BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Viral Mualaf Ditinggalkan Suami Hidup Susah dan Mahu Muktad, Ini Penjelasan Mufti Perlis

ammar

mualaf murtadBaru-baru ini viral satu kisah sedih seorang mualaf wanita yang dikatakan diceraikan suami dan tinggal sehelai sepinggan bersama seorang anak kecil. 

Bukan setakat itu sahaja,  dalam posting itu juga memberitahu bahawa mualaf ini berasal dari Sarawak.  Selain itu, mualaf ini juga dikatakan mahu memberikan anaknya kepada orang lain dan mahu kembali kepada agama asalnya(murtad). 

Berikut di bawah ini adalah posting yang viral sebelum ini. 

kisah mualaf

Oleh kerana kisah ini berlaku di negeri Perlis, Mufti Perlis iaitu Prof.  Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin tampil turun padang bertemu sendiri dengan mualaf yang kesnya viral itu.

BACA LANJUT PENJELASAN MUFTI PERLIS… 

Pagi-pagi hari ini saya menerima mesej dari seorang tokoh memberitahu bahawa telah viral ada muallaf di Perlis nak murtad sebab dalam kesusahan. Kononnya, sampai mahu serah anaknya kepada orang lain. 

Sebaik sahaja menerima mesej itu saya telah mohon pihak MAIPs siasat segera. 

Di sebelah pagi tadi saya ada urusan rasmi di Istana Arau. Semasa itu banyaklah mesej dari pelbagai pihak tentang hal itu. Hairan juga saya, bagaimana operasi MAIPs mencari asnaf yang begitu bersungguh-sungguh gagal mengesan kes ini.

Sebaik sahaja keluar dari Istana, saya terus pergi ke tempat berkenaan bersama CEO MAIPs al-fadhil Ustaz Mohd Nazim Mohd Nor. Maka di sini saya ingin jelaskan beberapa perkara;

-beliau baru pindah ke Perlis beberapa bulan sahaja. Bukan berasal dari Sarawak seperti yang diviralkan tetapi daripada Melaka.

-beliau diceraikan oleh suaminya dan terpaksa menanggung kehidupan bersama dua anaknya.

– MAIPs telah membantu beliau sejak beberapa bulan lagi. Sehingga kini sudah RM 2000 diberikan. Bantuan pihak MAIPs berterusan sehingga kini.

ARTIKEL LAIN  Inilah Luahan Panjang Lebar Safiey Ilias Selepas Mengaku Jadi Pondan Semula

-Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada memberikan bantuan bulanan. Demikian PERKIM Perlis juga membantu.

-Imam Masjid kampung berkenaan telah memberi tumpang rumah kedai kepunyaannya secara percuma sejak beberapa bulan. Saya kagum dengan budi mulia imam berkenaan.

-beliau selalu hadir kelas agama PERKIM dan tidak pernah ingin murtad ataupun menyerahkan anak kepada pihak lain seperti yang diviralkan.

-anaknya yang pertama berusia 8 tahun bersekolah dengan baik.

-Pun begitu, pihak MAIPs merasakan beliau memerlukan rumah yang lebih selesa dan akan mengusahakan.

-Jika sesiapa ingin menghulurkan bantuan, beliau memang dalam kategori asnaf zakat. Silalah berbuat kebajikan.mufti

Akhirnya, saya ingin menyebutkan, hari ini pelbagai organisasi di Perlis dan luar Perlis bertalu-talu ke rumah beliau untuk menghulurkan bantuan. Saya selaku Mufti Negeri dan mewakili MAIPs mengucapkan terima kasih yang amat. Ia merupakan lambang keprihatinan kita semua terhadap saudara muslim kita. Semoga Allah memberi rahmat atas semangat ukhuwwah kita yang ikhlas itu.mufti anak

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Anuar

    Bahaya betul zaman sekarang ni…
    Macam-macam cerita yang belum tentu kesahihannya mudah sahaja tersebar di media sosial..

    July 26, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • popia milik indonesia
    Protes Di Depan Kedutaan Malaysia Tuntut Popia …
    July 25, 2017 14
  • skandal air sabah 772327
    SPRM Sahkan Skandal Jabatan Air Negeri Sabah …
    January 13, 2017 0
  • tun_mahathir_mohamad_istana_negara
    Tun M Menghadap Yang di-Pertuan Agong? Pegawai …
    June 2, 2020 1
  • Alieff Irfan Youtuber
    B0ik0t Youtuber Terkenal, Alieff Irfan Kerana Video …
    October 16, 2019 0
  • Sultan_Muhammad_V
    Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Darjah Kebesaran …
    February 7, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)