BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Darjah Kebesaran 3 Pemimpin Pembangkang

ammar

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V secara rasminya menarik balik darjah kebesaran tiga pemimpin pembangkang.

Terdahulu, penganalisis politik yang juga ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff mendedahkan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad antara tiga pemimpin pembangkang yang ditarik balik darjah kebesaran dari Istana Kelantan.

Dua lagi individu yang ditarik balik darjah kebesaran dari Istana Kelantan adalah pemimpin parti Amanah Negara(PAN) iaitu Husam Musa dan Wan Abd Rahim W Abdullah.

Wan Abd Rahim W Abdullah adalah Pengerusi AMANAH Kelantan yang juga bekas speaker dewan undangan negeri (DUN) manakalah Husam Musa adalah Ahli Dewan Undangan Negeri, DUN Salor.

Kedua-dua mereka ini tidak lagi bergelar Datuk atas penarikan balik darjah kebesaran dari Sultan Muhammad V.

Husam dalam kenyataannya hari ini memberitahu pingat berkenaan diserahkan semula selaras dengan surat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan petang semalam.

Melalui surat itu katanya mereka dimaklumkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, bersetuju menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang telah dianugerahkan kepada mereka sebelum ini.

Penarikan balik darjah kebesaran itu berkuat kuasa pada 6 Februari 2018.

“Menjunjung sebagaimana dititahkan, kami berdua telah mengembalikan ketandaan darjah kebesaran dan surat pelantikan yang berkaitan kepada Yang Amat Berusaha Pengelola Istana D’Raja pada hari ini, 7 Februari 2018 di Istana Balai Besar, kata Husam.

ARTIKEL LAIN  Netizen Pertikai TV Alhijrah Jemput "Scammer" Sebagai Ahli Panel?
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • minyak
    Rakyat Marah Harga Minyak Tidak Naik 5 …
    April 26, 2018 0
  • penyelamat
    Inilah Wira Sebenar Menyelamatkan Gadis Terjun Dari …
    April 19, 2018 0
  • Luahan Janda, Sudah Ditinggal Suami Baru Pandai Melawa
    Luahan Janda: Masa Ada Suami Macam Mayat …
    August 23, 2016 0
  • sultan kelantan cemar duli
    Kisah Benar Mangsa Banjir Tidak Sedar Lelaki …
    December 15, 2016 1
  • siang udang
    Pesan Kat Mak dan Kakak-kakak, Hati-hati Siang …
    August 11, 2020 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)