BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Doktor Mati Selepas Bekerja 4 Hari Tanpa Henti, Ganti Rakan Beraya Aidilfitri

ammar

doktor matiDoktor Mati Selepas Bekerja 4 Hari Tanpa Henti, Ganti Rakan Beraya Aidilfitri

Lumrah bekerja di dalam bidang perubatan, cuti seringkali menjadi masalah utama. Tiba musim perayaan ramai yang tidak dapat mengambil cuti dan dengan cara menggantikan tugas kepada rakan lain adalah “jalan mudah” yang sering diambil sesetengah pekerja.

Terbaru, seorang doktor menjadi korban akibat bekerja 4 hari berturut-turut tanpa henti kerana menggantikan rakannya yang bercuti bagi menyambut Aidilfitri.

Dr Stefanus Taofik yang merupakan pakar bius dilaporkan meninggal dunia ketika sedang berehat di sebuah bilik di hospital Bintaro Jaya pada malam semalam.

Media Indonesia melaporkan, Stefanus yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun meninggal dunia selepas bertugas selama empat hari tanpa henti.

Kematian Stefanus diumumkan dalam akaun Twitter perubatan Indonesia, @blogdokter yang turut memuat naik gambar doktor muda berkenaan.

“Seorang lagi doktor meninggal dunia saat menjalankan tugas, Dr Stefanus Taofik.

“Seorang pakar bius harus berada di setiap pembedahan di dewan bedah dan kadangkala bertugas sampai pagi,” katanya.

Kematian Stefanus itu turut diratapi dunia perubatan Indonesia serta pengguna media sosial di negara berkenaan.

Stefanus dipercayai mengalami serangan jantung kerana terlalu penat bekerja dan terpaksa bertugas di tiga buah hospital pada masa yang sama.

“Kekurangan rehat dan makan serta minum yang tidak teratur kerana berjuang menyelamatkan nyawa pesakit akhirnya menyebabkan jantungnya sendiri terhenti,” kata seorang pengguna media sosial.

Ramai pengguna media sosial turut mendesak supaya kerajaan menetapkan peraturan jam bekerja untuk doktor bagi mengelak kejadian serupa berulang.

ARTIKEL LAIN  Sambung atau Tamat PKPB? Pakar Perjelas Kemungkinan Yang Bakal Berlaku
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • manusia durjana ini
    Jangan Percaya Tabung Derma Kilat. Manusia Durjana …
    September 15, 2017 0
  • puteri zainah isteri najib
    Kisah Sedih Puteri Zainah Isteri Pertama Najib …
    May 20, 2018 1
  • mat-salleh-kahwin indon
    Selepas 6 Bulan Tinggalkan Suami, Akhirnya Polly …
    June 22, 2019 0
  • baby adam
    Alasan Culik, Tersedak Susu Hanya Tipu, Akhirnya …
    July 4, 2018 0
  • kereta singapura
    (Video) Kereta Singapura Pandu Lorong Kecemasan, Kena …
    February 11, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)