Setiap orang yang beriman dituntut untuk mencontohi sifat-sifat yang terpuji. Antara contoh teladan yang terbaik untuk diikuti adalah Nabi Muhammad SAW. Artikel kali ini akan berkongsi apakah sifat wajib bagi rasul yang patut diamalkan. Hal ini terbukti kerana antara sebab Allah SWT mengutus Nabi SAW adalah untuk menyempurnakan keindahan akhlak. Berdasarkan firmanNya :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Artinya : “Sesungguhnyạ telah ada pạda (diri) Rasulullạh itu suri telạdan yang baik bạgimu (yaitu) bạgi orạng yang menghạrap (rahmat) Allah dan (kedatạngan) hari kiamat dan dia bạnyak menyebut Allạh.” Surah Al- ạhzab : 21.
Justeru itu , kita hendaklah mendidik diri kita untuk mencontohi Nabi semasa bertingkah laku dalam kehidupan seharian. Artikel ini sesuai untuk rujukan adik-adik di tahun 5 sekolah rendah kerana topik ini menjadi salah satu tajuk dalam pelajaran. Terdapat 4 sifat wajib bagi Rasul yang harus diketahui oleh semua umat Islam.

4 Sifat Wajib Bagi Rasul Serta Dalil
Antara sifat-sifat wajib bagi Rasul dan Nabi ialah:
1. Siddiq (Benar)
وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلْهَوَىٰٓ ٣ إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌۭ يُوحَىٰ ٤
Artinya : “Dan ia tidạk memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengạn agạma Islam) menurut kemahuan dan pendạpatnya sendiri. Segạla yang diperkatakannya itu (sạma ada Al-Quran atau hạdis) tidak lain hanyạlah wahyu yang diwạhyukan kepạdanya.”Surah An-Nạjm : 3-4.
Sifat wajib Rasul yang pertama ialah Siddiq, bererti benar dalam perkataan dan perbuatan. Mustahil nabi bersifat kidzab atau pembohong, dusta dan sebagainya. Contohnya, ketika berniaga, Nabi Muhammad SAW sentiasa berkata benar sehingga dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara penjual dan pembeli.
2. Amanah
اُبَلِّغُكُمْ رِسٰلٰتِ رَبِّيْ وَاَنَا۠ لَكُمْ نَاصِحٌ اَمِيْنٌ
Artinya : “Aku menyạmpaikan kepadamu amanạt, pesan, dan tuntunan dari Tuhạnku dan pemberi nạsihat yang menghendạki kebaikạn dan kebahạgiaanmu dunia dan akhirạt, dan aku adalạh orang yạng terpercạya, jujur, bukan pembohong, yang diutus kepạda kamu.” Surạh Al-‘Arạf : 68.
Sifat wajib Rasul yang kedua ialah Amanah, iaitu ia boleh dipercayai dalam menjaga tanggungjawab. Rasullulah akan melaksanakan suatu urusan dengan sebaik-baiknya. Oleh sebab itu, masyarakat ketika itu mempercayai kerana baginda bukanlah seorang yang pembohong.
3. Tabligh (menyampaikan)
لِّيَعْلَمَ اَنْ قَدْ اَبْلَغُوْا رِسٰلٰتِ رَبِّهِمْ وَاَحَاطَ بِمَا لَدَيْهِمْ وَاَحْصٰى كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا ࣖ
Artinya : “Tujuan Allah melakukan penjagaan itu agar Dia mengetahui bahwa rasul-rasul itu sungguh telah menyampaikan risalah Tuhannya, sedang sebenarnya dengan ilmu dan Kuasa-Nya meliputi secara rinci apa yang ada pada diri mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu dan tidak satu pun yang luput dari pengetahuan-Nya.” Surah Al-Jin : 28.
Sifat wajib Rasul yang ketiga pula ialah Tabligh yang bermaksud menyampaikan. Seluruh ajaran atau wahyu yang turun daripada Allah SWT akan disampaikan kepada seluruh umat manusia sebagai pedoman hidup. Nabi tidak akan sesekali menyembunyikan sesuatu yang datang daripada Allah SWT, meskipun perkara itu sebagai teguran untuk dirinya.
4. Fatonah (Bijaksana)
وَتِلْكَ حُجَّتُنَآ اٰتَيْنٰهَآ اِبْرٰهِيْمَ عَلٰى قَوْمِهٖۗ نَرْفَعُ دَرَجٰتٍ مَّنْ نَّشَاۤءُۗ اِنَّ رَبَّكَ حَكِيْمٌ عَلِيْمٌ
Artinya : “Dan itulah keterangan Kami yang Kami berikan kepada Ibrahim untuk menghadapi kaumnya. Kami tinggikan derajat siapa yang Kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Mahabijaksana, Maha Mengetahui.” Surah Al-An’am : 83.
Sifat wajib bagi Rasul yang terakhir pula ialah Fatonah yang bermaksud cerdas dan bijaksana. Mustail nabi itu baladah atau bodoh, tidak pandai dan sebagainya. Kita dapat lihat kebolehan akal luar biasa Nabi Muhammad SAW dalam ayat-ayat Al-Quran dan mengatur pentadbiran petadbiran negara.
Baginda mampu menjelaskan berkenaan hukum-hukum dan menyatupadukan umat yang berpecah-belah dengan baik. Semoga info di atas ini dapat memberikan jawapan kepada kita semua mengenai sifat wajib bagi Rasul.
Cara kita Meneladani Sifat-Sifat Wajib Rasul
Wujudnya sifat-sifat wajib Rasul ini adalah untuk menjadi teladan yang boleh dicontohi oleh umat Islam, dari segi akhlak mahupun perbuatan.
Contohnya, kekuatan iman dari para Rasul dan Nabi dalam mentaatti perintah Allah yang patut dicontohi. Serta keteguhan dalam menghadapi kaum kafir dan juga segala dugaan yang mendatang.
Selain itu, terdapat beberapa cara bagi meneladani sifat-sifat Wajib Rasul ini, iaitu :
- Mempercayai Bahawa Allah dapat memberi pertolongan bagi Setiap amal baik yang dilakukan.
- Berbuat baik dalam kehidupan seharian
- Menjadikan kisah Nabi dan Rasul sebagai pelajaran.
Demikianlah tadi, 4 sifat Wajib bagi Rasul yang ada dalam diri Nabi Muhammad SAW serta cara meneladani Sifat Wajib Rasul dalam kehidupan kita.
Sifat Mustahil Bagi Rasul
Para Rasul memiliki sifat-sifat terpuji yang menjadi asas dalam melaksanakan tugas suci mereka. Dalam konteks ini, terdapat beberapa sifat mustahil yang tidak mungkin ada pada seorang Rasul. Sifat-sifat ini menjadi lambang keutuhan integriti dan kepercayaan mereka dalam menyampaikan risalah Allah.
1. Kidzib (Berbohong)
Berbohong adalah sifat pertama yang mustahil dimiliki oleh seorang Rasul. Para Rasul tidak pernah menyeleweng daripada kebenaran dan sentiasa menyampaikan apa yang benar berdasarkan fakta dan wahyu yang diterima. Sifat kejujuran ini selari dengan nilai Islam yang menekankan sidiq (kejujuran). Dalam hadis riwayat Bukhari, sifat kejujuran ini ditekankan sebagai ciri utama yang melambangkan kesempurnaan seorang Rasul.
2. Pengkhianatan
Rasul juga tidak mungkin bersifat khianat. Pengkhianatan merangkumi tindakan tidak menepati janji, berbohong, atau mengkhianati amanah. Sifat ini bertentangan dengan nilai amanah yang mesti dimiliki oleh setiap Rasul. Mereka adalah teladan utama dalam menjaga kepercayaan dan integriti, memastikan ajaran yang disampaikan tidak tergugat oleh sifat-sifat negatif.
3. Kitman (Menyembunyikan Kebenaran)
Kitman, atau sifat menyembunyikan kebenaran, adalah perkara mustahil bagi seorang Rasul. Rasul tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat penting atau wahyu daripada pengikutnya. Sebaliknya, mereka sentiasa menyampaikan kebenaran dengan jelas, tanpa sebarang manipulasi, memastikan umat manusia menerima petunjuk yang murni daripada Allah.
4. Baladah (Bodoh)
Sifat baladah, iaitu kebodohan, juga mustahil dimiliki oleh seorang Rasul. Kebodohan bertentangan dengan sifat bijaksana yang amat penting dalam menyampaikan ajaran dan membimbing umat. Allah hanya memilih individu yang memiliki kebijaksanaan tinggi untuk menjadi Rasul-Nya, memastikan setiap ajaran disampaikan dengan penuh hikmah.
Keempat-empat sifat mustahil ini mengukuhkan keyakinan kita terhadap para Rasul sebagai utusan Allah yang terpelihara daripada sifat-sifat tercela. Rasul adalah suri tauladan terbaik buat umat Islam di dunia ini.
Anda juga boleh menonton video di bawah ini bagi mengetahui lebih jelas mengenai tajuk artikel ini.