BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kenapa Tentera Malaysia Naik AirAsia Sedangkan Negara Lain Naik Pesawat Tentera

ammar

Bila tentera kita naik AirAsia…

Baru-baru ini batalion tentera Malaysia atau lebih dikenali sebagai pasukan MALBATT yang ditugaskan di bawah panji-panji PBB di Lubnan berlepas ke negara tersebut dengan menggunakan pesawat komersil atau lebih tepat, pesawat penerbangan murah Air Asia.

Walaupun ia bukanlah sesuatu yang pelik sesebuah negara menghantar tentera mereka ke negara luar dengan pesawat komersil, namun masih ada netizen kita beranggapan ia satu perkara yang salah dan memalukan.tentera malaysia air asia

Paling menyedihkan ada yang mengatakan askar kita “lembik dan manja” kerana naik pesawat komersil dan bukan pesawat tentera.

Kami hanya mampu geleng kepala di atas tuduhan dan persepsi liar netizen berhubung perkara tersebut.

Sebenarnya benda ini sudah banyak kali diperjelaskan namun entah kenapa masih ada lagi yang mempersoalkan kewajarannya.

Ya, memang kita ada banyak pesawat pengangkut tentera tetapi pesawat berkenaan bukan hanya untuk mengangkut orang sahaja. Seringkali ia digunakan untuk membawa peralatan ketenteraan, kenderaan pasukan termasuklah kereta-kereta kebal, makanan dan banyak benda lain lagi kalau hendak diperincikan.

Bilangan penumpang yang boleh dibawa ke dalam perut pesawat tentera juga tidak sebanyak bilangan yang mampu ‘diisi’ oleh pesawat komersil. Dan jangan terkejut, pesawat komersil juga lebih pantas dan laju daripada kebanyakan pesawat pengangkut tentera yang ada.tentera usa

Secara tidak langsung menggunakan pesawat komersil lebih praktikal dan dapat menjimatkan masa.

Lagipun salah ke kalau kerajaan bagi sedikit keselesaan kepada perwira-perwira kita yang nak bertugas demi negara ni. Takkan kita mahu mereka berhimpit-himpit sampai lutut bertemu lutut untuk perjalanan yang mengambil masa berjam-jam lamanya seperti ke Lubnan ini.

Benda ni bukanlah pelik kerana banyak negara di dunia termasuk ‘jaguh perang’ seperti Amerika juga mengamalkan kaedah yang sama. Jadi apa masalahnya?tentera

ARTIKEL LAIN  Jadual Gaji Guru DG29,DG44 Hingga DG54 Termasuk Elaun

Sebagai tambahan, untuk pengetahuan semua bukan mudah untuk sesebuah negara mengizinkan pesawat tentera asing melalui ruang udara mereka walaupun ia hanyalah pesawat pengangkut.

Ia perkara yang dianggap sensitif. Jadi nak buat apa pening-pening, baik guna sahaja pesawat komersil, habis cerita.usa army image

Lainlah kalau melibatkan operasi khas seperti penyusupan anggota komando, latihan payung terjun dan sebagainya. Itu sudah tentulah perlu guna pesawat tentera, lawaklah jadinya kalau nak serang kawasan musuh pun kita pergi bantai guna pesawat Tony Fernandes tu.usa army

Jadi, kesimpulan dari kisah ini diharapkan nitizen supaya jangan komen bab-bab ketenteraan jika cetek ilmu bab tentera.

Anda mungkin tentera di alam maya tetapi bukan tentera di alam nyata. Jangan komen jika bukan bidang anda. Sangat nampak kebodohannya. Setuju?

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Mazni Azmi

    Orang yang mengkritik tu pun belum tentu berani nak pergi perang kan

    September 14, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Terowong Rahsia di Putrajaya
    Misteri Terowong Rahsia di Putrajaya Yang Ramai …
    August 18, 2015 6
  • b5b18dcd 3e7f 4531 9db6 9787c7a94db8 169
    Cara Mengamalkan Ayat Seribu Dinar dan Kelebihan …
    December 8, 2022 0
  • pesanan terakhir steve jobs.jpg
    Pesanan Terakhir Steve Jobs, Pengasas Apple
    December 18, 2015 1
  • 22
    Pencemaran Alam Sekitar dan Contoh Karangan Kesan …
    November 27, 2022 0
  • Posisi Tidur Menunjukkan Keperibadian Anda.jpg
    Posisi Tidur Menunjukkan Keperibadian Anda
    March 12, 2016 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)