BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

BERITA BAIK! Kerajaan Umum Lancarkan Sistem Semakan Online Wang Tak Dituntut

ammar

Tahun lepas 2017 rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita viral mengenai semakan wang yang tak dituntut. Disebabkan berita viral itu rakyat Malaysia berpusu-pusu ke kaunter semakan wang tak dituntut bagi membuat semakan nama mereka.

Kesesakan kerana terlalu ramai rakyat mahu membuat semakan wang yang tak dituntut membuatkan kerajaan memikirkan cara senang dan mudah bagi menangani masalah ini.

Oleh hal yang demikian, pada 15 November 2017 yang lepas, kerajaan telah mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan sistem dinamakan eGUMIS (Electronic Government Unclaimed Money Information System) pada suku kedua 2018 kelak. Dengan sistem ini para pengguna tempatan boleh menyemak status wang tidak dituntut dengan mudah secara terus atas-talian.

Wang tidak dituntut berlaku disebabkan oleh beberapa perkara, dan salah satu sebab utamanya adalah daripada urusan perbankan seperti akaun simpanan dibank yang tidak aktif selama lebih tujuh tahun.

Sehingga 31 Oktober 2017 lepas, wang yang tidak dituntut ini dikatakan mencapai RM5.96 bilion.

Dengan adanya sistem eGUMIS, ia akan mempertingkatkan lagi kadar kesedaran dikalangan pengguna, dan pada masa yang sama memudahkan para pengguna untuk menyemak sekiranya mereka mempunyai sebarang akaun yang tidak dituntut dan sebagainya.

Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenai sistem baru ini menjelang pelancarannya pada suku kedua 2018 kelak.

Lokasi Setiap Negeri Bagi Membuat Semakan Wang Yang Tak Dituntut

Bagi mereka yang ingin membuat semakan wang tak dituntut secara terus, anda boleh terus ke kaunter semakan wang tak dituntut.

Link yang disediakan di bawah ini menyenaraikan senarai lokasi bagi menyemak wang tak dituntut.

Inilah Lokasi Setiap Negeri Untuk Dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD)

ARTIKEL LAIN  Sambung atau Tamat PKPB? Pakar Perjelas Kemungkinan Yang Bakal Berlaku
Prev Article
Next Article

2 Comments

  1. Ira

    Semakin bagus sistem di malaysia dan semakin canggih juga

    March 28, 2018
  2. Hariz

    Macam banyak wang yang tidak dituntut oleh semua rakyat Malaysia. Kenapa boleh jadi begitu? Duit pun tak mau ke?

    March 30, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pelanggan tidak puas hati
    Produk Sampah, Pelanggan Marah Kerana Berat Badan …
    October 11, 2017 0
  • JAKIM BUBAR
    JAKIM Akan Dibubarkan Oleh Kerajaan PH? Ini …
    June 6, 2018 0
  • Perkara Pelik Yang Berlaku Semasa Majlis Pemasyhuran Yang Dipertuan Agong Baru
    Perkara Pelik Yang Berlaku Di Majlis Pemasyhuran …
    December 14, 2016 11
  • bayi
    Bayi Ini Menderita Sakit Kerana Diberi Makanan …
    December 27, 2016 1
  • kisah sedih
    Isteri Meningg@L Akibat K@nser, Suami Tak Pernah …
    July 8, 2020 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)