BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Takbir Raya Aidilfitri dan Raya Aidiladha Bacaan Arab Dan Rumi

Islah Ibrahim November 22, 2022

Laungan takbir raya adalah manifestasi tanda penuh kesyukuran kerana telah dikurniakan oleh Allah S.W.T hidayah dan kemenangan. Lafaz takbir ini adalah tanda gembira, kesyukuran, rasa semangat dan daya juang untuk umat islam.

Sepanjang umat islam menunaikan fardhu ramadhan selama satu bulan, ianya adalah satu program buat hambanya untuk membiasakan diri dengan cara hidup yang soleh.

Takbir hari raya ini dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta hari Tasyriq.

Penulis akan kongsikan bacaan takbir raya melalui bacaan arab dan bacaan rumi untuk rujukan anda. Sebelum itu, kita kenali dahulu perkara-perkara penting yang berkaitan dengan takbir raya ini.

Mereka Yang Disunatkan Bertakbir Raya

Mereka yang disunatkan melakukan takbir raya adalah lelaki dan perempuan serta kanak-kanak yang mumayyiz. Ini termasuk mereka yang telah dewasa, berada dalam negeri dan sedang bermuafir

Islam juga membenar wanita-wanita yang sedang berada dalam keadaan haid atau lelaki yang sedang berjunub ( Sumber Surah Al-Majmu’ 5/42)

Dalil Sunat Takbir Raya

Diriwayatkan oleh Ummu A’thiyyah R.A yang mengisahkan:

“kami parạ wanitạ diperintạhkan supạya keluar padạ hari rạya ( ke tempat solạt) sehinggạ kạmi mengeluạrkan anạk gạdis dari tạ bir (kami mengeluạrkan anak gạdis kami dari biliknyạ untuk membạwa merekạ bersamạ-sama ke tempạt solat) dạn sehingga perempuạn-perempuạn yan kedạtangan haid jugạ turut bersạma keluạr dimạna merekạ duduk dibelạkang orang rạmai; bertạkbirlah bersạma dengan tạkbir mereka dạn berdoa bersạma-sama dengạn doa-doa merekạ serta menghạrapkan keberkạtan hạri tersebut dạn kesuciạnnya”

Jenis-Jenis Takbir Raya Dalam Islam

  1. Takbir Mursal

Disebut sebagai takbir mutlak, kerana boleh dilakukan diluar waktu solat atau tidak terikat dengan waktu solat.

Apabila matahari telah tenggelam pada malam hari raya Aidilfitri atau Aidiladha sehingga tiba waktu takbiratulihram Solat di pagi Hari Raya, kita sunat untuk bertakbir sepanjang tempoh itu.

ARTIKEL LAIN  Kenapa Tarikh Keputeraan Sultan Perak Berubah Setiap Tahun?

Sunat dilakukan berterus-terusan, tanpa ada had bilangan. Perlaksanaan takbir mursal ini ditetapkan oleh para ulama sebagai ibadah yang lebih ditekankan ketika Hari Raya Aidilfitri. Berbanding denan takbir raya Aidiladha.

2. Takbir Muqayyad

Ini adalah takbir yang terikat dengan waktu solat iaitu perlaksanaan solat-solat maktubah (solat fardhu 5 waktu). Tibanya waktu takbir hari raya Aidiladha, kita disunatkan untuk mengucapkan takbir setelah setiap kali selesai solat fardhu.

Takbir muqayyad dilakukan ketika Hari Raya Aidiladha sebanyak satu pusingan sahaja. Perbuatan ini tidak disunatkan untuk malam raya Hari Raya Aidilfitri, kerana malam aidilfitri adalah sunat untuk takbir mursal.

Rasulullah S.A.W ada menyatakan dalam hadisnya daripada Ali dan Ammar R.Anhuma

“Bagindấ S.A.W sentiấsa bertấkbir padấ hari arấfah selepấs selesấ i solat al-Ghadah (Subuh) dấn menghentikan selepấs solat asấr hari terakhir untuk hấri-hari tasyriq”

-Petikan Riwayat Al-Hakim (no.1111) dengan sumber sanad yang sahih.

Takbir ini sebaiknya dilakukan secara jahar ( bacaan dinyaringkan) sebagai suatu syiar untuk umat islam

Takbir Raya: Cara Bacaan Arab

Ini adalah bacaan arab yang boleh anda rujuk melalui gambarajah dibawah:

takbir raya
Takbir Raya Aidilfitri dan Raya Aidiladha Bacaan Arab Dan Rumi 2

Takbir Raya: Bacaan Rumi

Berikut pula adalah bacaan Takbir Raya dalam bacaan rumi untuk rujukan anda:

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar

Laa ilaahaillalahu wallahu akbar

Allahuakbar walillahi hamd’

Diulang 3 kali

Kemudian disambung oleh ketua takbir dengan bacaan secara solo selepas takbir dari ramai seperti ini;

(Jika dilakukan beramai-ramai)

Allahuakbar, Allahu akbar, Allahu akbar

Allahu akbar kabiiiraaa, Walhamdulillahi katsiraaa..

Wasubhanallahi bukrataw aa siiilaaa

Laa ilaaha illallahu Walaa na’budu illa iyyaahu

Mukhlisiina lahuddin, Walau karihal kaafiruun..

Laa ilaaha ilallahu Wahdah, Sadaqa wa’dah

Wanasoro abdah Wa ‘azzajundahu Wahazamal ahzaaaba wahdah..

Laa ilaahaillalahu wallahu akbar

Allahuakbar walillahi hamd’

Berikut adalah audio Takbir Raya yang diperdengarkan oleh Allahyarham Ustaz Asri Rabbani:

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • 11102020thijaris 1
    Thijari, Login & Cara Daftar Tabung Haji …
    October 20, 2022 0
  • 102520fakta2520tentang2520titanic1
    10 Fakta Yang Ramai Tidak Tahu Mengenai …
    September 21, 2015 0
  • Gambar-Proses-Mencabut-Kutu-Sengkenit-Di-Kepala-Ular
    Gambar Proses Mencabut Kutu Sengkenit Di Kepala …
    July 28, 2015 1
  • duit hantaran kahwin.jpg
    Jangan Bebankan Lelaki Dengan Meminta Wang Hantaran …
    December 22, 2015 2
  • 2
    Rujukan Peperiksaan Online PSEE Pegawai Penguatkuasa Gred …
    July 25, 2020 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)