BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kanak-kanak 12 Tahun Ini Ditinggalkan di KLIA2 Kerana Polis Bantuan Tiada Budi Bicara

ammar

Terpaksa Tinggal Anak Perempuan 12 Tahun di KLIA2 Keseorangan

Seorang penjawat awam terpaksa melalui saat genting apabila terpaksa meninggalkan anak perempuannya yang berusia 12 tahun seorang diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) tanpa pengawasan hampir sembilan jam.

Keputusan itu terpaksa dibuat oleh bapa kanak-kanak 12 tahun itu apabila pegawai Polis Bantuan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) hilang budi bicara.

MyKid Anak Tercicir Ketika Hendak Daftar Masuk Penerbangan

Bapa kepada kanak-kanak 12 tahun itu, Wan Fadillah Wan Ahmad berkata, kejadian berlaku pagi tadi apabila salah seorang daripada tujuh anaknya tercicir mykid ketika hendak mendaftar masuk penerbangan ke Kuching menggunakan pesawat Air Asia sekitar jam 1.40 petang.

“Apabila menyedari kehilangan MyKid itu, saya segera membuat laporan polis di KLIA2 sebelum menemui anggota keselamatan MAHB di pintu masuk pelepasan domestik untuk memaklumkan masalah yang dihadapi.

“Malangnya anggota terbabit bertegas, anak saya tidak dibenarkan melepasi pemeriksaan keselamatan biarpun ditunjukkan laporan polis , salinan pasport dalam telefon bimbit dan salinan sijil surat beranak.

Didesak Tunjuk MyKid dan Sijil Beranak Asal

Tambahnya lagi, lebih mengecewakan, beliau didesak untuk menunjukkan mykid dan sijil beranak asal, biarpun tahu sukar baginya untuk mendapatkannya pada waktu itu.

Saya menghubungi Pengarah Imigresen Sarawak, Ken Leben untuk membantu dan pegawai-pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan KLIA2 telah cuba menghubungi Ketua Keselamatan Pelepasan Dalam Negeri berpangkat Inspektor, namun usaha mereka gagal.

“Sebaliknya pegawai terbabit mendesak Imigresen Sarawak memgeluarkan surat pengesahan, sesuatu yang amat mustahil diusahakan dalam jangka masa terdekat.klia2

Disebabkan waktu penerbangan semakin hampir, Wan Fadillah terpaksa membuat keputusan meninggalkan anaknya berseorangan di KLIA2 sebelum beliau sendiri mendapatkan pasport anaknya di Kuching, dan terbang kembali ke Kuala Lumpur.

ARTIKEL LAIN  Terkini, Ini Terjadi Setelah Yusof Azmi Dipanggil Untuk Serah Diri di IPD Kajang

“Saya ke KLIA2 menggunakan penerbangan pada jam 5.40 petang dan menjemput anak saya untuk terbang ke Kuching menggunakan penerbangan pada jam 10.35 malam.pelepasan pesawat

Tiada Tindakan Untuk Hulur Bantuan Oleh Pihak MAHB

Beliau juga turut kesal kerana tiada tindakan oleh pihak MAHB untuk menghulurkan bantuan dalam kes ini.

“Kita tahu mereka menjalankan tugas, tetapi mereka juga harus faham situasi seperti ini yang boleh berlaku kepada para penumpang, terutamanya orang luar.

“Seharusnya mereka menyediakan pegawai berautoriti yang boleh bertindak untuk menyelesaikan masalah sebegini, termasuk mempertimbangkan masalah yang dialami oleh pelanggan.

Katanya, beliau juga kesal dengan sikap tidak profesional MAHB, termasuk kesombongan pegawai barisan hadapannya.

“Mereka malah sehingga menghalang saya berjumpa dengan pegawai atasan mereka.

“Pengalaman ini amat mengecewakan dan saya akan membuat aduan rasmi kepada pihak Menteri Pengangkutan,” tambahnya lagi.

Berita Asal– Sarawak Voice

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    bahayanya tinggalnya anak yang baru berusia begitu.pihak imgresen kena selalu berhati-hati ddengan kes2 seperti ini.bahaya sekali.orang sekarang semakin bijak.

    January 4, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Keluarga Perjelas Isu TG Haron Din Kebumi di AS
    Keluarga Perjelas Isu TG Haron Din Kebumi …
    September 20, 2016 0
  • kapal
    Kapal Pencari Pesawat MH370 Hilang Dari Radar
    February 7, 2018 1
  • 1Borneo Hypermall Kota kinabalu
    Hypermall Terkenal di Sabah Bakal Bergelap Kerana …
    June 26, 2018 0
  • Gadis Cina
    Gadis Cina Lawan Arus Mengaku Tidak Bersalah …
    March 17, 2017 1
  • rohingya di langkawi
    Ratusan Rohingya Selamat Mendarat di Langkawi
    June 8, 2020 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)