BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Lelaki di Kelantan dan Terengganu Paling Pendek Umur

ammar

Menerusi laporan purata jangka hayat kebangsaan bagi tahun 2018, anggaran purata jangka hayat lelaki di Kelantan dan Terengganu secara puratanya adalah yang paling pendek di negara ini berbanding negeri lain.

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Negara yang dikeluarkan pada  20 Februari 2018 jangka hayat lelaki di kedua-dua negeri berkenaan adalah 69.6 tahun berbanding purata kebangsaan 72.7 tahun.

Negeri Sarawak mencatat jangka hayat paling tinggi bagi lelaki iaitu 75.3 tahun, lebih tinggi berbanding purata jangka hayat kebangsaan.

Jangka hayat bagi wanita di kedua-dua negeri berkenaan bagaimanapun menunjukkan purata yang hampir sama dengan negeri lain masing-masing dengan 75.8 tahun dan 75.7 tahun.

Jika dilihat jangka hayat bagi wanita, Sarawak sekali lagi mencatatkan purata paling panjang usia iaitu 78.9 tahun, lebih tinggi berbanding purata kebangsaan 77.6 tahun.

Walaubagaimanapun kadar kelahiran baharu bagi Kelantan dan Terengganu mencatatkan jumlah yang tinggi berbanding negeri lain dengan masing-masing mencatatkan 21.6 dan  23.1 kelahiran bagi setiap 1,000 populasi.

Jumlah kelahiran paling tinggi dicatatkan di Wilayah Persekutan Putrajaya dengan 28.8 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk.

Kadar kelahiran 2017 paling rendah pula dicatatkan di Perak iaitu 14.0 kelahiran baharu bagi setiap 1,000 populasi.

Purata jangka hayat bagi negeri-negeri lain adalah Johor, 72.3 tahun bagi lelaki dan 77.4 tahun bagi wanita, Kedah (70.5 dan 76.4), Melaka (72.7 dan 77.6), Negeri Sembilan (72.9 dan 77.3), Pahang (71.0 dan 76.8), Perak (71.1 dan 77.4), Perlis (70.8 dan 75.4) dan Pulau Pinang (72.6 dan 78.6).

Bagi negeri Sabah pula, purata jangka hayat adalah 73.9 tahun bagi lelaki dan 77.6 tahun bagi wanita, Selangor (73.5 dan 77.5) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (74.7 dan 78.4).

ARTIKEL LAIN  Surat Terbuka Kepada Faizznur Ini Buat Mata Anda Berkaca

Namun tiada rekod jangka hayat dinyatakan  bagi WP Putrajaya dan WP Labuan.

Kadar kelahiran kebangsaan sepanjang 2017 pula mencatat 58 kelahiran bagi setiap jam berbanding 19 kematian dicatatkan bagi tempoh yang sama.

Ini menyaksikan secara keseluruhannya 508,658 kelahiran dicatatkan berbanding kadar kelahiran sebanyak 281,594 kelahiran setahun pada 1958.

Dengan purata jangka hayat kebangsaan 72.7 tahun bagi lelaki dan 77.6 tahun bagi wanita, berbanding 63.1 tahun bagi lelaki dan 66.0 bagi wanita pada tahun 1966.

Purata jangka hayat yang semakin meningkat itu akan menyaksikan populasi warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas mencecah 15.3 peratus menjelang 2030. Suatu angka yang agak tinggi.

Jika dilihat dengan laporan ini, hasrat Malaysia untuk menjadi negara tua akan dapat dicapai sebagai mana yang disasarkan.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • biodata alieff irfan selebriti youtube 1
    Lelaki Dari Kelantan Ini Jana Pendapatan RM300,000 …
    February 19, 2019 1
  • perjanjian2520tppa1
    Apa Itu Perjanjian TPPA Dan Kesan Jangka …
    October 6, 2015 1
  • kahwin dengan mat rempit
    Saya Kahwin Dengan Mat Rempit, Niat Untuk …
    September 11, 2017 1
  • pelawak terkenal
    Pelawak Terkenal Ditahan Polis
    June 27, 2019 0
  • wang tak dituntut
    BERITA BAIK! Kerajaan Umum Lancarkan Sistem Semakan …
    March 27, 2018 2

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)