BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kapal Pencari Pesawat MH370 Hilang Dari Radar

ammar

Sudah hampir 4 tahun misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing belum lagi terbongkar. Usaha mencari MH370 masih lagi diteruskan sehingga hari ini.

Terbaru, kapal pencari Seabed Constructor dari syarikat Ocean Infinity yang berpengkalan di Texas, Amerika Syarikat, diupah menerusi perjanjian ‘tiada bayaran jika tiada penemuan’.

Belum lagi ditemui MH370 baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kehilangan dari radar kapal Seabed Constructor. Kapal itu hilang daripada radar selama 80 jam tanpa penjelasan.

Sistem Identifikasi Automatik (AIS) kapal itu dilaporkan ditutup pada 31 Januari lalu.

Menurut laporan akhbar Britain, The Sun, Sistem AIS itu dibuka semula 80 jam kemudian tetapi sebab ia ditutup masih belum jelas dan lokasi kapal itu dalam tempoh berkenaan tidak dirakam.

Penutupan sistem pengesanan kapal AIS menimbulkan teori konspirasi dan perbandingan dengan MH370 yang turut hilang daripada sistem radar.

Seabed Constructor mula berlayar dari pelabuhan Durban, Afrika Selatan pada 2 Januari 2018 dan tiba di lokasi pencarian pada 21 Januari lalu.

Syarikat Ocean Infinity ditawarkan lebih 39.5 juta pound (RM216 juta) jika ia berjaya menemui pesawat hilang itu dalam tempoh 90 hari. Namun sehingga kini masih belum ada tanda-tanda positif yang MH370 bakal ditemui.

ARTIKEL LAIN  Lelaki Bertumbuk di Tol Rayu Bantuan Kewangan Dari Netizen
Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    Semoga urusan dipermudahkan dan MH370 dapat dijumpai balik.

    February 7, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • boy iman
    Hentikan Fitnah, Sebenarnya Dato’ Boy Iman Tidak …
    October 24, 2017 0
  • WayanRW jadi rebutan gadis
    Lelaki Kacak Ini Akui Rimas dan Penat …
    November 28, 2017 1
  • tunku tun aminah wedding
    Pakaian Perkahwinan Tunku Tun Aminah Dikritik, Ini …
    August 18, 2017 1
  • perutusan khas perdana menteri
    Sambung atau Tamat PKPB? Pakar Perjelas Kemungkinan …
    June 5, 2020 0
  • kereta jatuh parking dari tingkat 3
    Gambar Wanita Parah Kereta Jatuh Dari Tingkat …
    August 14, 2015 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)