BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Menteri Kanan (Keselamatan) Tak Benarkan Rakyat Balik Kampung

ammar

Sedar tidak sedar kurang seminggu sahaja lagi umat Islam diseluruh dunia bakal menyambut bulan Ramadhan dan melakukan ibadah puasa.

Namun, sehingga kini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berjalan seperti biasa di Malaysia dan tidak menampakkan ianya bakal berakhir dalam masa terdekat.

Oleh hal yang demikian, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga tetap tidak membenarkan perjalanan merentasi negeri termasuk pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan.

“Kita tidak benarkan pergerakan merentasi negeri sejak PKP satu dan dua, bukan Ramadan sekali pun masih tertakluk kepada undang-undang sama.

“Ini bermakna, pergerakan beramai-ramai (dalam PKP fasa ketiga) untuk pulang ke kampung (menyambut Ramadan) juga tidak dibenarkan, memang tidak boleh,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Menteri Kanan itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persediaan kerajaan bagi menghadapi kemungkinan ramai yang akan pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan sekali gus menyebabkan kesesakan di lebuh raya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, orang ramai juga turut diingatkan agar mematuhi pergerakan 10 kilometer dari kediaman seperti yang dikuatkuasakan dalam PKP sebelum ini.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa undang-undang PKP untuk fasa ketiga ini juga masih sama termasuklah pergerakan di bawah 10 kilometer dari kediaman sama ada untuk membeli makanan dan sebagainya,” katanya.

Jadi, yang pasti tahun ini semua rakyat Malaysia yang berada di bandar tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut bulan ramadhan bersama keluarga.

Namun, kebenaran untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri belum lagi diputuskan oleh pihak kerajaan.

ARTIKEL LAIN  Maaf, Tiada Lagi Air Percuma Buat Semua Penduduk Selangor

Jika keadaan wabak Covid-19 yang melanda Malaysia ketika ini reda, mungkin rakyat boleh pulang ke kampung berhari raya seperti biasa. Jika kita lihat ketika ini, ancaman Covid-19 masih lagi belum reda dan kemungkinan untuk balik beraya di kampung adalah tipis sama sekali.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • suami2520saman2520isteri2520kerana2520anak2520hodoh2520sangat
    Inilah Kisah Sebenar Suami Saman Isteri Kerana …
    October 13, 2015 1
  • yusof azmi ppim
    Terkini, Ini Terjadi Setelah Yusof Azmi Dipanggil …
    October 24, 2017 1
  • selfie menganjing selepas belasah rakan
    Video Penuh Budak Sekolah Selfie Muka Mengajing …
    July 31, 2017 1
  • kucing berak merata
    Kucing Jiran Berak Merata, Boleh Didenda Sehingga …
    May 14, 2024 0
  • polis pengiring presiden indonesia
    (VIDEO) Lihatlah Polis Pengiring Presiden Indonesia Yang …
    June 6, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)