BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Jeritan Hanna Humaira Jadi Igauan – Bapa Mangsa

ammar June 24, 2016

jeritan hanna humaira jadi igauanJeritan Hanna Humaira Jadi Igauan-Bapa MAngsa

Susulan kEmalangan mAut yang melibatkan 16 kenderaan semalam, kisah ini menjadi tajuk utama beberapa akhbar tempatan seperti Harian Metro, Berita Harian dan Utusan Malaysia. Akhbar tempatan terkenal tersebut hari ini masing-masing melap0rkan kes kEmalangan maut itu di muka hadapan.

Anda boleh membeli akhbar di kedai-kedai runcit atau kedai 24 jam untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai tragedi kEmalangan 16 kenderaan ini.

KEmalangan membabitkan 16 kenderaan di Kilometer 406, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Tanjung Malim, Perak menjadi igauan buat suami dan bapa kepada mAngsa.

Mari kita ikuti kisah penuh dari Utusan Malaysia ini.

KUALA KUBU BHARU 23 Jun – Jeritan cahaya mata tunggalnya, Hanna Humaira Mohd Hasnun, 1, sebelum mAut dalam kemalangan membabitkan 16 kenderaan di Kilometer 406, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Tanjung Malim, Perak hari ini pastinya menjadi igauan Mohd. Hasnun Ramli buat selama-lamanya.

Apatah lagi nAhas yang berlaku kira-kira pukul 9.15 pagi itu turut meng0rbankan isterinya, Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28.

Menceritakan kejadian, Mohd. Hasnun, 29, dalam nada sebak memberitahu, dia bersama keluarga dalam perjalanan ke Bangsar, Kuala Lumpur untuk menziarahi jenAzah bapa saudara isterinya yang baru mɛninggal dunia sebelum kɛmalangan.

Ujarnya, setiba di lokasi kejadian, dia yang memandu kereta jenis Suzuki Swift dan berada di laluan kanan memperlahankan kereta kerana melihat beberapa kenderaan di hadapan bergerak perlahan ekoran terdapat lori terbalik.

“Tiba-tiba saya melihat treler yang berada dari arah belakang meluru laju kemudian merempuh dan menyebabkan kereta saya berpusing ke laluan tengah sebelum dirempuh sebuah lagi treler dari arah kiri.

ARTIKEL LAIN  Saya berdoa semoga dia selamat, tapi Allah lebih sayangkannya

“Rempuhan itu menyebabkan saya tersepit pada stereng dan dihempap cermin hadapan manakala isteri tersepit di tempat duduk penumpang hadapan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Mohd. Hasnun yang pasrah dengan kejadian tersebut berkata, dia sedar semasa rempuhan berlaku hanya sempat mendengar jeritan anak dan memeriksa nadi isteri sebelum dikeluarkan pasukan bomba dan dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim untuk mendapatkan rawatan. Jelasnya, jenazah isteri dan anaknya akan dikɛbumikan di Permatang Tok Jaya, Sungai Dua, Pulau Pinang.

Dua mAngsa yang cedera ringan dalam kɛmalangan itu iaitu Datuk Hamzah Ahmad serta isterinya, Datin Zaharah Ali dihantar ke sebuah hospital untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R. Supramaniam berkata, kemalangan berpunca daripada treler yang terbabas dari lorong kanan ke lorong tengah dan merempuh lima buah kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Mohd. Hasnun.

Menurutnya, lebih memburukkan keadaan apabila sebuah lagi treler dari laluan tengah tidak sempat mengelak lalu merempuh kɛnderaan mAngsa.

“Akibat rempuhan tersebut mangsa tersepit antara kedua-dua treler. Kejadian itu menyebabkan kenderaan lain tidak sempat mengelak hingga berlaku pelanggaran seterusnya,” katanya.

Tambah Supramaniam, pemandu treler ditahan untuk siasatan lanjut serta ujian air kɛncing dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Afif Rayyan

    Al-fatihah.. semoga si suami tabah menghadapi dugaan besar nie..

    June 26, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • pu abu sufyan mahu saman
    “Will see u in court” – PU …
    April 27, 2019 0
  • khalid samad
    PH Sudah Ada Calon PM, Tunggu Masa …
    May 28, 2020 0
  • instafamous 7g
    Keputusan Peperiksaan 7G 1E, Instafamous Salahkan Sekolah …
    July 25, 2018 0
  • rendang ayam tak rangup
    Disingkirkan Dari MasterChef UK Kerana Rendang Ayam …
    April 3, 2018 1
  • cropped geng picit roti serah diri
    Geng Picit Roti Akhirnya Serah Diri
    June 21, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)