    July 19, 2017
  2. Pingback: Koleksi Lagu Hari Raya Aidilfitri Baru Popular Tahun 2018
    June 4, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • cara2520nak2520tahu2520rayban2520original1
    CARA NAK TAHU RAYBAN ORIGINAL ATAU PALSU
    September 11, 2015 5
  • gaya selfie buat orang rasa menyampah.jpg
    Gaya Selfie Yang Buat Orang Rasa Menyampah
    November 18, 2015 0
  • status brim
    Status Permohonan BR1M Lulus Tapi Duit Tidak …
    February 21, 2017 27
  • pure white background 85a2a7fd
    Semak Baki LPPSA Online Melalui Portal LPPSA …
    December 6, 2022 0
  • no plat terkini
    No Plat Terkini Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, …
    November 1, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)