BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Cara Dapatkan Lencana “Top Fan” Di Facebook Page

ammar

Facebook adalah sebuah laman sosial terkenal di seluruh dunia. Ia bukan sahaja dijadikan tempat untuk mengikuti perkembangan rakan-rakan tetapi untuk mengetahui info dan berita yang berlaku di sekeliling kita.

Seramai 1.28 billion pengguna mengakses laman media sosial facebook setiap hari.

Tidak hairanlah jika facebook telah mencapai lebih 2 bilion pengguna aktif setiap bulan.

Memandangkan peningkatan jumlah pengguna di facebook, maka perubahan demi perubahan adalah perlu dilakukan oleh pihak mereka bagi mengelakkan pengguna bosan dengan ciri-ciri yang dimiliki.

top fan badges

Terbaru, facebook mula memperkenalkan ciri baru di lamannya iaitu “Facebook Top Fan Badge”.

“Top Fan Badge” atau lencana ini muncul kepada pengguna yang paling aktif pada sesebuah “Facebook Page”.

Lencana Top Fan akan muncul pada ruangan nama anda di komen pada page tertentu sekiranya anda merupakan seorang yang aktif pada page tersebut.

lencana fb top fan

Selain boleh meningkatkan engagement pada page tersebut, secara tidak langsung boleh membuatkan pengikut di page tersebut menjadi lebih dikenali.

Menurut Facebook, cara bagi mendapatkan lencana Top Fan ini adalah dengan kerap memberikan komen pada post, like dan share perkongsian yang dibuat oleh page tersebut. Semakin banyak pengguna berbuat sedemikian, semakin cepat lencana ‘Top Badge” boleh diperolehi.

Jika anda membaca artikel ini secara penuh, anda digalakkan untuk memberikan komen, like dan share untuk mendapatkan anugerah yang paling berharga dari facebook iaitu “Top Fan Badge”. Selamat mencuba! Semoga berjaya!

ARTIKEL LAIN  Anak Dina Nasir Dirampas Bekas Suami
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Gadis Alami Pendarahan Teruk Ditumbuk Tunang
    Gadis Alami Pendarahan Teruk Ditumbuk Tunang
    November 9, 2016 0
  • Surat Terbuka Kepada Faizznur Ini Buat Mata Anda Berkaca
    Surat Terbuka Kepada Faizznur Ini Buat Mata …
    October 21, 2016 1
  • dato cabar datuk
    Kerana Nyanyian Jadi Fenomena, Dato’ Seri Vida …
    July 28, 2017 0
  • punca sebenar cubaan bunuh anggota komando.png
    Kemungkinan Ini Punca Cubaan Bunuh Anggota Komando
    April 19, 2016 0
  • pisang goreng beratur
    Jual Pisang Goreng Sampai Beratur Pembeli, Peniaga …
    September 7, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)