BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Setelah 14 Tahun, Mawi Dedah Apa Yang Terjadi Kepada Kereta Yang Dimenanginya

ammar

Suatu ketika dahulu bila sebut sahaja nama Mawi boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia mengenalinya. Nama Mawi menjadi satu fenomena suatu ketika dahulu apabila berjaya dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 3 (AF3) yang bersiaran di Astro.

Kerana terlampau ramai peminat Mawi, ada yang menggunakan istilah gelombang “Tsumawi”. Betapa hebatnya aurat seorang insan bernama Mawi ketika itu.

Tidak hairanlah ketika itu jika Mawi dinobatkan sebagai “Raja SMS”, kerana ramai peminatnya sanggup berhabis wang ringgit semata-mata membeli topup untuk mengundi Mawi di AF3.

Namun, kini sudah 14 tahun berlalu. Nama Mawi tidaklah selalu disebut dan digilai seperti dahulu. Kini tiada lagi istilah gelombang tsumawi digunakan. Populariti Mawi kini tidaklah sehebat seperti dahulu.

Jika anda masih ingat pada AF3, Mawi telah memenangi sebuah kereta Suzuki Swift beserta wang, trofi dan hadiah yang lain.

Bagi peminat Mawi sudah pasti ingin tahu apa yang terjadi kepada kereta yang dimenanginya dulu.

Terbaru, Mawi berkongsi kisah mengenai kereta kemenangannya itu di akaun instagramnya.

Siapa ada undi saya dulu waktu AF3? Saja nak bagitau…saya masih pakai kereta ni sampai sekarang.Alhamdulillah elok lagi kereta ni. Terima kasih ya semua yang sudi undi,sokong & doa untuk saya 🙏

Tulisnya ringkas di akaun instagram peribadi miliknya beserta gambar bersama kereta dimenanginya pada AF3.

ARTIKEL LAIN  Kecoh! Neelofa Hilang Apabila Fattah & Fazura Muncul di Meletop
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • bapa ummi nazeera dipenjara 31 tahun.jpg
    Ummi Nazeera Bersyukur Bapa Dipenjara 31 Tahun
    November 27, 2015 0
  • Aliff Aziz dan Bella
    Ramai Nasi Tambah. Bella Mengaku Aliff Bukan …
    July 30, 2017 0
  • Koleksi Gambar Terbaru Anak Che Ta Aaisyah Dhia Rana.jpg
    Koleksi Gambar Terbaru Anak Che Ta Aaisyah …
    November 23, 2015 1
  • Hamid Ghurka Bukan Orang Sembarangan
    Rupa-Rupanya Pelawak Hamid Gurkha Bukan Orang Sembarangan. …
    September 19, 2019 0
  • najwa latif
    Najwa Latif Menangis Siapkan Tesis
    October 15, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)