BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Mira Filzah Beli Cincin Sendiri

ammar

Bersempena tahun baru 2019 yang telah tiba ini, ramai diantara kita melakukan perkara “baru” sebagai kenang-kenangan di dalam hidup.

Lain orang lain caranya. Ada yang menyambut tahun baru dengan makan dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta atau mungkin dengan pasangan.

Tidak kurang juga ada yang memasang niat baru untuk tahun baru sebagai contoh “Tahun Ini Aku Nak Kurus”.

Namun bagi seorang pelakon jelita dan ayu iaitu Mira Filzah, dia ada sedikit kelainan dari orang lain.

Mira memilih untuk membeli sendiri cincin sebagai hadiah tahun baru buat dirinya.

Biarpun dia tidak gemar memakai aksesori, namun dia menunggu untuk menerima sebentuk cincin daripada insan istimewa, kata Mira.

Untuk tahun baru 2019 ini, Mira memilih untuk menghadiahkan sebentuk cincin untuk dirinya sendiri, dan menganggap ia sebahagian daripada simbol kekuatan seorang wanita.

“Saya mahu cincin itu mempunyai nilai dan kenangan yang dapat saya hargai setiap kali saya melihatnya. Saya mahu cincin itu menjadi istimewa, kerana ia adalah satu-satunya aksesori yang akan saya pakai setiap hari.

“Tetapi hari ini saya buat keputusan untuk beli sendiri. Cincin yang sempurna adalah yang anda beli untuk diri anda sendiri, sebagai simbol kasih sayang dan kekuatan,” tulis Mira. (Bukan macam orang yang baca artikel ni, beli cincin pun harapkan duit laki).

ARTIKEL LAIN  Gambar Terbaru Siti Nordiana dan Anak
Prev Article
Next Article

One Response

  1. Wan Syahida

    Reward diri sendiri dgn sesuatu yang berharga ada terapi. .

    January 15, 2019

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • sarah suhairi
    Rupa-rupanya Sarah Suhairi Dah Cabut ‘braces’
    March 13, 2019 0
  • pak samad 7 hari mencintaiku
    Rupa-Rupanya Pak Samad Pelakon “7 Hari Mencintaiku” …
    December 22, 2016 1
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 18
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 18
    August 11, 2016 0
  • foto terbaru siti nordiana dan anak.jpg
    Gambar Terbaru Siti Nordiana dan Anak
    December 15, 2015 0
  • zizan razak
    Tak Sangka Boleh Jadi Begini. Sama-sama Doakan …
    November 23, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)