BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Tarikh Sambutan Serta Tema Maal Hijrah Tahun 2017/1439H

ammar

Tema Maal Hijrah

Tarikh Sambutan Serta Tema Maal Hijrah Tahun 2017/1439H

Tema Maal Hijrah. Tarikh Awal Muharram pada tahun ini jatuh pada hari khamis 22 September 2017. Sebagai rujukan rasmi dari sumber yang boleh dipercayai, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA sebelum ini mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

Kenyataan Media Ketua Pengarah Jakim Berkenaan Tarikh Awal Muharram 1439H

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

TARIKH AWAL MUHARRAM 1439H

Sukacita Jakim merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengenai perkara berkaitan.

Adalah dimaklumkan bahawa perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar dari 21 September kepada 22 September 2017.

Perubahan ini adalah ralat yang berbentuk teknikal yang telah disemak dan diperakukan oleh Panel Pakar Falak Jakim semasa meneliti semula data bulan Zulhijjah 1438H awal tahun ini.

Sekian.

TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
19 Januari 2017

Dengan ini secara rasminya tarikh Awal Muharram di Malaysia adalah pada 22 September 2017. Mengenai tema sambutan Maal Hijrah 1439H pada tahun ini(2017) adalah seperti berikut:

Tema Maal Hijrah 1439H: *Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara*

Awal Muharram adalah tarikh permulaan tahun baru dalam kelendar Islam(Kalendar Hijrah).

1 Muharram menjadi sejarah penting bagi memperingati perjuangan Rasulullah S.A.W. Tarikh penting ini adalah bagi memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Kota Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

ARTIKEL LAIN  Buffet Ramadhan Murah Harga Bawah RM50 di Ibis Styles Hotel KL

Sempena menyambut tahun baru di dalam Islam ini dinasihatkan supaya umat Islam membaca doa akhir tahun dan awal tahun hijrah.

Untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun hijrah 1439H/2017M boleh KLIK SINI.

Semoga Awal Muharram menjadi lembaran baru untuk kita berubah menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini. Insyaallah…

Prev Article
Next Article

2 Comments

  1. Mybelajar

    Bagus info ni

    September 19, 2017
  2. Mus

    semoga kehidupan umat manusia sedunia lebih aman dan damai.

    September 20, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • gaya selfie buat orang rasa menyampah.jpg
    Gaya Selfie Yang Buat Orang Rasa Menyampah
    November 18, 2015 0
  • cara2520lajukan2520wifi2520bagi2520pengguna2520router2520tm1
    Cara Lajukan Wifi Bagi Pengguna Router TM
    September 18, 2015 3
  • kalendar malaysia 2016.jpg
    Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2016
    December 25, 2015 2
  • Percanggahan Pendapat Hukum Simpanan ASB1
    Percanggahan Pendapat Hukum Simpanan ASB – UAI
    October 5, 2015 1
  • E-Tunai Belia Rahmah
    Cara Tebus Kredit E-Tunai Belia Rahmah RM200
    June 13, 2023 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)