BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Dua Anggota TLDM Meninggal Dunia Serentak Angkara Kes Bunuh?

ammar

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kematian dua anggota TLDM dalam Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan.

Terkini, menerusi laporan Harian Metro 1 Oktober 2017, polis mengklasifikasi kes tersebut sebagai ke bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, hasil bedah siasat terhadap kedua-dua anggota terbabit mendapati punca kematian adalah disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

“Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat dibedah siasat jam 3.30 petang hingga 7 malam dan hasil bedah siasat dapati punca kematian adalah pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

“Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri pula dilakukan pada jam 9 malam hingga 11.30 malam dan punca kematian adalah pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut,” katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.

Menurutnya, polis sudah merakam percakapan lapan tahanan yang ada dilokasi kejadian selain 11 pengawal bilik tahanan yang bertugas ketika kejadian.

“Rampasan dilakukan terhadap set kamera litar tertutup (CCTV), tujuh cotar (t baton), buku log bertugas dan buku log SOP (perintah tetap Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi selain beberapa telefon bimbit untuk tujuan siasatan,” katanya.

Tian Kee berkata, bertindak atas maklumat bedah siasat itu pada kira-kira jam 9.30 malam tadi, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah membuat tiga tangkapan.

“Tangkapan membabitkan tiga suspek lelaki berusia 29, 37 dan 44 tahun.

“Kesemua tangkapan akan direman untuk membantu siasatan di Mahkamah Seri Manjung hari ini,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek terbabit bertugas bagi syif bertarikh 29 Seotember jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Hasil siasatan awal daripada bedah siasat yang dilakukan ke atas kedua-dua anggota TLDM terbabit dipercayai ada berlakunya kes penderaan yang mendatangkan kecederaan.

“Daripada penemuan ini, siasatan diklasifikasi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Semoga kes ini disiasat seadil-adilnya dan pelaku jenayah itu dihukum segera. Al Fatihah buat mangsa.

ARTIKEL LAIN  Anak Kecil Ini Mencuri Popcorn Dari Putera Harry dan Reaksinya Sangat Mengagumkan
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pelakon berusia 23 tahun
    Pelakon 23 Tahun Ditahan Polis Larikan Isteri …
    May 27, 2020 0
  • instafamous 7g
    Keputusan Peperiksaan 7G 1E, Instafamous Salahkan Sekolah …
    July 25, 2018 0
  • Encik Azizan Osman
    Akhirnya Encik Azizan Osman Bersuara Isu Gelaran …
    September 29, 2016 4
  • bella astillah menangis
    Suami Buat Hal Lagi, Bella Astillah Tunjuk …
    February 27, 2019 0
  • penghina nabi
    Lelaki Hina Nabi ke Penjara Sungai Buloh …
    February 28, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)