BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Rev Asia Beli Tiga Laman Web Melayu Pada Harga RM2.65 Juta

ammar

Rev Asia Beli Tiga Laman Web MelayuRev Asia Beli Tiga Laman Web Melayu Pada Harga RM2.65 Juta

Menjelang tahun baru 2017 yang bakal tiba tidak lama lagi, syarikat besar yang memfokuskan kandungan digital iaitu Rev Asia Berhad dilihat “shopping sakan” dengan membeli tiga lagi laman web berbahasa Melayu.

Ini bukan kali pertama Rev Asia Berhad membeli laman web bahasa Melayu. Sebelum ini kumpulan media digital ini membeli laman web hiburan Melayu popular, OHBULAN(www.ohbulan.com).

Pihak mereka telah menandatangani perjanjian bersama M Driven Sdn Bhd untuk membeli laman web hiburan itu pada tahun 2014. Sekali lagi pada tahun ini 2016 syarikat itu berbelanja besar dengan membeli secara “bundle” tiga laman web melayu terkenal dengan harga RM2.65 juta.

3 Laman Web Dibeli Rev Asia Berhad

3 laman web yang dimaksudkan adalah Siraplimau, KongsiResepi, MyResepi. Senarai domain adalah seperti di bawah:

  1. https://siraplimau.com/
  2. http://www.myresipi.com/
  3. http://www.kongsiresepi.com/

Tidak Mahu Kalah Punca Beli 3 Laman Web Ini

Rev Asia adalah satu syarikat gergasi di Malaysia yang memfokuskan kandungan digital. Dengan pembelian 3 laman web Melayu ini dilihat pihak mereka tidak mahu kalah dalam persaingan yang sengit dalam kandungan digital di Malaysia. Untuk makluman, ketiga-tiga portal berkenaan boleh dikatakan antara yang mempunyai bilangan pengunjung tertinggi di Malaysia.

Jadi, tidak hairanlah laman web ini dibeli dengan harga jutaan ringgit. Namun, ada pihak yang berkata harga RM2.65 juta itu sangatlah murah untuk ketiga-tiga laman web itu.

Apa-apa pun diucapkan selamat tinggal kepada pemilik lama laman web itu iaitu Dua Marhalah Sdn Bhd.

Pengambil-alihan ini juga bakal membolehkan REV Asia terus menambah pendapatan melalui penjualan iklan dan kandungan yang ditaja pada platform-platform mereka.

 

ARTIKEL LAIN  Inilah Wira Sebenar Menyelamatkan Gadis Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang
Prev Article
Next Article

3 Comments

  1. ira

    wahh nak untung memang kena labur lah kan

    December 27, 2016
  2. titan

    bagi aku, harga tu dah ok dah.

    nak jual mahal sangat, sape plak nak beli.

    December 28, 2016
  3. Wan

    Bertuah badan… website di beli semahal begitu… owner lama mesti ada strategi untuk bangunkan web lain… ada ke siapa2 boleh ajarkan saya..

    February 12, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • ayana gadis korea viral di facebook.jpg
    Gambar Gadis Korea Bertudung Jadi Viral
    November 16, 2015 1
  • pisang goreng beratur
    Jual Pisang Goreng Sampai Beratur Pembeli, Peniaga …
    September 7, 2017 0
  • Tema sambutan maal hijrah 2017
    Tarikh Sambutan Serta Tema Maal Hijrah Tahun …
    September 18, 2017 2
  • kambing
    Bunyi Mengembek Lain Macam di Kandang, Tak …
    May 13, 2024 0
  • mualaf murtad
    Viral Mualaf Ditinggalkan Suami Hidup Susah dan …
    July 25, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)