BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kecoh! Neelofa Hilang Apabila Fattah & Fazura Muncul di Meletop

ammar

fattah amin dan fazuraKecoh! Neelofa Hilang Apabila Fattah & Fazura Muncul di Meletop

Neelofa! Dimanakah kamu menghilang? Gara-gara tidak menjadi host pada rancangan popular MeleTOP selasa malam lepas, Neelofa dikecam nitizen yang menganggap dia tidak profesional untuk bertentang mata dengan tetamu episod itu, Fattah Amin dan Fazura.

Peminat pelakon Hero Seorang Cinderella yang digelar Fattzura  itu mempersoalkan tindakan Neelofa sebagai sengaja tidak mahu bertemu pasangan itu.

Selalunya menampilkan Neelofa dan Nabil sebagai pengacara utama tetapi semalam(20 Jun 2017) kelibat Neelofa dan Nabil tidak kelihatan malah dua pengacara lain yang menjadi pengacara rancangan itu.

Hos pada malam itu digantikan dengan penyanyi Siti Nordiana, sementara Imam Muda Asyraf menggantikan Nabil Ahmad.

Nabil ketika ini mengerjakan umrah di Makkah.

Selain itu, akaun Instagram @Meletop turut dihujani lebih 50,000 komen yang memberikan reaksi dan pendapat kerana tidak berpuas hati atas sikap Neelofa itu.fattzura

Sehingga kini Neelofa belum mengulas mengenai ketiadaannya pada program itu.

Bagaimanapun, pada episod minggu lalu, Neelofa dan Nabil ada mengumumkan bahawa kedua-dua mereka akan cuti bekerja bagi mengerjakan ibadah umrah namun difahamkan Neelofa ketika ini masih lagi berada dalam negara.

Sementara itu, gandingan pertama kali Siti Nordiana dan Imam Muda Asyraf turut menjadi perhatian penonton.

Kedua-dua mereka dikatakan lebih tenang dan segar untuk mengendalikan program hiburan berkenaan.

ARTIKEL LAIN  Tak Sangka Boleh Jadi Begini. Sama-sama Doakan Zizan Cepat Sembuh
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • 3 idiots Memusnahkan Keindahan Ladakh
    Lihatlah Bagaimana “3 Idiots” Memusnahkan Keindahan Ladakh
    June 30, 2017 1
  • azwan ali
    Saya Ada Sejuta Sebab Tidak Pergi Melawat …
    March 27, 2017 0
  • suami nora meninggal dunia
    Al Fatihah, Malaysia Kehilangan Seorang Lagi Penggiat …
    March 24, 2017 1
  • pu abu sufyan mahu saman
    “Will see u in court” – PU …
    April 27, 2019 0
  • Pemandu Bas Mahligai
    (9 Gambar) Pemandu Bas Mahligai Yang Dinaiki …
    April 17, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)