BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Protes Di Depan Kedutaan Malaysia Tuntut Popia Milik Indonesia

ammar

Ini satu kisah yang agak lucu bagi rakyat Malaysia khususnya tetapi mungkin ianya sesuatu yang agak besar bagi rakyat Indonesia.

Seperti sedia maklum rakyat Indonesia sangat sayangkan seni budaya mereka dan selalunya mendakwa sesuatu budaya, produk atau makanan adalah milik negara mereka.

Sebagai contoh batik, mereka mendakwa ianya berasal dari negara Indonesia dan hak mereka. Apa yang melucukan terbaru, kuih popia juga mereka “claim” berasal dari Indonesia. Paling kelakar mereka siap berdemo untuk menuntut popia milik Indonesia. Baca berita penuh di bawah.lumpia popia indonesia malaysia

JAKARTA – INDONESIA. Satu protes dilakukan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, bagi menegaskan bahawa kuih popia, atau digelar lunpia di Indonesia, adalah milik negara itu dan Malaysia diminta tidak membuat sebarang tuntutan mengenainya.

Protes ‘Save Lunpia’ anjuran Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi) itu disertai puluhan peserta, menurut media negara itu.

Menurut Koordinator Formasbudi, Rahmulyo Adiwibowo, langkah itu perlu diambil bagi menegaskan bahawa popiah sebagai warisan budaya nasional Indonesia supaya Malaysia tidak mendakwa makanan itu berasal dari negara ini.popia milik indonesia protes

“Kerajaan Indonesia perlu mengambil langkah (awal) agar (popia) tidak diambil Malaysia. Caranya adalah dengan menetapkan (popia) sebagai warisan budaya nasional.

“Jangan sampai (popia) menerima nasib seperti batik, wayang, dan lagu Rasa Sayang. Pemerintah perlu mengambil langkah (pencegahan),” katanya.

Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia pada 17 Oktober 2014 telah menetapkan popia sebagai warisan budaya nasional.

Katanya, Pejabat Kebudayaan dan Pariwisata Provinsi Jawa Tengah juga akan mengusulkan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) supaya mengiktiraf popia sebagai berasal dari Indonesia.protes popia milik indonesia

Beliau berkata, popia diasaskan seorang lelaki Cina, Tjoa Thay Joe yang menetap di Semarang pada 1870.

ARTIKEL LAIN  Kerana Kekayaan Luar Biasa, Mahkamah Pakistan Lucutkan PM Nawaz Sharif

Peserta protes itu juga dilaporkan memberikan popia Semarang kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Zahrain dalam laman Twitter beliau semalam turut memaklumkan mengenai protes itu.

“Demo depan Kedutaan Besar Malaysia untuk menyelamat lunpia (popia) Indonesia (daripada) digunakan oleh Malaysia,” menurut Zahrain sambil berkongsi gambar protes itu.

Prev Article
Next Article

14 Comments

  1. Anuar

    Tajuk agak suspen…

    July 25, 2017
  2. mr

    macam tu pun ada juga ke…

    tidak sedar kah kita …dari sebesar-besarnya benda dan sekecil-kecilnya perkara adalah kepunyaan Allah SWT.

    Buat apa nak berebut ?

    July 25, 2017
  3. Ray

    Tuntutaan paling BODOH aku dengar…tiada benda lain ka mau bikin…bangang..hahah

    July 25, 2017
  4. md maz

    kangkung ngak mau di resgister sekali kah? ambillah.. ngak apa-apa kok..

    July 25, 2017
  5. indog

    kahkahkah…memang indon ni dah takdak keja lain, semua benda dia nak tuntut…amik la,benda kecik macam nih pon nak tuntut…dasar 3rd world minded people…

    July 26, 2017
  6. amal

    claim le….igt aku heran ke…puak korg nie mmg sentiasa tak puas hati dgn malaysia….nama pon rumpun melayu…adatla batik,popia dgn lagu rasa sayang tu di share dlm 1 rumpun…time aku mkn popia ko nak dtg claim ke apa…siap ko hanattttt

    July 27, 2017
  7. Ritz

    Jerebu tak nak tuntut ke?

    July 27, 2017
  8. Neer

    Belum lapar lagi nk makan popia…ambil la sangat,bukan benda penting pun

    December 28, 2018
  9. Zack

    Dasar negara miskin, rakyat pulak bodoh..jgn layan ni bangsa dkt kg aku bersepah mrk ni dtg minta sedekah

    March 26, 2019
  10. Nasir firdaus

    Dieorg pny bodoh xblh bwk bincang der

    September 14, 2020
  11. PenMerah

    Claim la pendatang indonesia di Malaysia sekali… ambil balik semua puak2 kamu dari bumi Malaysia. Kami tak hairan…

    September 15, 2020
  12. Dla Fadzilah

    Kannn..tuntut la sampai tiap zarah debu tu…buat nyusahkan org je

    September 15, 2020
  13. Azhar

    Tuntulah Nasik sekali…

    September 15, 2020
  14. Din

    …entahlah pelik2 diaorang ni, nusantara itu adalah dlm lingkungan Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam sebahagian New Zealand yg dulu dikenali sbg Benua Sunda. Keseluruhannya adalahTanah Melayu / Tanah Bani Jawi. Akibat kedatangan penjajah yg iri dgn kegemilangan dan ketamadunan bani Jawi ini maka dipecah2kan serta dibahagi2kan agar kesatuan umat Melayu berpecah belah dan tidak menjadi pesaing kepada Eropah yg mula mendapat manafaat drp ketamadunan Kerajaan Islam Uthmaniyah setelah perang salib, kemudian berpindah pula ke alam Melayu Nusantara dlm projek penjarahan seterusnya. Dan inilah hasilnya…

    September 15, 2020

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Nurul Ain Jururawat
    Gambar Mangsa Kebakaran Nurul Ain Jururawat Hospital …
    October 26, 2016 0
  • punca sebenar cubaan bunuh anggota komando.png
    Kemungkinan Ini Punca Cubaan Bunuh Anggota Komando
    April 19, 2016 0
  • kapal
    Kapal Pencari Pesawat MH370 Hilang Dari Radar
    February 7, 2018 1
  • One Community Worldwide Tipu
    One Community WorldWide Bisnes MLM Tipu Guna …
    November 8, 2016 11
  • tangan melecur
    Ngeri! Tangan Pengacara Ini Melecur Semasa LIVE …
    March 22, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)