Baru-baru ini viral di laman sosial mengenai Wang Tak Dituntut(WTD) yang mana seorang individu membuat posting bagaimana caranya mendapatkan balik wang miliknya yang tidak dituntut.
Ekoran daripada info yang disebarkan itu orang ramai mula berpusu-pusu menyerbu kaunter semakan Wang Tak Dituntut(WTD).
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Menara Maybank, Kuala Lumpur mula dihadiiri dengan orang ramai sehingga sesak ekoran kisah yang viral mengenai wang tak dituntut.
Sebelum ini ramai yang tidak mengetahui bahawa sebenarnya ada sejumlah wang milik kita di dalam bank, firma insuran atau syarikat yang tidak dituntut sejak bertahun-tahun lamanya. Wang yang tidak pernah diambil ini akan disimpan oleh Jabatan Akauntan Negara di bawah simpanan Wang Tak Dituntut. Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara. Cara membuat semakan adalah cukup mudah, hanya perlu serahkan MyKad di kaunter di mana-mana Pejabat Jabatan Akauntan Negara di seluruh Malaysia. Untuk info, tiada bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan.

Lokasi Setiap Negeri Untuk Semak Wang Tak Dituntut
Dibawah ini adalah lokasi setiap negeri bagi menyemak wang tak dituntut. Anda boleh lihat senarai di bawah.

Jabatan Akauntan Negara
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur.
Tel.: 03-2034 1850
Fax: 03-2072 5707/03-2026 7430
Website: www.anm.gov.my
No.4 Pusat Niaga Paya Keladi
20000 Kuala Terengganu,
10000 Pulau Pinang
Bangunan Affin Bank,
Lot Presint 3.4, Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor
Cara dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara
1. Sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Untuk ketahui senarai lokasi Pejabat Jabatan Akauntan berhampiran anda, Sila klik Alamat Pejabat Jabatan Akautan Negara setiap Negeri.
2. Bawa Kad pengenalan diri atau IC. Pegawai bank akan semak baki yang ada disemua akaun bank terdahulu.
3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, boleh bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.
4. Jika ada lebihan baki dari akaun bank terdahulu (akaun yang telah ditutup), sila isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk IC fotostat, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) utk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).

Senarai semak dokumen diperlukan untuk isi Borang Permohonan Bayaran Balik WTD:
5. Wajib pergi ke bank yang telah dinyatakan untuk buat pengesahan. Contoh Surat Pengesahan telah diberikan oleh pejabat jabatan akauntan. Hanya berikan kepada bank sahaja.
6. Lepas dokumen dan borang lengkap diisi telah dihantar ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara. Duit akan dimasukkan secara Bank In Terus ke akaun dalam masa 30 hari sahaja.
Contoh Borang Permohonan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut (WTD)

Selepas pegawai buat semakan, akan tertera jumlah wang tidak dituntut dalam sistem. Selepas itu borang permohonan bayaran balik WTD harus diisi oleh pemohon beserta dokumen sokongan. Selesai hantar semula borang tersebut ke Pejabat Jabatan Akauntan, duit baki tuntutan akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam tempoh 30 hari sahaja.
Sani
Ada yang yang saya dengar. Pihak bank tidak laporkan kepada jabatan akauntan negara. Duit tersebut hilang begitu sahaja. Macam mana tu?
KC
bergantung kepada baki akaun yang tinggal.
bank boleh mengenakan caj berikut:
– Caj penutupan akaun dormant – maksimum RM10 (utk akaun yg baki kurang daripada RM10)
– Caj pengendalian akaun dormant RM10/tahun (tertakluk kepada bank)
Nur Erina
Yang kat Putrajaya tu x boleh la.. dah pernah ke sana dah.. pegawai sana cakap kena pergi ke Menara Maybank gak. Diorang tiada urusan untuk semakan atau hantar borang pun. Boleh la awak kemaskini blog supaya tiada orang yang tersalah pergi. DAh la susah nak parking, kena bayar lak tu.
ammar
ok..terima kasih atas info
Ahmad Amin Fitri
Saya nak semak online boleh ke?
Kalau semak untuk si mati boleh ke?
Ksjb
Terpaksa tunggu portal online wtd siap tahun depan kalau nak check secara online.
MHazlee
Alamat menara maybank tu Jalan Tun Perak yea…bukan Tun Razak. Takut nnt org pegi sane guna waze confius plak.
ammar
Ok.TERIMA kasih atas pembetulan
ika
Jalan Tun Perak tu makna nye yg kat pudu tu ke? setahu sy yg kt kl yg tu la kn?
ammar
Ya betul..dekat Pudu tu lah..Menara Maybank
Hussin Suneiy
pernah nak tuntut di bank dan LTAT….dia org kata dah serahkan kpd Amanah Raya….
ammar
tuntut untuk siapa? diri sendiriatau waris?
laksamana
minta izin share ya..
ammar
SILAKAN
Nur aishah
Wtd ni untuk akaun bank yg tak aktif sahaja atau yg masih aktif pon boleh
ammar
akaun yg tak aktif sahaja
Nona
Kalau yg aktif confirm leh cocok guna kad atm je kan.. 😒😒
Lanparsi
Buat la semakan cara online kan senang macam brim…..tak susah la yg tua2 tu beratur….dah confirm ada duit baru gi anm
Ksjb
Dorang kata nak siapkan portal online tahun depan. Lagi awal siap kan lagi bagus.
Idah
Dah tahun 2019 ni, dah siap ke portal online depa tu?
Chitra
Klu utk suami yg meninggal boleh semak ke? Cuma untuk acc bank ke atau insurance sekali blh semak?
Azeron
ASSALAMUALAIKUM EN AMMAR.. SY PERNAH ADA AKAUN CIMB MASA UMUR SY 14 TAHUN.. LEPAS SETAHUN AKAUN SY TERUS X AKTIF SBB SY JARANG GUNA SEHINGGA SKRANG UMUR SAYA 29TAHUN.. SY XPASTI SEMASA AKAUN AKTIF ADA DUIT KE X WALAUPUN RM10… APA PENDAPAT EN AMMAR. TQ
ammar
pergi check dulu tgk
Hezrie bin hussin
Sya nk tnyer sy ada buka bank simpana tahun 2005 tapi last skli bank tak aktif tahun 2012 dlm ada baki 10 ringgit .agak2 sy boleh g check tak??
ammar
kalau RM10 tu rasanya macam tak berbaloi. Tapi nak pergi check boleh je..
JAWAK nyelang
Kalau dekat Bintulu ada tak..
Deen Yusoff
Belum lagi. Sebab belum sampai 8 tahun dari last transaction. Pergi cek kat bank je.
iqbal
Kat Sabah kat kota Kinabalu je ka ya ada tuk bt semakka ?
ammar
Ini lokasi lain untuk Sabah:
JANM Cawangan Negeri Sabah
Aras Bawah, 6 & 7, Wisma Perindustrian Jalan Istiadat,
Likas Beg Berkunci No. 2053
88594 Kota Kinabalu, Sabah
JANM Cawangan Keningau
Rumah Persekutuan, Tingkat 2, Beg Berkunci No.5
89009 Keningau, Sabah
JANM Cawangan Tawau
Tingkat 4, Wisma Persekutuan,
Jalan Dunlop, Bandar Sabindo,
91000, Tawau Sabah
JANM Cawangan Sandakan
Sandakan Tingkat 2, Wisma Persekutuan
Beg Berkunci No. 6
90509 Sandakan, Sabah
Man
saya ada empat akaun bank.cimb ,bank rakyat, public bank, bsn, ada ka keempat empat bank ni boleh semak statusnya. T/k,ingin penjelasan
Tyfa
En. saya nk tanya agak2 kalau baki last RM30.00 last transaction tahun 1998. agak2 ada brapa tu?
ABDILLAH BIN ONNEH
selamat malam..untuk masalah wang tak dituntut boleh di buat melalui system online?
Razaley bin tudin
Saya nak tanya….dulu saya ada buka akaun AGRO
Eddy
Nk tanya, Hari sabtu beroperasi ke ? Atau blh bg tau jadual penuh waktu operasi dan hari, terima kasih
Wanie
Kt lokasi pulau pinang kt mana ya?
Linda
Salam En. Ammar. Untuk akaun yAng berdaftar atas enterprise, perlu ke kemukakan ssm? Kalau ssm daa lama expired ada cara x?
Olivia Tiau
Area sarawak dimana?untuk bahagian sibu
Akmar
Slps 31julai, dah boleh check di jabatan akauntan putrajaya..
Ida
Kalau nk cek on9 mcm mna ye..
Mohamad azli billy
Saya dah semak dan ada baki seribu lebih dari pada akaun RHB saya terdahulu. Jabatan akautan cawangan sibu sarawak memberi borang contoh untuk pengesahan dari pada bank RHB cawangan sibu.tapi pihak bank macam tidak ambil peduli dan borang itu masih tinggal kat bank. Dia org cakap mahu ambil masa cari akaun yang terhadulu. Apakah akautan negara ada bekerjasama atau memberitahu tentang wang tak dituntut ini. Kalau ada kenapa bank RHB Ini Tak mahu bekerjasama.adakah cara lain menuntut wang itu
sham
kasi viral… ambil gambar branch
Zairus
Salam en akmar hari tu sy sudah pergi jumlah baki rm16 tahun 2010 bila dapat penyata tu sy terus balik x pergi kauter lg satu…adakah jumlahnya cuma rm16 saja atau kena semak tmpat lain…
Melia
Salam..saya pun lama juga akaun cimb tidak aktif ..akaun cimb saya baru diaktifkan bulan may lepas tapi macam mana mahu tahu duit dalam akaun lama tu masih ada ke tidak sebab saya check current acc saya dengan available acc tak sama.. kalau dekat kuching sarawak mana mahu check?
Zieyla
Semua bank ker..trmasuk asb ker..
rosnaini
Asalam, semsa saya umur 15 tahun sya telah bukan bank simpanan selepas itu saya tak aktif dah tetapi selepas berapa puluh tahun saya buku kembali bsn tp akaun baru untuk pinjaman kerajaan. Apakah akaun lama related dengan akaun baru. sedangkan no akaun berbeza dan kenapa semasa nak buka kaun baru kenapa akaun lama tak diambil kira?.
Mazlan
Pada tahun 1975 saya ada buka account..time tu buka account cuma dengan beli stem 10 cent ..10 keping..time tu orang pejabat pos datang sekolah..kalo x silap saya ,under bsn kot.dan tiap bulan,adalah top up sikit2.masuk tahun 78 sekolah menengah lupa dah semua nya.agak agak macam mana sekarang ye.
Nung Jau Suk Wan
Hi En Ammar,saya nk tanya sekiranya husband saya ada buka satu akaun lebih kurang 20 tahun lepas…baki dalam rm400 lbih,tapi sekarang bank tuh da lma tutup,masa nk tutup bank ada hantar surat bg husband p ambil kat maybank ,tp smpai sekarang die xpnah p ambik duit tu..adakah die akan masuk dalam WTD ?bg saya pula dlu ada pernah bt insuran n da batalkan…baki ada RM300 pihak insurans hantar surat sruh p ambik kt pejabat insuran tersebut…tp sy xpenah p ambik..adakah dia akan masuk dalam WTD jugak?
lokman
mudahnya ada info ini…baru tahu wang tak dituntut hampir 5.5 bilion tak diambil.
Daniel Shazwan
Mengikut senarai semak Jabatan Akauntan Negara Bil 1 (iii), dokumen asal (buku bank), JIKA TIADA, pengesahan daripada bank. Saya masih simpam buku bank asal, bermakna saya tak perlu dapatkan pengesahan bank.
Ksjb
Selagi portal online wtd tak siap, selagi tulah orang terpaksa beratur panjang.
Mas
dulu saya ada banyak masuk insuran tahun 1998 bertahun juga. Selepas tu x kerja x duit dah nak sambung simpanan tu. seingat saya hong leong insuran. Rasa-rasa ada ke tak ya sebab polisi pun entah mana pergi dah 18 tahun kan…Duit dalam akaun pun bila buka akaun baru akaun yg lama dah x boleh guna katanya.
Abdul Azim bin Ibrahim
Assalamualaikum En Ammar,
Sy sekadar nak berkongsi dgn rakan2 pembaca blog ni. Utk urusan WTD, apa bank2 sekalipun, JAB AKAUNTAN NEGARA dah lantik pihak Maybank utk uruskan. Kena pergi Menara Maybank di Jalan Tun Perak tu (berhampiran dgn Puduraya). No hanya di ‘issue’ sebanyak 300 sahaja sehari. Xsilap sy isnin-khamis sahaja. Kena dtg awal2, sbb no akan start di ‘issue’ seawal jam 0745 hrs. Sekadar perkongsian. Wallahu Taala A’lam..
Matt Yie
bilakah semakan secara Online boleh dibuat? Saya tengok sudah viral tapi saya tida jumpa lagi link tersebut
shamsul abubakar
assalamualaikum….. saya shamsul abu bakar. ….saya dh buat semakan dan ada jumlah wang yg dituntut….. saya dh buat apa yg pihak wtd suruh…… tpi sampai skrg, duit masih blom masuk dlm akaun……. ..persoalannya brp lama duit tu masuk dlm akaun…… sbb dh lebih 30 hari…. terima kasih..
wan burhanuddin
Saya pun belum dapat lagi..dah lebih sebulan..apa cerita…
Mybiasiswa
Bagus info ni.
Sedapresepi
Senang adanya info ini .
Shida
Salam en amar..sy nak tnya,sy dah check dan ada duit sebanyak rm800..masalah nya duit itu bkn dari bank..ia dari hotel tempat kja lama sy dlu..duit bonus kja..masalahnya sekarang,hotel tu dah tutup.bagaimana sy nk dapatkan pengesahan dari hotel itu?
Ahmadmrzuki
Sya dah buat dan hantar borang tuntutan wang pada 31 julai 17.
Sampai hrini 20 sept duit x dapat lagi.
Ismail
Dah dapat ke belum? Sy ada hntr borang pada 6 sept, tapi sampai skrg pun belum dapat.
Mohd Jefri Bin Abd Kadir
Tertulis dlm portal blog 30hari urusan kemasukkan
Ni saya d beritahu oleh pegawai WTD 60hari urusan
Mana Satu yang betulnya
Dah 60hari tiada pulak lagi sebarang kemasukkan
Minta penjelasan
Ismail
Dah dapat ke belum?
azril
saya ade dpt mcj dri bank islam baki ade 3000 lebih..akaun bank islam dh lama x aktif
btul ke boleh buat tuntutan dan mcm mne nk semak baki yer mengunakan online
Main Saham
Mudah boleh refer sini.. Terima kasih
ain
skrg da thun 2018..da siap x web tu.. nk cek online je.. hihi
Thanos
Salam..tumpang tanya . wang tak dituntut ni sebenarnya wang yang mana yer.. Mungk:n ada yg konfius lg. Adakah duit simpanan bank ? contoh dulu saya ada 4 akaun bank lain yang dah lama xaktif , adakah duit ini? Adakah duit dari insuran2 yg penah kita masuk separuh jalan? Sebab saya ada masuk 3 jenis insuran dulu..adakah duit ini bole dituntut?
Ingin tahu
Assalam..maksud wtd terdiri daripada apa jua akaun bank bukan? termasuk sijil2, amanah saham dan insuran sekali kan? mohon pencerahan
wan burhanuddin
Assalam..kenapa dorg ckp wang tu akan di bank in kan ke akaun dalam masa 4 bulan..bukan sebula sepeti yg tuan tulis..
mohd fahmi bin zolkeflee
sy nak semak wang tak di tuntut
mohd fahmi bin zolkeflee
sy nk semak wang tak di tuntut
Idah
maksud semak di bank tu akaun yg tak aktif ke? pernah sekali check akaun BSN akaun lama, staff tu kata nombor akaun tu tak ada dalam sistem bank, so macamana nak dapatkan pengesahan. Siap tunjuk buku akaun color kuning tu lagi. Tapi depa cakap tak ada data dah.
Kassim bin Ab Rahman
Cara cara membuat semakan wang tidak ditutup online