BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Dulu Model Cilik Botol Kordial F&N, Lihat Siapa Dia Hari Ini

ammar

Minuman kordial keluaran F&N adalah minuman yang terkenal sejak dahulu lagi hingga kini. Mudah disediakan kerana hanya perlu bancuh sahaja dengan air masak biasa menjadikan minuman ini pilihan rakyat Malaysia ketika bulan puasa dan musim perayaan.

Bercerita mengenai minuman ini, kali ini kami ingin kongsikan kisah yang pernah tular pada pertengahan tahun 2016 dahulu.

Ramai tertanya-tanya siapakah gerangan kanak-kanak di botol kordial F&N berkenaan, gambarnya dikira memang legend dan digunakan dari dahulu sehingga kini.

model minuman kordial fn

Ramai yang menyangka model minuman kordial F&N ini adalah pelakon dan penyanyi iaitu Liyana Jasmay. Tetapi mereka semua silap. Model ini bukanlah seorang artis tetapi merupakan seorang gadis bernama Madihah Binti Mohd Firdaus yang kini sudah meningkat usia.

Untuk info, wanita yang dikenali sebagai Madihah menjawab persoalan itu melalui satu posting yang dimuat naiknya ke laman Instagram dan Twitter miliknya.

Malah dia kini yang sudah dewasa tetap comel dan ceria sebagaimana dahulu. Berikutan pengakuannya itu, laman sosial Instagram miliknya kini menerima lebih 6 ribu pengikut, manakala pengikut Twitternya pula mencecah seribu orang.

Siapa sangka empunya wajah comel di botol kordial F&N kini menyambung pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dalam bidang kejuruteraan.

Malah bidang diploma kejuruteraan mekatronik di UTMKL yang dipilih oleh Madihah Mohd Firdaus, 21, itu juga kebanyakannya dipelopori oleh golongan adam.

Model kordial fn

Anak bongsu daripada tiga beradik ini berkata, minatnya dalam bidang kejuruteraan bermula sejak kecil lagi.

“Minat saya pada bidang kejuruteraan bermula sejak kecil kerana sejak kecil suka memasang pelbagai jenis benda.

“Selain itu juga, saya juga suka menonton video berkenaan robot dan ia menimbulkan rasa seronok ketika saya melihatnya,” katanya.

ARTIKEL LAIN  Akhirnya Terbongkar! Pemilik Kereta Dedah Kenapa Parking Depan Rumah Jiran

Bercerita mengenai sesi fotografi untuk menjadi model untuk sebuah jenaman minuman, Madihah memberitahu, dia datang bersama-sama ayahnya di lokasi pengambaran.

Menurutnya, dia terpilih selepas berjaya mengharungi ujian daripada pihak syarikat tersebut yang dibawa oleh ibunya.

“Seingat saya, ketika itu usia baru menjangkau usia 5 atau 6 tahun dan tidak ada mood ketika tiba di lokasi menyebabkan sesi fotografi mula agak terlewat.

“Namun begitu, disebabkan pujukan ayah dan tim fotografi banyak membantu mengembalikan mood saya sehingga gambar yang digunakan pada botol minuman tersebut sehingga ke hari ini,” katanya.

liyana jasmey

Berikut di bawah ini merupakan biodata ringkas mengenai Madihah:

Nama Penuh: Madihah Binti Mohd Firdaus

Umur: 21 Tahun (2019)

Asal: Kelantan

Tempat Tinggal Terkini: Ampang Selangor

Sekolah: SMK Bukit Indah, Ampang Selangor.

Institusi Pengajian: UTM, KL

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • bergaduh di tol
    Lelaki Bertumbuk di Tol Rayu Bantuan Kewangan …
    September 20, 2019 0
  • kastam malaysia
    Kastam Sahkan Syarikat China Diberi Pelepasan GST
    April 17, 2018 0
  • azrinaz mazhar hakim
    Rizalman Berleter Pasal Adab Beraya, Sekali Azrinaz …
    June 20, 2019 0
  • kereta singapura
    (Video) Kereta Singapura Pandu Lorong Kecemasan, Kena …
    February 11, 2019 0
  • Siti Noor Aishah Atam
    Kisah Sedih “Ulat Buku” Ini Ditahan Miliki …
    March 30, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)