SPGATM adalah sistem portal khas yang disediakan untuk memberikan kemudahan para tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membuat semakan penyata gaji. Menerusi sistem SPGATM semakan penyata gaji secara online boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu ke mana-mana kaunter.
Pada kali ini, penulis akan berkongsi beberapa langkah mudah untuk para anggota mengakses ke sistem penyata gaji secara online ini. Ianya meliputi cara untuk mendaftar, cara untuk login, dan antara soalan-soalan yang kerap diajukan sekiranya terdapat masalah semasa menggunakan sistem ini.
Cara Daftar Untuk Masuk ke Sistem Gaji ATM (SPGATM)
Jika anda adalah anggota antara yang baru kali pertama untuk dapatkan akses sistem gaji secara online,anda perlu berhubung dengan Pegawai Gaji dimana tempat anda ditugaskan sekarang.
Semasa anda ingin mula mendaftar, antara maklumat yang diperlukan ialah nombor tentera, nombor kad pengenalan awam dan alamat emel yang sah serta sedang aktif. Ini penting untuk penggunaan kali pertama untuk masuk ke sistem SPGATM. Anda mestilah menukar nama pengguna dan kata laluan untuk tujuan keselamatan dan menjaga rahsia maklumat peribadi anda.
Cara Untuk Login Ke Sistem SPGATM (UGAT)
- Langkah pertama, anda perlu layari ke portal SPGATM
- Semasa anda login, masukkan nombor tentera anda serta nombor kad pengenalan awal serta emel yang sah. Langkah ini perlu dilakukan ketika anda login ke sistem buat kali pertama.
- Selepas anda berjaya masuk, anda perlu tukar nama pengguna dan kata laluan anda kepada yang baharu.
FAQ Penggunaan Sistem SPGATM UGAT
Adakah dibenarkan bagi suami/isteri/rakan/saudara untuk mendaftar semula sebagai pengguna sistem yang mewakili saya?
Mengikut polisi keselamatan pihak pentadbir SPGATM, anggota perlu bertanggungjawab untuk pendaftaran buat kali pertama semasa masuk ke sistem . Ianya akan direkodkan sebagai pangkalan data dan menjadi syarat masuk ke sistem kemudiannya.
Bagaimana kaedah untuk saya mendapat capaian ke portal SPGATM?
Para anggota boleh menggunakan telefon pintar sahaja selagi mana anda mempunyai talian internet. Anggota-anggota boleh masuk ke sistem menggunakan mana-mana browser samada google chrome, mozilla firefox, internet explorer atau safari (iphone).
Bagaimana cara untuk anggota muaturun penyata gaji serta borang EC dalam sistem menggunakan telefon pintar?
Pastikan telefon anda tersedia aplikasi pdf reader untuk membuka penyata gaji melalui telefon pintar.
Bolehkah saya daftar masuk ke sistem ini secara serentak melalui telefon pintar dan komputer menggunakan ID yang sama?
Hal ini tidak dibenarkan kerana sistem akses ini adalah menggunakan single sign in.
Bagaimana nak hubungi pegawai pentadbir SPGATM jika berlaku masalah semasa ingin masuk ke sistem?
Para anggota yang mempunyai masalah demikian boleh memaklumkan kepada Pegawai Gaji di tempat anda bertugas.
Jika saya menghadapi masalah nama pengguna kali pertama tidak sama dengan nombor kad pengenalan awam, apa tindakan yang boleh saya ambil?
Ada sesetengah kes anggota yang masih menggunakan nombor daftar tentera yang lama. Ianya menjadi punca anggota tidak dapat masuk ke sistem SPGATM. Langkah yang sama juga perlu dilakukan iaitu berhubung dengan Pegawai Gaji di tempat anda bertugas. Ianya akan dimaklumkan kepada pihak Pentadbir Sistem.
Jika saya gagal untuk mendaftar dengan menggunakan nombor tentera dan no kad pengenalan saya sendiri, apa yang boleh saya lakukan?
Anda perlu menghubungi Pegawai Gaji Pasukan anda untuk mengemaskini maklumat no tentera anda terkini. Jika anda tidak mengemaskini, anda akan terus gagal untuk akses ke sistem SPGATM.
Bilakah saya boleh melihat penyata gaji dalam sistem SPGATM?
Anggota boleh mengakses untuk melihat penyata selewat-lewatnya tiga hari sebelum tarikh bayaran gaji di bulan tersebut.
Bolehkah saya mendapatkan penyata gaji dan borang EC yang terdahulu iaitu sebelum tahun 2019?
Untuk mendapatkan penyata gaji dan borang EC sebelum tahun 2019 hanya boleh diperolehi secara manual menerusi hardcopy. 3 salinan akan dikeluarkan untuk pihak anggota, UGAT dan Pejabat Gaji Pasukan.
Diharapkan perkongsian maklumat ini dapat membantu para anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mengakses ke sistem penyata gaji anda dengan mudah. Selamat bertugas diucapkan buat anggota ATM!