BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Waris Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Diarah Keluar Mahkamah

ammar

 

Waris Terpaksa Akur Perintah Mahkamah

Mahkamah yang menjalankan prosiding pertuduhan kepada suspek kes bakar pusat tahfiz pada hari ini. Apa yang menjadi perhatian pada mulanya waris keluarga mangsa tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah turut hadir ke mahkamah untuk mengikuti prosiding tersebut.

Namun akhirnya mahkamah mengarahkan hanya waris suspek boleh berada dalam kamar mahkamah. Waris kepada mangsa tragedi terpaksa akur dengan perintah mahkamah.

Bapa kepada Mohd Shahir, mangsa yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Sharifuddin Musa, 45, berkata dia akur walaupun dia mahu mendengar pertuduhan dibacakan.

“Saya hadir untuk mendengar pertuduhan, ikut perancangan saya ingin menghadiri keseluruhan prosiding perbicaraan.

“Bagaimanapun mahkamah memerintahkan supaya hanya waris suspek berada dalam mahkamah, walaupun saya ingin mengetahui perincian kes, saya akur dan serahkan kepada mahkamah untuk melaksanakan tugas mereka,” katanya kepada pemberita.

Majistret Keluar Arahan Tinggalkan Mahkamah

Seorang ibu mangsa yang terkorban, Hartini Abdul Ghani, 48, berkata dia berada dalam mahkamah ketika majistret mengeluarkan arahan untuk meninggalkan mahkamah.

“Pihak mahkamah memaklumkan bahawa perbicaraan berkenaan adalah tertutup dan hanya waris suspek boleh berada dalam mahkamah.

“Saya terima keputusan itu dengan hati terbuka, saya akan tetap mengikuti perkembangan kes ini melalui laporan media, itu sahaja yang boleh saya fikirkan ketika ini,” katanya.

waris kebakaran tahfiz

Kelihatan ibu kepada Nik Muhammad Ridzuan Nik Azlan,12, Datin Hartini Abd Gani tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Jenayah 7 untuk mendengar pertuduhan kes enam daripada tujuh suspek yang akan didakwa mengakibatkan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah 14 September lepas.

Kedua-dua waris mangsa kebakaran pusat tahfiz itu hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi bagi mengikuti prosiding pertuduhan membabitkan enam remaja yang ditahan.

ARTIKEL LAIN  PU Faiz Didakwa Pukul Wanita, Ini Penjelasan Dari PU Rahmat

Dalam kejadian pada 5.15 pagi, 14 September lalu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang juga warden akibat terperangkap di asrama di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat itu.

Siasatan polis dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api.

Sumber Asal: Berita Harian

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • adik syahid meninggal dunia
    Innalillah, Adik Syahid Anak Juara Gema Gegarvaganza …
    June 7, 2017 1
  • tunku tun aminah wedding
    Pakaian Perkahwinan Tunku Tun Aminah Dikritik, Ini …
    August 18, 2017 1
  • minyak
    Rakyat Marah Harga Minyak Tidak Naik 5 …
    April 26, 2018 0
  • Pesanan Amran Fans kepada Syed Saddiq
    Terbawak-bawak Perangai Budak Umur 25 Tahun Ini …
    May 24, 2018 0
  • saya doakan
    Saya berdoa semoga dia selamat, tapi Allah …
    July 28, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)