Tempat Pelancongan Menarik. Sarawak adalah satu negeri di Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, kaum dan juga flora dan fauna. Terletak di kepulauan Borneo, tidak hairanlah Sarawak menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.
Jika anda rakyat Malaysia yang tinggal di semenanjung anda harus sekurang-kurangnya pergi sekali ke negeri ini kerana ianya sangat cantik, unik, dan nyaman. Ianya lain dari negeri di semenanjung.
Dengan akses penerbangan terus dari pelbagai destinasi seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan juga Kota Bahru, Sarawak adalah satu destinasi yang mudah untuk dikunjungi oleh semua rakyat Malaysia secara khususnya.
Walaupun jaraknya agak jauh dari semenanjung Malaysia, dengan kemudahan pengangkutan udara seperti Air Asia dan MAS, anda tidak perlu lagi risau mengenai itu. Untuk ke Sarawak anda perlu mengharungi perjalanan udara dengan jarak perjalanan 3 jam ke bawah sahaja. Jadi, ianya bukan satu alasan untuk anda tidak berkunjung ke negeri Sarawak ini.
Sebelum pergi menerokai negeri ini perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah merancang perjalanan anda ke sini. Apa yang penting adalah anda perlu tahu lokasi-lokasi yang anda mahu lawati. Untuk memudahkan anda, kami kongsikan di bawah ini antara tempat pelancongan menarik yang ada di Sarawak yang wajib anda kunjungi.
Tempat Pelancongan Menarik di Sarawak Yang Wajib Anda Pergi
1.Kampung Budaya Sarawak( Sarawak Cultural Village)
- Jika anda mahu melihat kepelbagaian budaya yang ada di Sarawak, tempat ini adalah tempat wajib anda kunjungi. Disini menempatkan semua jenis binaan aau rumah-rumah kaum yang ada di Sarawak seperti Bidayuh, Batak, Kadazan, Dusun dan sebagainya.
- Anda juga boleh melihat persembahan kebudayaan Sarawak yang dipersembahkan didalam dewan di sini.
2.Taman Negara Bako
- Taman Negara ini menempatkan pelbagai jenis hidupan liar termasuklah monyet belanda yang memiliki hidung yang besar ataupun dipanggil monyet proboscis yang hanyalah terdapat di Borneo sahaja.
- Disini terdapat pantai, laut, paya bukau dan kawasan air terjun untuk anda melakukan pelbagai aktiviti riadah. Trek-trek yang terdapat di Taman Negara ini agak mencabar, jadi untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun perlulah diawasi pergerakan mereka. Sebelum melakukan aktiviti di sini, anda perlu menghubungi dan mendapat kebenaran dari pihak Jabatan Perhutanan Sarawak terlebih dahulu.
3.Kedai Kek Lapis Sarawak
- Jika pergi ke Sarawak tidak lengkaplah jika tidak membawa pulang buah tangan seperti kek lapis sarawak ini. Untuk membeli kek lapis sarawak ini anda perlu menaiki bot dari waterfront menyeberangi sungai sarawak. Banyak kedai-kedai kek lapis yang ada di Kuching ini antara yang terkenal adalah Kek Lapis Dayang Salhah, Mira Cake House, dan banyak lagi.
4.Pasar Satok
- Jika anda berkunjung ke Kuching pada hujung minggu, Pasar Satok adalah tempat yang wajib anda kunjungi untuk membeli belah. Selain menjual pelbagai jenis makanan, pasar ini juga menjual pelbagai sayur sayuran segara dari ladang. Selain itu ada juga barangan kraf tangan dijual di pasar ini. Anda juga jangan terkejut jika melihat anjing, arnab, ikan turut dijual disini.
5.Tugu Kuching
- Terletak ditengah-tengah jalan Ibu Kota Kuching, tugu ini menjadi tumpuan utama pelancong yang datang ke Bandar Kuching, Sarawak. Tidak lengkap kunjungan anda ke Sarawak jika tidak bergambar di depan tugu ini.
6.Jong’s Crocodile Farm & Zoo
- Jong’s Crocodile Farm and Zoo terletak di Siburan dan perjalanan dari Bandar Kuching mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit sahaja. Ia merupakah ladang pembiakan buaya terbesar di Malaysia.
- Bayaran masuk RM24.00 untuk dewasa dan RM12.OO untuk kanak-kanak. Untuk warga Sarawak RM14.00(dewasa) dan RM7.00(kanak-kanak). Umur 3 tahun ke bawah PERCUMA.
- Ladang buaya ini dibuka setiap hari bermula jam 9.00 AM sehingga 5.00 PM.
- Anda juga boleh melihat demonstrasi memberi makanan kepada buaya pada jam 11AM dan 3PM.
7.Kuching Waterfront
- Berjalan menyusuri sungai sarawak, anda juga boleh membeli pelbagai jenis barangan kraf tangan yang dijual disini. Selain itu anda juga boleh makan atau minum di kedai-kedai makan yang disediakan disini.
8.Muzium
- Di Bandar Kuching terdapat banyak muzium yang boleh anda kunjungi antaranya adalah Muzium Etnologi, Muzium Warisan Islam, Muzium Sejarah Cina, Muzium Seni dan sebagainya. Untuk masuk ke semua muzium ini anda tidak dikenakan bayaran ianya adalah PERCUMA.
9.Kuching Civic Centre
- Di atas bangunan ini anda dapat menikmati pemandangan 360 darjah bandar Kuching dan kawasan sekeliling sepuas-puasnya.
- Bangunan ini menempatkan planetarium yang pertama di Malaysia iaitu Planetarium Sultan Iskandar. Bayaran masuk ke Civic Centre ini hanyalah RM2 sahaja dan anda dapat melihat pemandangan yang menyegarkan mata seperti Gunung Serapi, Santubung dan gunung-gunung lain yang wujud di Kalimantan.
10.Borneo Highland Resort
- Terletak di Borneo Highland, di sini juga terdapat Hornbill Golf & Jungle Club. Cuaca yang begitu sejuk dan pandangan juga tidak begitu jelas kerana dikelilingi dengan kabus.
- Resort ini terletak lebih kurang 80 km dari Kuching dan berdekatan dengan sempadan Sarawak-Kalimantan. Ketinggian Borneo Highland ini adalah dalam 600 – 1000 meter. Anda dapat menyaksikan acara tahunan seperti Perlumbaan Burung Negeri Sarawak dan Acara Memerhati Burung di kawasan tanah tinggi ini. Jika anda teringin melihat kehidupan masyarakat etnik Bidayuh, anda boleh melawat Rumah Panjang Annah Rais yang terletak di kaki bukit Borneo Highland.
11.Pantai Damai
- Setelah berkunjung ke Kampung Budaya Sarawak, anda juga boleh berkungjung ke pantai ini untuk menghirup udara segar pantai disamping menikmati panorama cantik di pantai ini. Pantai Damai hanya bersebelahan dengan Kampung Budaya.
12.Kuching Wetlands National Park
- Laut, pantai, dan ekosistem air tawar adalah elemen yang ada di taman ini. Dengan kepelbagaian jenis binatang liar seperti proboscis monkey iaitu monyet yang berhidung besar, helang laut, buaya dan lain-lain.
- Terletak lebih kurang 15 km dari Kuching dan 5 km dari Pantai Damai. Kawasan ini juga berdekatan dengan muara Sungai Salah dan Laut Sibu. Untuk menuju ke taman ini anda akan dibawa menaiki bot dan beberapa orang pemandu pelancong akan membantu anda untuk menerokai taman ini.
Tempat Pelancongan Menarik
Di atas ini hanya beberapa sahaja senarai tempat pelancongan menarik yang ada di Sawarak. Sebenarnya masih banyak lagi tempat menarik yang ada di negeri kepulauan Borneo ini. Jika kami senaraikan semua tempat pelancongan menarik di Sawarak, mungkin halaman ini tidak muat untuk diisi kerana terlalu banyak tempat menarik di Sarawak.
Apa-apa pun kami berharap info yang dikongsi ini dapat memberi manfaat kepada semua. Ianya juga boleh dijadikan rujukan kepada sesiapa yang merancang untuk pergi melancong ke Sarawak. Jika anda ada sebarang pertanyaan atau cadangan anda boleh tinggalkan komen di ruangan komen di bawah ini. Selamat bercuti!