BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Koleksi Gambar Majlis Perkahwinan Puteri Sultan Johor Tunku Tun Aminah

ammar

 

Perkahwinan Puteri Sultan Johor. Tahniah diucapkan kepada YAM Tunku Tun Aminah atas perkahwinan dengan pasangannya  Encik Dennis Muhammad Abdullah yang berlangsung pada hari ini 14 Ogos 2017.

Dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan Istana Bukit Serene di Johor Bahru, pasangan ini telah pun selamat diijab kabulkan dalam sebuah majlis yang diadakan sebentar tadi.

Majlis pernikahan ini telah diadakan dengan dihadiri oleh para kerabat diraja Johor serta wakil dari pihak pengantin lelaki sendiri.

Tunku Tun Aminah yang merupakan satu-satunya puteri Sultan Johor serta Presiden bagi kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim(JDT) sementara Dennis merupakan seorang pemuda yang berasal dari Belanda.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim(JDT) turut memberikan ucapan tahniah kepada Presidennya iaitu YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim atas pernikahan baginda dengan pasangannya  Encik Dennis Muhammad Abdullah. Dalam laman facebook rasmi kelab itu seperti di bawah:

Merafak sembah ucapan tahniah kepada YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim atas pernikahan baginda dengan pasangannya, Encik Dennis Muhammad Abdullah pada 14hb Ogos 2017 bersamaan 21 Zulkaedah 1438 Hijrah, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Sembah Takzim daripada kami para pemain, pihak pengurusan, pegawai serta penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dan seluruh rakyat negeri Johor. Didoakan supaya berkekalan kebahagiaan kedua-dua mempelai DiRaja ini. Allah Peliharakan Sultan.

Di bawah ini ada beberapa keping koleksi gambar perkahwinan YAM Tunku Tun Aminah.

sultan johor

Kenderaan membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memasuki perkarangan Istana Bukit Serene bagi istiadat pertunangan dan akad nikah Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama Dennis Muhammad Abdullah. FOTO Mohd Azren Jamaludin

kahwin

FOTO Mohd Azren Jamaludin

gambar kahwin aminah

Gambar oleh: JOHOR Southern Tigers

gambar kahwin

Gambar oleh: JOHOR Southern Tigers

puteri sultan johor

Gambar oleh: JOHOR Southern Tigers

tunku tun aminah kahwin

Gambar oleh: JOHOR Southern Tigers

 

ARTIKEL LAIN  Anwar Ibrahim Mula Naik Angin, Parlimen Tak Boleh Bersidang
Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: Kahwini Wanita Berusia, Bukti Anda Seorang Lelaki Power
    December 3, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Siti Noor Aishah Atam
    Kisah Sedih “Ulat Buku” Ini Ditahan Miliki …
    March 30, 2017 0
  • rakyat malaysia
    Rakyat Malaysia Berenang, Menyorok Dalam Hutan Elak …
    November 22, 2016 2
  • Kenyataan Rasmi Faizznur Isu Pecah Amanah Anak Yatim
    Kenyataan Rasmi Faizznur Isu Pecah Amanah Anak …
    October 24, 2016 1
  • minyak
    Rakyat Marah Harga Minyak Tidak Naik 5 …
    April 26, 2018 0
  • Keluarga Perjelas Isu TG Haron Din Kebumi di AS
    Keluarga Perjelas Isu TG Haron Din Kebumi …
    September 20, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)