BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Bahan Kimia Mula Mengalir ke Sungai Klang

ammar

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Datuk Hashim Osman berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6 petang tadi.

Pembuangan sisa-sisa disyaki bahan kimia oleh pihak tidak bertanggungjawab dikesan berlaku di Sungai Klang hari ini.

“Pihak kami telah ke lokasi kejadian untuk mengenal pasti bahan kimia tersebut, dan mengambil tindakan pencegahan pencemaran.

“Setakat ini maklumat yang kami peroleh bahan kimia itu dipercayai dibuang ke dalam longkang dan mula mengalir ke dalam Sungai Klang, ” katanya ketika dihubungi.

Hashim berkata siasatan juga sedang dijalankan berhubung keluasan kawasan, pencemaran dan akan memaklumkan perkembangan terkini apabila memperolehi maklumat lengkap.

Petang tadi, LUAS memuat naik gambar berserta maklumat mengenai pembuangan sisa disyaki bahan kimia di laman sosial miliknya.

Terdahulu, kejadian pencemaran bahan kimia mula berlaku di Sungai Kim Kim yang bermula pada 7 Mac lalu sehingga malam tadi telah menyebabkan lebih 1,000 orang awam dirawat di hospital manakala 111 sekolah dalam kawasan Pasir Gudang ditutup serta-merta bagi mengelakkan lebih ramai pelajar terjejas.

Semoga pencemaran bahan kimia ini tidak merebak secara meluas dikawasan lain dan sama-sama kita doakan supaya Pasir Gudang bebas dari ancaman seperti ini nanti.

ARTIKEL LAIN  Maszlee Nafi Mahu Masukkan Skandal 1MDB Dalam Subjek Sejarah
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • balik kampung
    Menteri Kanan (Keselamatan) Tak Benarkan Rakyat Balik …
    April 17, 2020 0
  • minuman kordial
    Dulu Model Cilik Botol Kordial F&N, Lihat …
    March 20, 2019 0
  • rendang ayam tak rangup
    Disingkirkan Dari MasterChef UK Kerana Rendang Ayam …
    April 3, 2018 1
  • Siti Noor Aishah Atam
    Kisah Sedih “Ulat Buku” Ini Ditahan Miliki …
    March 30, 2017 0
  • Isteri Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
    Isteri Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
    July 14, 2016 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)