Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasminya hari ini 4 Jun 2020 telah tamat tempoh kuarantin di rumahnya.
Tidak menunggu lama, beliau terus masuk ke pejabatnya pada sebelah siang untuk meneruskan tugaskan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Dan apa yang mengèjutkan ramai adalah di sebelah malam pula iaitu malam ini, Presiden Bersatu itu hadir ke Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, di Kuala Lumpur bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.
Presiden Bersatu itu tiba di kawasan berkenan pada pukul 8.24 malam. Turut kelihatan tiba di kawasan itu adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Redzuan Yusof.
Ini merupakan mesyuarat MPT pertama dihadiri oleh Perdana Menteri setelah beliau selesai menjalani kuarantin selama 14 hari yang berakhir semalam, susulan seorang pegawai yang hadir mesyuarat pascakabinet di pejabatnya disahkan positif Covid-19.
Mesyuarat itu juga adalah yang pertama selepas Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad digugurkan keahlian parti bersama empat lagi pimpinan parti itu minggu lalu. Empat pemimpin itu adalah adalah bekas Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.
Wartawan Tèrkejut Apabila…
Setakat ini, media dan pemerhati politik tidak dibenarkan masuk ke rumah persatuan itu.
Kawalan ketat polis dan anggota Jabatan Sukarelawan (RELA) di sepanjang laluan masuk ke rumah persatuan itu.
Beberapa penyokong Dr Mahathir dilihat turut berkumpul di perkarangan rumah persatuan itu.
Difahamkan mesyuarat itu tidak dihadiri Dr Mahathir dan empat lagi pemimpin yang digugurkan.
Namun, Setiausaha Politik Dr Mahathir yang juga ahli MPT, Datuk Abu Bakar Yahya dilihat memasuki rumah persatuan itu dipercayai menghadiri mesyuarat itu.
Yang pasti mesyuarat pada malam ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri itu menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia. Ini ekoran kerana pemimpin tertinggi Pakatan Harapan(PH) juga mengadakan mesyuarat pada malam ini dengan menyebut “InshaAllah perubahan besar dalam masa terdekat“.
Mungkin ini adalah “signal” untuk menunjukkan sesuatu yang besar bakal berlaku dalam masa terdekat ini. Namun sejauh manakah perkara itu bakal terjadi kita tidak ketahui lagi.
Dalam pada masa sama juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek pada keesokan hari, Jumaat 5 Jun 2020 pada jam 3 petang.
Ianya mungkin akan memperkenalkan rancangan strategik oleh kerajaan bagi memulihkan ekonomi Malaysia selepas diserang dengan pandemik Covid-19.